BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, August 18, 2011

Wrong way of dieting?



Eishhh, salah ni. Don't be proud because you are fat. Be ashamed lah. Pasal kau tak jaga badan kurniaan Tuhan ni elok2 :)

Actually bulan puasa ni agak happy lah. Sebab berat aku dah turun dalam 1kg-2kg gak lah. Haaa, gelak2. Aku tahu lah. Sikit je pun. Tapi tak kisah pun. Sebab apa? Aku happily tibai makan apa je yang aku suka. You name it. Nasi tomato? Ayam percik? Satay? Kuih-muih? Anak gajah pun aku tibai HAHA ni aku tipu je. No regrets okay. Bulan puasa bulan menikmati makanan sedap2. Rugi woii kau tak makan semua kat bazar tu haha. 


Tapi memang tipu lah kalau aku kata berat aku turun dengan hanya makan sedap2 wakaka. Semua orang rasa heaven dengan diet macam ni, ye tak? 


Satu je syarat nak turun berat consistently walaupun perlahan. Bukannya yo yo diet seperti mana yang sesetengah atau hampir semua lah orang gemuk yang berdiet hadapi. Yo yo diet tu apekejadah nya pulak? Simple, yo yo diet ni kejap kau gain weight, kejap kau hilang. Macam magic la kot haha. Syaratnya... jeng3.


Kurang kan kalori. Tu je. As simple as that.


Untuk sesiapa yang pernah hadapi masalah dengan yo yo diet ni, aku nasihat ikut lah cara aku. Aku rasa aku faham kenapa korang hadapi masalah yo yo diet ni. Sebab apa? Sebab aku macam korang jugak lah. 


Berdasarkan apa yang aku dah lalui, aku faham jugak lah dengan apa yang korang dah lalui jugak. Biasa nya orang2 macam kami ni, tend to go through an extreme way of dieting. Sebab kami ni warga2 kurang penyabar haha. Kami dengki tengok orang2 macam SNSD yang punya badan selimmmm habis. 


Haaa cantek kau kaki dia dengki mak tengok ishhh!


Tapi kami nak result yang cepat jadi kami pun buat keputusan nak buat diet extreme sebab nak turun berat dengan cepat. 


Antara diet extreme yang pernah aku cuba adalah diet atkins and diet jusmate. 2 je lah kot haha. 


Terus terang aku kata, 2-2 diet bawak masalah besar kat aku. Sebab apa? Sebab satu suruh kau extremely control carb intake manakala satu lagi suruh kau extremely control calories intake. Fuhhh.


Tapi tak tipu lah, kedua2 diet actually pernah buat aku turun kgs yang boleh tahan banyak dalam masa terdekat. Tapi serius lah, aku tak boleh tahan sebenarnya.


Dengan diet atkins, walaupun aku faham konsep dia, aku rasa memang aku tak boleh ikut jugak lah. Not eating rice at all or any other sweet foods within 2 weeks? I feel like dying when I did that. My crave for sweetness shoots up very highly sebab ini diet. So keputusannya? I eat like a pig bila aku stop diet ni. Tibai nasik 2-3pinggan. Makan coklat 1 huge bar aku punya sorang. Minum air manis lagi semula. So last2, lepas hilang dalam 2-3 kg, aku gained back weight dalam 2-4 kg. Cantekkk haha. Still, ramai actually success dengan diet ni. Cuma, bukan untuk aku.


Dengan jusmate pulak, adek-beradek gak lah. Sama haru je aku rasa. Dah lah nak telan jusmate tu punya lah payah. Rasa macam telan antibiotik oii. Tapi perasa oren haha. Mahal gilo lak tuh. Tapi actually okay je jusmate ni. Ramai try dan berkesan. Ada yang stay dengan berat begitu, ada yang naik mendadak lepas berhenti. Satu je lah masalah kalau minum jusmate ni. Kalau kau terlebih calories intakes time minum jusmate, haaa, siap lah kau. Naik macam kena pam laaaa. Kau memang kena disiplin habis minum jusmate ni. Kalau tak disiplin, bukan berat yang turun, lemak bertambah ada laa


Ni laa jusmate 5. Eh, silap. Ni pencipta dia laaa o_O

Disebabkan aku frust dengan diet yang tak pernah menjadi, akhirnya aku makan je apa saja yang aku suka. Akhirnya berat aku naek ke nilai XXkg. Paling berat pernah badan aku miliki. Punya tak pikir apa. Tibaaaai je apa yang aku suka. 

