First and foremost. My stand. Aku tak setuju. Ye, aku tak setuju.
Ini statement terakhir yang bakal muncul kat blog aku berkenaan Bersih
Lepas ni tak ada dah.
Aku sebenarnya rasa ada je tuntutan Bersih tu yang relevan. Tapi aku rasa, perhimpunan Bersih itu sendiri tak relevan. Kenapa? Banyak sebab aku dah nyatakan kat post aku yang sebelum ni. Cuma kat sini aku nak tambah sikit.
1. Perhimpunan kacau rezeki peniaga kat situ. Yes, rezeki memang, of course, kat tangan Allah Taala. Tapi siapa kita nak tutup periuk nasi mereka? Siapa kita? Aku dengar kat berita tadi diorang kata: "Selalu hari sabtu saya boleh dapat dalam RM1000. Tapi hari ni, sampai sekarang baru dapat RM30". Whaaaa? Sayang, memang rezeki kat tangan Allah Taala, tapi terletak pada tangan kita untuk mencari pintu rezeki tu. Okay ini minor reason kenapa aku bantah.
2. Well, aku just nak tanya, kenapa masa Ambiga jumpa DYMM Yang Dipertuan Agong haritu, kenapa beliau tak serahkan memorandum masa tu? Why? Sebab wajibkah kita buat perhimpunan baru nampak kat mata media? Wajibkah kita membuat huru-hara baru kita boleh serahkan memorandum? Macam yang aku kata, ada relevannya dalam tuntutan Bersih tu. Tapi kenapa mesti nak berdemonstrasi secara BESAR-BESARAN? Aku rasa hanya perlu sikit je orang yang turun ke padang, serahkan memorandum kat Agong. Tak ke pelik di sini?
3. Aku kesian dengan polis. Waima kerajaan mahupun pembangkang bergaduh, at last pihak polis jadi mangsa. Mereka hanya menurut perintah. MEREKA BUKAN ANJING KERAJAAN. Itu tugas mereka. MEREKA DIAMANAHKAN UNTUK BUAT MACAM TU. APA LAGI KAU ORANG NAK DIORANG BUAT HAH STUPID? Damn, kan aku dah cakap orang stupid. Bukan mereka ada pilihan lain selain menjalankan tanggungjawab yang diberikan wahai makhluk2 sekelian alam semua. Kesian lah sikit dengan mereka ni. Ini balik2 mereka jadi mangsa kena hentam tak tentu pasal dengan kau orang yang takde hati perut. Polis nak taknak kena garang. Kalau mereka tak garang baik takyah jadi polis baik jadi kaunselor camtuh. Kalau tak garang takde nya orang nak ikut cakap mereka. Please lah, kesian lah sikit dengan encik2 polis ni. Tak pasal2 kena caci nista dengan korang padahal diorang jalankan AMANAH diorang je.
4. Aku takmo Malaysia jadi macam Libya, Mesir, Indonesia atau negara2 seangkatan dengan mereka fullstop. Kita punya perlembagaan, kita punya undang2. Kau orang nak parti kau orang menang, sila buat cara bersih sebagaimana tuntutan Bersih. Ini tak, bila aku tengok, kat perhimpunan Bersih masih dilaungkan reformasi. Naikkan semula reformasi? No! Supposed not! Kita warga bertamadun. Buat cara bertamadun. Punya banyak cara kita nak berpolitik. Bukan dengan cara menimbulkan huru-hara di Malaysia. Bukan dengan cara menggulingkan kerajaan. Kalau kita rasa pihak parti kita layak untuk memerintah, akan sampai masa mereka naik. Tak gitu? Walau korang kata kotor macam mana sekali SPR, Pakatan Rakyat tetap DAH MENANG KAT SELANGOR AND SELANGOR DUDUK BAWAH PIMPINAN PEMBANGKANG SEKARANG NI PE LAGI KORANG NAK BERSIH2 NI?? Well, tak ada beza pun aku rasa duduk bawah kerajaan ke pembangkang ke sebab semua tetap berjalan seperti biasa. Hidup aku tak ada gangguan pun. Aku cuma harap, kalau korang nak tubuh kerajaan baru, jangan guna cara salah. Gunakan cara berpelembagaan. Fullstop.
5. Sebab menatang2 camni laa Melayu banyak berpecah. Tak, orang Islam banyak berpecah. Kerajaan kutuk pembangkang, pembangkang tibai kerajaan. Cehhh, action speaks louder than words pfffft!
Tu je kot. Malas nak berpolitik dah. Bosan so bye! :D
Saturday, July 9, 2011
Kenapa aku tak setuju dengan perhimpunan Bersih versi 2.0 (sila baca betul2 and jangan judge)
Posted by su at 10:21 PM
blog comments powered by Disqus
Subscribe to:
Post Comments (Atom)