BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, July 3, 2011

Ini pendapat aku saja

Okay, sebelum sesiapa nak bash aku, korang perlu paham yang aku natural, tidak berpihak pada pembangkang mahu pun kerajaan. Aku tak berapa nak suka beratkan mana pihak. Pandangan aku dalam post ni pun berdasarkan apa yang aku nampak secara surface pasal isu Bersih ni. Pasal aku tak laa kaji secara mendalam pun. Just nak state kat sini je few things yang buatkan aku tak berapa nak suka perhimpunan Bersih ni.


1. Agak kacau periuk nasi orang pasal benda setahu aku buat kat area sogo tuh. Kawasan orang berniaga. Kawasan orang cari rezeki. So disebabkan huru hara yang bakal terjadi, takde siapa berani nak turun shopping time tu and takde siapa berani nak bukak perniagaan time tu kat situ. Satu hari tak boleh berniaga, dah kacau dah jadual duit bulanan mereka. Tak gitu?


2. Korang dok berhimpun untuk Bersih bagi overtime untuk polis ler. Kesian polis bertambah2 kerja diorang kena buat. Tak pasal2 sebab benda ni, diorang kena buat OT. Ini bukan aku reka, ini aku dengar sendiri dari mulut mereka yang bekerja dengan polis. Memang susah untuk mereka. Sampai malam kena meeting. Even kerani pun terlibat kena meeting sama. Tak ke menyusahkan? Sigh.


3. SPR tak bersih? Wallahualam. Kalau tak bersih, takkan lah sampai 5 negeri pihak pembangkang boleh tawan masa PRU dulu. Logically, aku rasa bersih je.


Itu pendapat aku. Sebagai orang biasa, sebagai rakyat biasa. Ikut korang nak terima atau tak. No biased statement here. Aku cuma rasa aku perlu cakap je kat sini. K, bye!

blog comments powered by Disqus