Just recently baru nak ada sedikit kesedaran dengan keburukan diet yo yo ni. So akhirnya aku decide, sempena bulan puasa ni, aku mau try cara tak extreme pulak. Kurangkan kalori intake. That's what I've been doing right now. 

Takyah susah nak suruh mak kau masak sup bapak ikan lah, sup mak ayam lah, sup anak kambing lah. Penat mak kau masak menu lain, kau suruh masak menu lain pulak en? Sheeesh. Dah lah dia puasa. Kesian dia kan? Senang je. Takyah hari2 kau nak tibai makan sup sayor laa, hayam laa. Boring weh sup2 hari. Muak kau nanti. Just bila katakan mak kau masak nasik beriyani, haaa ni cara dia. Kau pi amek piring yang tak berapa nak besar, dan tak berapa nak kecik, pastu kau senduk nasik masuk pinggan. Kasik nampak penuh sikit pinggan tu. Pastu amek ayam rendang atau masak merah ke hapa. Potong ler separuh. Letak dalam pinggan. Tadaaaaa! Hasilnya mata kau akan tertipu dengan pinggan tersebut dengan menyatakan bahawa pinggan kau penuh, mesti kenyang punya ah! Hahah.

Simple calculation actually. Beriani tak silap aku nilai kalori dia dalam 587 kalori. Katakan amek dalam separuh. Tak ke dah kurang jadi 293.5 je ni kalori dia. Sikit kan? Kan? Kan? Heheh. 

Kalau ada satay sekali. Haaa, amek laa secucuk. Rasa. Tak cukup amek lagi secucuk. Kasi rasa je. Kalau ada popia, amek ler dalam satu keping je. Udah ler.

Cut your calories intake into half everyday. Make sure calories intake kau tak lebih 1200 satu hari. Nilai kalori kau boleh jumpa merata2 je kat internet. Insya Allah, dalam beberapa minggu berat kau akan kurang jugak. Walau tak banyak macam diet lain, at least dia tak yo yo diet gak lah. Dan exercise jugak lah sekali-sekala. Untuk kesihatan jantung kita :)

Dengan bangga nya aku nak cakap, berat aku dah kembali ke zaman aku memula masuk matrik dulu. I lost dalam 5-6 kg jugak lah (ni termasuk masa aku sakit dulu). And it wasn't that hard actually. Sebab aku masih mengamalkan bukak puasa secara melantak ayam percik, nasi tomato, nasi ayam dan sebagainya. Cuma aku dah tak sentuh makanan lepas terawih. Kalau sentuh mungkin lah popia sekeping atau pisang sebijik camtuh. And paling penting; elak2 lah minum air manis. Selain banyak gula, banyak jugak kalori nya. Kalau nak jugak air manis, take few sips, tapi jangan sampai habis 1 cawan nuhh.

And takyah ler mengada2 nak timbang hari2 walaupun aku buat camtu haha. Nanti semangat anda akan lemah untuk turunkan berat. Trust me. Berat tu takkan hilang dalam 2-3 hari je. Kau amek masa bina lemak pun bertahun jugak. Tak yah expect nak turun dalam 2-3 hari. Makan masa bhai, makan masa. Dalam seminggu paling banyak mungkin 1 kg je kau dapat. Tak yah tamak, at least dia turun, kan?

Tu je bebelan aku kali ni. Bai!

p/s: ada jugak yang gemuk, diet, then kurus, terasa selamat dengan "kekurusan" nya itu. Last2 tibai makan tak hengat dunea. Tu pun salah jugak tau o_O

blog comments powered by Disqus