Bila nak komen pasal aku, kalau rasa nak puji tu, puji ler elok2. Aku actually tak berapa nak suka lah bila orang puji macam tak sampai. As in contoh nya, "Ko masak boleh laa, sedap laa jugak. Tapi tak sedap sangat lah actually,". Aku dalam hati boleh buat muka wtf je lah kan. Itu aku panggil puji tak sampai. Ko rasa aku masak boleh tahan sedap tapi sebenarnya agak tak sedap. Apebenda tuh weh? Nak puji, sila puji, tapi nak puji yang tak sampai tu, sila lah simpan dalam hati takyah nak cerita2 kat aku. Aku tak perlukan pun pujian tak sampai tu. Menyakitkan telinga tambah menyakitkan hati.
Ok, ada paham? Tak paham takpe, buat2 paham je la.
Thursday, October 20, 2011
Posted by su at 10:29 PM
blog comments powered by Disqus
Subscribe to:
Post Comments (Atom)