I took a personality test here : http://psychcentral.com/personquiz.htm saja2 lah kan. Boring takde benda nak buat and guess what? I got a result of somehow, quite accurate in my opinion.
Wednesday, May 25, 2011
Personality Test
Posted by su at 10:46 PM View Comments
Sunday, May 22, 2011
Kucing kat kampung dah kena buang :(
Just got back from my lovely kampung kat rembau. Lama jugak laa tak balik kampung. Last month langsung tak balik. So this month singgah laa jenguk2 orang tua kat kampung.
Got some bad news. Kucing yang banyak2 kat kampung tuh, dah kena buang. Very unfortunate :( Bukan makcik aku yang buang lak tuh. Rupanya jiran sebelah rumah nenek aku yang gila sangat jahat tak tahu apa dendam dia kat kucing tuh pergi buang diorang. Jahat gila! Serius jahat. Sampai 6 ekor kut dia pergi buang. Last2 tinggal 5 ekor je kat kampung tu. Makcik aku sampai menangis terkenang kucing dia yang kena buang. Ada laa yang sekor tuh dah dekat 10 tahun dah umur dia. Memang dah tua. Aku pernah cerita pasal dia kat blog ni. Yang muka dia berparut gaduh dengan musang tuh. Pantang kena usik dia mesti nak cakar orang sebab dia fobia gaduh dengan musang. Aku terbayang orang dok nak usik dia, then dia cakar orang tuh, then orang dok tibai dia dengan kayu ke, apa ke. Tak ke kesiaaaaan. Dah la dia dah tua. Bagi laa dia hidup dengan ketenangan kat kampung tuh. Elok makcik aku boleh jaga dia. Biarlah dia mati kat rumah tuh. Ni bila dah kena buang tak tahu dah nasib dia macam mana. Dia mati macam mana. Jahaaaaat sangat jiran nenek aku tuh. Dengar cerita dia pergi umpan kucing2 tuh makan then perangkap masuk jaring. Lepas tu buang kat pekan rembau ke entah kat mana tah. Makcik aku dok panggil balik, kucing2 tuh dah tak balik dah.
Tuh belum masuk lagi anak2 dia. Masih menyusu lagi kut. Ada dua ekor lagi terlepas tak kena tangkap. Mengiau2 cari mak dia. Mengiau2 cari adik beradik dia yang ikut kena buang. Gila bodoh nak mati ar jiran nenek aku tuh. Tak tahu apa motif dia buat macam tuh. Mungkin ikan dia kena curik ke apa ke. Aaah yang penting memang bangang gila ah!
Ini laa antara sebab aku memang dah pasang niat nak bukak rumah peliharaan kucing terbuang nanti sebab tak sampai hati weyh tengok diorang nak terkuis2 cari makanan lepas tak pasal2 kena baling batu dengan kayu. Manusia tu semua tak berperikemanusiaan. Kucing tak tahu nak fikir. Dia tahu nak makan je. Kita dah buat kucing tu macam memang sah kita lagi bodoh dari kucing. Tak ada otak.
Apa2 pun tengok lah. Kau buat kucing tu macam kira kau dah seksa binatang. Wallahualam kemungkinan besar binatang yang kau seksa tuh yang bakal tarik kau ke neraka kat Akhirat nanti. Nantikan je lah balasan Tuhan. Ada jugak dulu kat kampung tuh seorang lelaki ni dia amek kucing2 dia then dia letak dalam guni lepas tu dia ikat guni tu then lepas tuh dia pergi buang dalam sungai. Last2 bila nak lelaki tuh nak mati dia susah gila memang menggelupur habis situasi lebih kurang macam kucing tuh menggelupur dalam guni bila kena buang dalam sungai.
Tuhan balas weyh kau buat jahat kat binatang. Tengok je la nanti.
p/s: atleast kalau kucing tuh mati tau jugak lah dia dah bahagia kat tangan Yang Maha Esa. Ni kena buang, tak tau macam mana nasib dia :(
Posted by su at 6:26 PM View Comments
Wednesday, May 18, 2011
Nak tahu kenapa aku tak berminat dengan politik? Penyokong parti A sibuk hentam parti B, parti B pun dok cari peluang hentam parti A. Si parti A MENDEWA-DEWAKAN pemimpin mereka, si parti B pun ikut turut sama MENDEWA-DEWAKAN pemimpin mereka. Akhirnya apa jadi? Bangsa Melayu pecah pada 2, pecah pada 3, entah pecah pada berapa lagi, aku pun tak tahu.
Kerajaan ke, pembangkang ke, SAMA SAJA. Dua2 KOTOR jugak bila berpolitik. Tak ada wujudnya politik bersih kat Malaysia ni. Ini lah antara yang menyebabkan ramai mahasiswa dah malas nak ambil tahu pasal politik. Termasuk aku.
Tapi, memilih pemimpin perkara penting dalam Islam dan kita sebenarnya wajib turun mengundi.
So apa patut aku buat? Nak mengundi calon bebas ke?
Sigh.
p/s: sampai sekarang aku belum daftar mengundi kot.
Posted by su at 4:38 PM View Comments
Monday, May 16, 2011
Sentuh sikit isu semasa boleh?
