BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, July 31, 2011

Pengalaman berpuasa

Sempena nak ramadhan dah ni, tiba2 teringat dulu2 masa aku baru start puasa kat UIA. Tahun ni kira tahun pertama, setelah sekian lama, aku akan puasa sepenuhnya kat rumah. Before this memang most of the time spent kat UIA lah kan. And oh, finally, this year juga raya pertama tanpa langsung ada examinations yang perlu dirisau. Kalau tak, sebenarnya lah kan, start dari zaman aku SPM 2006 dulu, tiap2 tahun beraya dengan exams hahaha. Tak senang hati langsung nak raya en. 


Aku teringat dulu2 aku puasa kat cenfos. Teringin benor nak bukak puasa kat luar tapi paham2 lah kat cenfos tu, jangan harap lah kan kalau nak keluar malam. So apa lagi, aku dengan member aku time tu guna alternatif lain. Jahat punya idea gak la. Kami keluar ikut bebudak yang nak pergi jemaah kat masjid, then masuk balik ikut bebudak nak pergi terawih pulak. Pehh, jahat jugak lah aku rasa time tu. Pakai telekung tapi bawah telekung ada baju luar. Sampai luar masjid je terus cabut telekung. Then bila balik, turun je dari bas terus pakai telekung. Tapi kalau nak citer, ramai lagi bebudak yang buat camtuh. Haha. Bagi adek2 yang baca blog ni, jangan tiru cara akak ye wakaka. Nakal sikit akak ni dulu2.


Oh, lepas tu aku teringat masa puasa kat cenfos dulu2, aku suka lepak dengan roommates kat tingkat atas sekali kat ZC or Zainab Al-jahsy College, sambil bukak tingkap, sambil usha2 budak2 laki yang alim2 pergi jemaah kat masjid kat sebelah cenfos tuh. Kitorang kata, "Haa, ni boleh buat bakal calon ni". Wakaka! Gila tak leh blah dulu. Siap mengendap dari situ. Best tengok diorang ramai2 mengimarahkan masjid. Sejuk je mata memandang wahaha.


Pastu bila dah first time bangun sahur sendiri, memang liat gila babas lah kan. Terkebil2 nak bangun sahur. Nasib lah ada roommates yang dah lama duduk asrama. Dah biasa bangun sendiri. Aku siap suruh mak aku call tolong kejut. Mau nya aku nak bangun sendiri. Menu utama kegemaran masa sahur, of course megi hehe. And also milo instant. Apa yang penting? Air panas! Oh, aku memang malas lah nak turun cafe semata nak beli sahur. Diorang siap dah order masa petang lagi. Aku memang tak berapa kuasa gak lah kan. Tapi pernah jugak sebenarnya turun. Yang kelakar nya time tu, ada budak2 laki menggatal turun kat mahallah kitorang pagi2 buta semata2 nak beli sahur. Pehh, cafe korang tak bukak ke bang? Kitorang dengan ramai berbaju tidur semua ni. Korang lak siap berkain pelikat ek haha.


Of course bila dah puasa ramai2 ni part yang paling best adalah time berbuka. Aku ni kalau bab berbuka nombor 1 lah ahahha. Tak cukup dengan nasik, ayam percik, kuih semua aku nak tibai wahaha. Tu yang end up gemuk camni ni -__-" haha. Tak pe, puasa kali ni, insya Allah aku nak makan berpada2. Secukup rasa saja hehe. Tak yah nak makan lebih2 lah bhai. Kata raya nak kurus wahaha. Seronok bila berbuka ramai2 ni. Tapi acara paling tak best sebab ada selingan bergosip sekali la haha. Astaghfirullah. And bila dah start bergosip, maghrib pun hampir terlajak. Haii, gila tak elok.


Anyway, panjang berjela aku bercerita. Selamat berpuasa pada semua. Gunakan lah ramadhan tahun ini sebaik mungkin sebab kita tak tahu, mungkin kita tak dapat ketemu dengan ramadhan tahun hadapan. Kalau boleh, cukup2 kan lah terawih tu. And kurang2 kan lah buat dosa. 


Salam ramadhan dan salam sayang semua :)

blog comments powered by Disqus