Kena start makan pil ni dah. Bukan nak prevent pregnancy okehhh. Jangan salah paham. Ubat ni guna untuk tahan period sebab aku akan pergi umrah hujung bulan ni. Salah bajet lak haritu. Bila dah daftar dengan Andalusia baru aku teringat yang time tuh memang waktu period aku. Apa nak buat, kena laa makan ubat ni. Comel je ubat ni siap ada instruction lagi kena ikut turutan hari makan. Kalau korang nampak kat gambar tu lah. Aku start makan harini, Isnin. Then ikut laa turutan supaya tak miss hari. Kalau miss even satu hari, I am done jugak lah. Ubat tak berkesan. Ni pun hopefully ubat berkesan. Sambil2 tu kena sulam dengan doa kepada Allah, mintak Dia mudahkan.
Tak sabar and also berdebar nak pergi umrah. Doakan moga dipermudahkan segalanya =)