Lama jugak lah tak buat posting pasal own story recently. Asyik kpop kpop kpop je memanjang. Bosan jugak en?
Anyway, just want to touch a little issue that was brought up by my H C I lecturer, Miss Id------ (cannot give full name kang ada pulak jumpa time google hahah). Alang2 dah bukak cerita pasal lecturer ni apa kata aku cerita sikit pasal dia. Oh ini miss (miss lagi yek), sungguh aku tak jangka umur dia 33 tahun kot. I thought she's in late 20 ke apa. Rupanya dah over 30. Still smokin' hot ya know. I was like o_O when I heard she says that she was born on 1978. Cantik lah miss ni. Aku tengok budak laki semua tak kelip2 mata tengok dia. I know laa you guys camne hahah. Tapi aku jeles la. Bukan jeles dengan miss ni. Aku jeles sebab budak laki merasa gak lah dapat lecturer perempuan hot. Yang budak perempuan tak ler lagi merasa lecturer lelaki hot. I'm waiting for that! Dapat muka macam Korea memang fokus tahap dewa lah aku haha. Oh, God, I'm really hoping for that! Tak dapat Korea, muka cam hero hindustan pun jadi laa. Janji hensem and also speaks English well haha.
Back to the issue that I've mentioned before. Isu yang lecturer aku sentuh, pasal tol. Dia ada sebut lah tadi dalam lecture, which I do opposed a little. Dia kata supposedly jalan raya sepatutnya diberi laluan percuma dan tak patut bayar. Sedikit menentang disitu, based on two points jugak lah. Firstly, nak buat lebuhraya tu bukan percuma ye kawan2 semua. It cost a whole lot. And bagi aku bila bayar tol ni macam kira cover jugak lah cost yang diguna nak buat lebuhraya tu. Guna lebuhraya ni senang. Since tak ada traffic jam semua. Parents aku selalu guna logik ni. Diorang kata lah even though guna lebuhraya kena bayar tol semua tapi pikirlah, dari tersangkut habis kat jalan biasa sebab jam, kadang2 duit minyak berganda banyak nya dari duit tol tu je. Lagi2 kalau pakai kereta yang makan minyak tuh. Jadi aku rasa tak kurang salah jugak lah keluar sikit duit semata untuk tol. Secondly, macam ada classmate aku kata tadi jugaklah, nak cover maintenance. Tinggi jugak maintenance oii. Kasi baiki jalan lubang2 semua. Nak bayar jugak gaji pekerja yang dok tampal lubang tuh. Apa ingat pendek benor lebuhraya tuh takyah maintain?
Cuma aku rasa kalau dapat kurangkan jumlah harga tol mungkin okay lah kot. Atau mungkin bekukan kenaikan harga tol terus. Atleast tak lah bebankan sangat rakyat, kan?
Kadang2 aku rasa rakyat Malaysia ni macam kurang nak bersyukur lah. Yang paling aku rasa macam tah apa2 sikit bila mengaitkan isu minyak. Mak aku ada gak suruh perhati, dalam banyak2 negara, negara mana paling banyak bagi subsidi kat rakyat? Sedar tak sedar, aku rasa Malaysia ni lah paling banyak dapat subsidi. Dia suruh banding dengan negara lain, banding harga minyak negara ni dengan dengan negara lain, harga minyak negara ni lah antara yang paling rendah kat dunia ni. Pasal jugak dapat subsidi minyak. Kerajaan siap sekat lagi kereta negara lain nak ambil subsidi minyak negara kita. Dulu time kerajaan tak sekat, orang Singapore kan suka benor datang isi minyak kat negara kita. Sebab apa? Sebab murah lah bhai.
Okay2, aku tak leh cakap lebih sebab aku tak ada kereta. Aku tak rasa laa kesan minyak naik ni semua. Sebab tu semua parents aku yang rasa. Cuma aku nak cakap lah sikit, bukan senang nak maintain ekonomi negara. Kita tak leh laa nak banyak sangat complain. Kang semput pulak Gabenor Bank Negara nak stabilkan ekonomi bila rakyat asyik komplen. Ni nak subsidi, itu nak subsidi. Banyak yang aku tengok complain bukan miskin benor pun. Kaya je. Cukup je nak bayar semua benda. Makan mewah jugak lah. Tak de pun dok kais tanah sebab nak makan. Tak berapa nampak jugak lah rakyat yang sangat kurang kemampuan kerap complain. Pun tak pernah lagi dengar rakyat Malaysia mati kebuluran. Terlebih makan ada laa haha. Kita pun masih cukup makan, gaji pun tak pernah berkurang lagi. Masih jauh lagi dari zaman2 gawat tahun berapa dulu, 1999? Tah tak ingat. Hopefully tak masuk laa zaman macam tu lagi.
Aku bercakap based on my little knowledge. I don't read paper that much nor even watch the television. I just state based on how I feel tu je. Sorry kot ye aku tersalah fakta or ada ter- offended. Correct me if I'm wrong :)
Posted by su at 9:13 PM View Comments
Tuesday, May 10, 2011
Monday, May 9, 2011
Super Junior trending twitter
Posted by su at 7:47 PM View Comments



