BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, August 14, 2011

Ceramah oleh Ustaz Hasrizal

Tadi ada tazkirah sekejap kat Masjid Tun Abdul Aziz atau lebih dikenali dengan nama masjid bulat di kalangan warga2 petaling jaya. Dia buat tazkirah between solat isyak and terawih. So kalau ada nak mengelat ceramah tu memang tak leh ar haha. Walaupun honestly mula2 aku rasa nak mengelat wakaka. Tapi nak tak nak, aku gagahkan diri dengar jugak lah ceramah nya, mana tau lah kan dapat sedikit pengisian. Hahah, kaki ngelat jugak aku ek. Adek2 jangan tiru. Tapi alhamdulillah, aku stay gak dengar ceramah.


Tazkirah tu ada lah dalam 30 minit macam tu. Mula2 start ceramah, aku macam tak nampak jugak lah siapa penceramah nya. Yelah, tempat perempuan, cover habis lah dengan curtains semua. Aku try tinjau2, nak tengok jugak, siapa tukang bagi ceramah nya. Tinjau2 celah2 langsir. Samar2 nampak muka ustaz tuh. Tengok sekali, eh, macam kenal. Tengok lagi 2-3 kali. Eh, macam kenal laaaa. First thing terpapar kat fikiran aku, nama ustaz Hasrizal, yang terkenal dengan blog saifulislam.com. Tapi aku masih kurang pasti lah sampai sekarang. Firasat agak yakin mengatakan itu ustaz Hasrizal jugak ah. Kalau betul, aku memang suka laa hehe. Pasal I am quite a fan of his blog. Segala penulisan dan pandangan serta pemikiran beliau, agak sama dengan apa yang aku fikirkan. 


Anyway, serius, best ustaz ni punya tazkirah. Aku gelak2 gila babas dengar dia bercakap. Lama tak gelak2 macam ni bila dengar ceramah. Yelah, dah lama tak dok kat UIA. Dok rumah mengulat je kan haha. Sekali- sekala usha2 tazkirah kat Al-Hijrah tv. Oh, lupa nak cakap. Kakak aku yang nombor 2 dah tak kerja kat RTM dah. Dia dah pindah Al-Hijrah. So no more RTM. Tamat lah legasi family aku kerja kat RTM.


Antara isi penting yang dapat aku tangkap tadi masa ceramah:


Puasa adalah untuk mengajar diri kita supaya merdeka dari kehendak diri. Belajar merdekakan diri sendiri dulu, baru lah kita merdekakan yang lain. Kita bukan dijajah Amerika, Yahudi atau Zionis, dan lain2. Kita lebih dijajah hawa nafsu sendiri. Kehendak sendiri. Yang perlu diubah adalah diri kita sendiri. 


Macam contoh yang dia bagi, kalau kita bawak kereta kat jalan raya. Sebab jem teruk je, kita dah start mencarut. B*doh lah, orang itu monyet lah, orang ni b@bi lah. Mula mencarut melampau2. Tapi bila jalan clear, ok pulak ek. Sebenarnya kita sendiri kena ubah diri kita. Kalau terasa nak mencarut, cuba ubah. Cuba tahan carutan tu. Lebih kurang macam tu lah.


Pastu dia ada cerita pasal Habib Bourguiba, Presidin Tunisia yang pertama. Habib Bourguiba ni lah antara yang telah mengeluarkan arahan melarang rakyat nya berpuasa. Alasan kerana mengurangkan produktiviti negara. Kedengaran macam alasan bodoh kat kita kan? Tapi lepas ustaz ni cakap baru aku sedar, ada benarnya Habib Bourgiba ni. Bukan menyokong tindakan dia. Tapi, sebenarnya, yang patut dipersalahkan dalam hal ni, bukan lah ibadat puasa, yang patut dipersalahkan adalah diri kita sendiri yang mengurangkan produktivi masa bulan puasa. Kalau korang perasan lah, bila bulan puasa je, pekerja2 di syarikat ramai yang macam malas2 nak kerja, nak balik awal lah, apa lah. Walhal masa zaman nabi dulu, siap ada perang berlaku di bulan puasa, aku tak ingat perang apa. Pastu bila tengok statistik, syarikat kurang keuntungan masa bulan puasa. Ni gara2 kita menggunakan alasan, "Ah, puasa, tak larat lah nak kerja". Silap kita sendiri lah. Sebab ni lah menyebabkan si Habib Bourguiba ni keluarkan arahan seperti ini. Ya, silap kita sebagai umat Islam sendiri. 


Nak baca lebih lanjut pasal Habib Bourguiba ni, sila tekan link ni: http://www.bicaradariaku.com/2011/08/apabila-puasa-dimusuhi.html


Yang aku suka pasal ustaz ni, dia guna bahasa sinis, sinis, tapi tak lah menyakitkan hati. Banyak lah ayat pedas yang sedas2 dia bagi tadi haha. Menarik bagi aku. Gila gelak aku tadi haha. Antara yang aku rasa menarik:


Orang lelaki masa khutbah Jumaat je, mula ramai nak tidur. Aku tak sure lah pasal aku tak pernah dengar khutbah Jumaat. Tapi ustaz tu kata sebut je "Itaqullah" orang mula nak tidur. Lepas tu bila dah sebut "Ibadullah (ibadallah?), baru ramai mula start segar haha. Sampai ustaz tu bagi khutbah Jumaat pasal topik tidur masa Jumaat lepas hahaha. Setepek je kan.


Pastu ada jugak pasal dia kata kalau kat luar negara, couple yang belum berkahwin bukak puasa sama2. Lepas tu sembahyang jemaah sama2. Sembahyang terawih sama2. Siap salam cium tangan semua. Sampai malaikat pun confuse nak catat ni maksiat atau ibadat. Haha. Yang ni memang aku suka gila. Aku memang gelak gila2 part ni.


Pastu isu rokok pulak. Dia kata orang Malaysia ni memang ramai pejuang. Berani mati punya. Dah tau rokok bahaya, masih dihisap lagi. Kalau dah berani mati sangat, apesal tak join je flotilla yang ke gaza tu? Hahaha.


Pastu dia pergi psycho budak2 kecik yang suka terjerit2 kat belakang masjid nuh. Tak hengat dunia kalau bebudak main. Dia kata, "Adik2, kalau adik cakap tapi cikgu tak dengar cakap adik, kalau adik bercakap tapi mak ayah buat bodoh je, adik suka tak? Tak kan. So, duduk diam2".


Banyak lagi lah tapi aku dah tak ingat sangat hehe.


Oh, jap. Aku rasa confirm lah yang bagi ceramah tadi tu ustaz Hasrizal or pemilik blog saiful islam. Sebab tadi aku search, jumpa, ceramah hampir sebijik dengan apa yang tadi. Ni link dia:


http://saifulislam.com/?p=6559

Pastu search jugak kat youtube. Gaya ustaz tu bagi ceramah sebijik dengan apa yang aku dengar tadi


Terbukti, memang best ustaz ni ceramah. Ye, aku memang enjoy. Dan pengisian dia banyak yang boleh kita renungi.


Apa2 pun best lah ceramah ni. Agak membuka mata aku. Haih, kurang dengar ceramah ni hati degil sikit. Bila dengar tazkirah, baru rasa terketuk sikit ek? Haha.


Salam 13 Ramadhan =)

blog comments powered by Disqus