BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, September 6, 2010

Razali bin Mat Aris, (1930-2010)

Hari ini hari ke 27 berpuasa dan hari ni juga keluarga aku menerima 2 berita kematian dari both side of my parents. Yang dari belah mak aku, sepupu mak aku meninggal and dari belah ayah aku, atok sedara yang aku cerita hari tu meninggal. Erk, I actually don't really know which one dari belah mak aku yang meninggal tuh. Tak kenal sangat. Yang penting kazen mak aku lah.


Anyway, tadi pergi shah alam. On the way balik tu tiba2 dapat call dari kampung, kata kazen mak aku meninggal. Kami nak jugak balik kampung but since my dad tak leh drive jauh2, so kitorang batalkan rancangan. Tapi ada hikmah jugak di batalkan rancangan ni. Sebab not long after that, tiba2 dapat panggilan from sepupu ayah aku, kata atok sedara aku meninggal. And actually kami lagi rapat dengan arwah atok ni berbanding kazen mak aku.

Bila dengar je yang atok tu dah meninggal, first sekali keluar dari mulut ayah aku, hampir perlahan dia kata "Allahuakbar".

Ayah aku sebenarnya antara orang yang paling rapat dengan arwah atok sedara aku. Dia dah layan ayah aku serupa macam anak sendiri. Malahan lebih dari anak sendiri. They share secrets together. Selalu nak keluar minum konpem ajak ayah aku pergi minum. Memang nak kata yang mereka ni sangat rapat sebenarnya even jarak umur lebih jugak 20 tahun.

Sepanjang arwah atok sedara aku sakit, dia asyik panggil2 je nama ayah aku. Asyik cari2 mana ayah aku. So sepanjang dia sakit ni, ayah aku dok temankan dia start after subuh sampai tengah hari, sementara menanti anak dia datang. Hari2 ayah aku teman sampai lah one time arwah atok sedara aku dah jadi sangat kritikal. Paru2 dia dah tak boleh berfungsi. So kena apetah aku tak sure, tapi process tuh boleh leads to paralyze seumur hidup. Then doktor cuba sedaya. Sampai one time arwah atok sedara aku tunjuk tanda2 macam nak sembuh.

So disebabkan arwah atok sedara aku macam dah nak sembuh, so ayah aku take rest for awhile pasal dia ada urusan nak diselesaikan. And supposed, hari ni, turn ayah aku jaga arwah atok tuh. Tapi Allah tak izinkan mungkin, so, disaat2 ayah aku tak disisi dia, dia pun hembuskan nafas dia yang terakhir. Itu yang buat ayah aku agak terkedu bila dapat tau dia meninggal tuh. Dia tak expect atok jadi camtuh. Padahal antara satu tanda2 kematian is that, orang yang sakit kritikal tiba2 jadi sihat. Bak kata mak aku, dia nak sedapkan hati orang yang dia sayang. Very sad lah sebab before ayah aku nak balik rumah hari tu, ayah aku cerita yang arwah atok sedara aku menangis :(

Ayah aku terus kelam kabut pergi hospital. Sampai tak nampak mana jalan, mana pintu. Sampai atas tengok arwah dah kena balut dengan kain. Ada dua orang je anak dia time tuh. So ayah aku ape lagi, tunggu laa kat situ sementara tunggu anak2 dia yang lain datang.

Aku yang follow sekali tengok jugak muka arwah semua. Arwah sememangnya seorang yang alim. Bertuah sangat sebab dia meninggal time bulan puasa. Dengar cerita, arwah ni time sakit duduk kat wad, mulut tak henti2 zikir mengingati Allah, tak henti2 mengucap. Even minda dia dah tak berapa waras. Arwah ni dulu2 time dia sihat, dia tolong rawat orang guna ayat suci Al-Quran. Teringat jugak lah time makcik aku kena buatan orang dulu, arwah yang tolong. Tapi lately bila dah makin tua, arwah dah makin tak larat. And sekarang memang tak leh mintak tolong arwah langsung dah.

So tadi aku pun follow laa mayat dibawa naik lift. First time kut ikut. Never really experience this kind of thing. Ikut lah naik lift, turun tingkat paling bawah ke unit Forensic Pathology. First time jugak jejak kaki kat situ. And siap lalu terowong kecik tempat bawak mayat yang gila agak scary pasal rasa macam ada makhluk ikot ko dari belakang tapi nasib baek bulan puasa fuhhh. So teman lah arwah atok aku kat situ.

Cuma nasib tak baik lah aku. At first ayah aku nak suruh aku yang follow naik van jenazah but then tiba2 cancel. Aisehh. Baru nak try benda baru kan huhu. Takpe2 takde rezeki.

Petang tadi arwah atok sedara aku dah selamat dikebumikan selepas solat asar. Orang kata kalau time bulan puasa takde seksa kubur. Wallahualam. Semoga Allah merahmati arwah atok sedar aku, Razali bin Mat Aris, aminnn

Sedih beb. Aku dah anggap dia macam atok aku sediri pasal aku takde atok :(

blog comments powered by Disqus