BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, February 13, 2012

Zaman sekolah dulu. I'm just missing being young me :)

Recently, aku macam dah makin rindu dengan high school. Dah berapa tahun aku tinggal high school ek? 5-6 years already? Seems like yesterday I was still in high school.


Though I don't really have awesome high school moments like most of you guys have, I still do have some of them that I can consider as awesome. 


Compare to my sisters, mereka semua budak2 baik. Aku dulu time sekolah, rebel jugak orang nya. Orang kata jangan buat itu ini, itu ini tu jugak yang dibuatnya. Countless, yerp, countless of time jugak lah aku keluar dari sekolah without permission from my parents. Bukan ponteng sekolah lah. Just masa kita stay back waktu pagi, bila kita sekolah sesi petang, or stay back waktu petang bila kita sekolah pagi, aku akan keluar sekolah tanpa kebenaran mak ayah aku. I will consider the "awesomest" time in high school when I was in form 1-3. 


Aku bila stay back je, mesti wat kerja problematic dengan keluar sekolah without permission from my parents. Dulu time sekolah, pak guard idok ler strict macam sekarang ni. Dulu selamba badak je keluar sekolah macam takde apa. Aku pernah jalan kaki dari sekolah pergi sampai area Jaya Supermarket masa bangunan tu masih ada. Jauh gila sebenarnya aku rasa. Tapi tah apetah kerja gila aku ni. Bersusah payah, baik naik teksi laa kan? Nyusahkan diri je haha. Then kami pun suka gak singgah kat 7 Eleven yang dekat dengan Sri Aman tu. Guna laa duit belanja sekolah, beli jajan sume bagai. Then singgah berparti kat rumah Najmah haha :)


Pastu dulu masa sekolah, aku buat pengakuan ikhlas kat sini, aku sebenarnya malas nak basuh kasut wakakak. I wonder why. Bukan susah sangat pun nak basuh kasut tu sebenarnya. Gosh, korang patut tengok kasut aku time tu, sumpah hitam wehhhh. Berbulan kot tak basuh! Well, aku macam ada mind set waktu tu yang lagi hitam kasut kita, lagi nampak otai laa kita kat sekolah wahaha. Bullsh*t je semata semua tu. Otai hape nya otai kalau kasut gila bapak hitam bau takyah cakap lah kannnn. Siap cikgu Kimia aku pernah tegur kata, "Eeeee, anak dara apa macam ni tak basuh kasut?? Mak mertua tengok pun tak hingin buat menantu". Tapi aku dulu kan otai. Gua kesah apa pasal mak mertua mak mertua niiii. haha.


And aku ni jugak time dulu2, tugas official aku time sekolah, adalah untuk piss off kan pengawas wakakak. Lagi pengawas marah, lagi suka hati. Lagi rasa hati aku ni berbunga riang. Jahat sungguh aku ni dulu. Dulu kat sekolah, baju kurung tu aku suka benor dok sinsing lengan. Sengseng ke, sinsing ke, singsing ke, tah aku pun tak tahu nak panggil apa. Yang penting aku suka lipat2 lengan baju naik atas. Memang benda tu harom di sisi undang2 sekolah lah kan. Itu yang lagi aku suka buat tuh. Ni lagi satu kes sebab nak nampak otai di mata2 students haha. Bila pengawas tegur, aku buat muka lah. Perlahan2 aku turunkan lengan baju kurung aku. Then lepas pengawas tu blah je, aku naikkan balik. Muka aku nak ikut kata pengawas? Jangan harap lah.


Then time rehat lak, biasa lepas habis makan, kitorang kena cepat2 balik kelas sebelum the second bell rings. Aku, dah memang jenis tak leh terikat dengan peraturan, jenis suka naikkan hangin pengawas, memang betul2 final moment before second bell rings baru aku balik kelas. Tapi kena cecepat laa. Kang tak cepat, memang cik2 pengawas ni hamek nama. Terus kena demerit markah kot! 


Cakap pasal demerit, ni lagi satu. Aku, memang dah banyak kali pergi detention class, or DC. Korang tau lah kan sistem kat sekolah pakai merit demerit marks ni. Buat salah je tolak markah. Kalau markah rendah, kena pergi DC lah, hape lagi. Takyah cakap weh, cuci toilet tu bukan perkara luar biasa untuk aku. Takat cuci toilet je, biasa dah haha. Aku dulu memang macam harom sikit. Bukan takat pengawas aku suka cari pasal. Dengan cikgu pun sama je. Bukan melawan cikgu, just, tak buat homework cikgu, tu je. Punya lah tahap gaban nya pemalas aku ni. Kalau fikir balik, time sekolah dulu, termasuk time sekolah rendah, aku pernah kena hukum berdiri, berdiri atas kerusi, berdiri atas meja, and finally kena hukum duduk bawah kerusi. Semua aku pernah rasa kut actually haha. Tu yang kat sekolah selalu gi DC. Markah banyak kena demerit. Oleh cik2 pengawas, dengan cikgu lagi.


Awesome moment bila pagi2 sebelum cikgu masuk, aku boleh siapkan SEMUA homework aku on the spot dengan meniru orang. So bab2 kopi pes ni aku memang dah mahir dari sekolah kot haha. Time sekolah dulu, bab2 buat homework ni aku liat sikit. Kadang terbawak gak sampai universiti. Amatlah tak bagus.


Aku cerita ni semua, bukan nak bukak pekung kat dada. Sesaja lah, nak mengenang zaman dulu2 yang tak mungkin aku akan rasa lagi. Sekarang alhamdulillah, sebab dulu aku dah biasa rebel, zaman universiti ni aku lebih timid. Dah boring kot rebel2 ni haha.


Rindu jugak zaman sekolah. Kalau ada peluang, nak je rasa balik jadi budak sekolah, even for one day. I'm just missing being young me :)

blog comments powered by Disqus