Kadang2 kelakar jugak rasa baca kat blog lah, fanpage lah, apa lah. Kelakar rasa tengok mereka yang mahu menegakkan benang yang basah. Lagi2 isu legging yang cuba dipertahankan oleh Rain Bow (http://rainbowphobia.blog.com/).
Astagfirullahalazim. Tu je mampu aku cakap. Kelakar lah korang. Cuba menegakkan benang yang basah. Dan sangat bangga bila benang yang basah itu dapat ditegakkan walau tangan sendiri masih terkial2 memegang benang. Minta maaf lah, aku tahu aku pun tak sempurna. Aku tahu aku belum habis menutup aurat tapi yang penting, tidak lah aku mahu jaja dan bangga dengan kisah aku sedang melakukan dosa. Tidak lah aku bangga diri yang masih bergelumang dosa. Aku takut neraka. Memalukan sungguh melihat orang Islam berbuat begini. Malu tengok mereka ini tak malu dengan Tuhan.
Kau tahu kau buat dosa. Kau tahu kau buat salah. Tapi perlu ke bangga sangat dengan dosa kau buat? Sampai bagai mahu menghalalkan apa yang haram? Cukup2 lah diri dah buat dosa. Dosa yang itu pun belum tentu diampun. Inikan pulak ditambah dengan dosa bangga melakukan dosa itu. Makin bertambah dosa kau, tahu tak?
Lepas itu, aku pelik pulak. Pelik kenapa ada juga sesetengah mereka berkata, Islam mendiskriminasi wanita. Diskriminasi? Begitu ker? Ini satu lagi cerita kelakar aku rasa.
Pandangan Islam terhadap wanita? Tinggi sangat martabat wanita di mata Islam sebenarnya. Sangat tinggi. Kau bayangkan lah, even lelaki yang jadi ketua keluarga, dia mengetuai segalanya. Ayah itu sebagai kepala. Tapi siapa yang nabi dahulukan? Siapa yang nabi muliakan? Ibu dahulu sebelum ayah. Dan atas ayah kau, ada pulak nenek kau. Yang pangkatnya lagi tinggi dari pangkat seorang ayah. Betapa mulianya wanita di sisi Islam. Tak perlu timbul isu Islam merendahkan martabat kaum wanita.
Islam tak adil pada wanita? Celah mana kau nampak sebenarnya ni? Celah mana? Cuba cerita sikit. Selama aku hidup sebagai seorang wanita muslim di Malaysia ini, tak pernah sedikit pun rasa diperlekehkan. Aku diberi belajar, setinggi mana aku mahu. Tak pernah sedikit pun Islam melarang wanita menuntut ilmu. Asalkan ilmu yang dipelajari adalah ilmu bermanfaat. Aku pun diberi kebebasan memilih calon suami. Tak pernah timbul soal kahwin paksa. Aku juga diberi hak untuk bersuara sekiranya berlaku ketidak adilan. Dan berfesyen juga, tak pernah Islam melarang berfesyen. Pakai lah warna-warni sekali pun, asalkan ikut apa yang dituntut syara'.
Kadang ada pula mereka berkata, kenapa wanita tak boleh jadi imam? Kenapa wanita tak boleh jadi pemimpin. Ini satu diskriminasi!
Pernah tak kau dengar, yang perempuan ni punyai 9 nafsu, dan hanya satu akal. Dan lelaki pula punyai 9 akal, dan 1 nafsu. Pernah dengar, kan? Ustazah kat sekolah selalu cerita, tipu lah kalau tak tahu. Ini lah peranan lelaki dalam kehidupan. Semulia-mulia wanita, wanita ini sangat lemah sebenarnya. Fikiran sentiasa dipengaruhi emosi. Memang aku akui, aku sentiasa begitu. Kadang tak mampu nak buat keputusan jitu hanya kerana pengaruh emosi. Kat sini lah peranan lelaki bertindak sebagai pemimpin. Kerana mereka mempunyai 9 akal. Mereka tak mudah dipengaruhi oleh emosi. Jadi kat sini tak perlulah aku rasa timbulnya soal mereka kata wanita pun berhak memimpin lelaki. Tak sepatutnya ada isu itu disini. Kalau lah perempuan pun ada hak dalam melafaz talak, confirm dah meriban banyaknya kes talak kat dunia ni. Setakat pinggan pecah pun nak lafaz talak, apa kes?
Itu lah jadi, bila kita hamba yang lemah ni, cuba nak melawan arus. Ada sebab Allah letak ketetapan sesuatu benda itu menjadi begitu. Benda takkan jadi tanpa ada sebabnya. Kadang bila konon terlampau moden, sampai terlupa fitrah sebenar kita sebagai manusia. Jangan lupa, kita hanya manusia biasa.
Tuesday, October 5, 2010
Kebebasan wanita
Kepada mereka ini, bawak2 lah bertaubat. Kiamat sudah makin hampir sayang oii.
Posted by su at 9:23 PM
blog comments powered by Disqus
Subscribe to:
Post Comments (Atom)