Hari tu baru je madam RKUD or Methods of Dakwah aku cerita, kita kalau nak cerita pasal politik, kita boleh sentuh pasal kredibiliti dia sebagai pemimpin. Sama ada dia bersih ke, dia jujur dalam memerintah, or anything. Satu je benda yang tidak dibenarkan dalam Islam bila bercerita benda berkaitan politik, pasal hal peribadi.
Aku selalu jugak bila dok baca2 posting kat facebook or blog, kita cepat sangat menghukum para pemimpin, be it, kerajaan mahu pun pembangkang. Aku malas nak sebut lah kat sini. Aku hanya akan guna nama pemimpin X, Y or bla3.
Sebagai contoh, pemimpin X di tuduh atas tuduhan meliwat. Ok, kes tu sekarang masih lagi kat mahkamah. Belum lagi terbukti pemimpin X bersalah atas tuduhan meliwat tu. Kita hakim ke nak teruskan jatuhkan hukuman terhadap pemimpin X?
Contoh kedua, pasal pemimpin Y pula. Beliau dikatakan membeli cincin RM24 juta untuk isteri dia. Beliau hanya DIKATAKAN membeli cincin tersebut. Tak ada bukti kan? Dok canang2 dia beli cincin memahal tu kat public pasai pa? Ada bukti? Nampak cincin tu ke? Kot ye kalau betul dia beli tu, mana laa tau kot2 bini dia rajin meniaga or kumpul duit gaji then bini dia guna duit tu buat beli cincin tu. Bini dia beli guna duit sendiri. Ni tak, anda pasti ke pemimpin Y tu betul2 guna duit rakyat semata2 nak bagi bini beli cincin mahal? Tak ada bukti jangan cakap bhaiiii
Aku nak cakap satu je, korang rakyat biasa dok canang2 cerita tu lah, cerita ni lah, tanpa bukti yang kukuh, sedar tak, kalau cerita2 tu semua tak betul, korang dah melakukan satu dosa yang sangat besar dosa nya dalam Islam, that is FITNAH. Jangan cepat menghukum. Hukum menghukum tu kalau kat mahkamah urusan hakim, tapi kalau kat mahkamah Akhirat itu, urusan Allah. Korang dok kata pemimpin tu buat gitu, pemimpin ni buat gini, haaa, cakap laa lagi, cakap. Sedar tak sedar, pahala2 korang sikit2 mengalir masuk dalam akaun pemimpin yang dikutuk tuh. Bertambah2 pahala mereka. Alhamdulillah buat mereka. Boleh guna pahala korang buat topup dosa mereka haha. Korang punya pahala berkurang, dosa besar pulak bertambah, that is dosa FITNAH.
Itu sebab kut madam aku larang cerita pasal hal peribadi. Hal peribadi itu hak mereka. Urusan mereka dengan Tuhan. Kita tak boleh nak menghukum. Tapi kalau katakan pemimpin memang betul berlaku tak adil and nampak sangat benda tu terjadi, sila, sila jatuhkan pemimpin tersebut. Sebab itu memang hak kau sebagai rakyat. You have a share in this democracy country.
Dan pernah dulu2 juga terjadi kisah parti politik A mengkafirkan ahli2 parti politik B. Ni pun madam aku ulas sekali. Bila banyak2 kali fikir, betul apa yang madam aku cakap. Apa hak kita nak kata penyokong parti politik A masuk syurga, and penyokong parti politik B konpem masuk neraka? Bukan hak kita nak mengkafikan orang Islam. Selagi seseorang itu mengucap dua kalimah syahadah, dan percaya pada rukun iman dan rukun Islam, dan percaya pada Tuhan yang satu, seseorang itu masih lagi muslim dan dia ada hak untuk masuk syurga. Cuma lambat atau cepat sahaja. Biar dia tak pernah solat seumur hidup dia, Biar dia tak pernah puasa seumur hidup dia, dia masih punya hak untuk masuk ke syurga. Terpulang pada Tuhan untuk menghakimi dia, bukan kita.
So kat sini aku cuma nak pesan, berpada2 bila bercakap pasal politik. Kau nak cerita pemimpin politik A banyak corrupted, makan rasuah, tak bersih bla3. Sila. Itu pun kalau betul ada bukti. Tapi tak perlu nak cerita anak bini dia pergi mana ke, buat apa ke. Itu hal peribadi dia. Kalau betul kau tak suka sangat, guna kuasa sebagai pengundi, undi je pemimpin yang kau rasa bersih dan kau suka. Tak yah nak menceceh dan berjoyah tak tentu hala kat dunia internet like a coward. Dah tu banyak guna nama anonymous lak tu. Pengecut. Hishhh anti betul aku dengan anonymous (tiba2 haha).
Friday, September 23, 2011
Siapa kita untuk menghukum
Posted by su at 12:35 PM
blog comments powered by Disqus
Subscribe to:
Post Comments (Atom)