BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, September 9, 2010

Raya 2010

Tahun ini, Ramadhan berlalu dengan agak pantas pada pandangan aku. Memang sangat sedar tak sedar, dah berada pada hari terakhir Ramadhan. Semuanya sebab assignments yang menggunung, quiz yang banyak dan juga mid-term yang berterusan. Seriously, memang terasa tahun ni punya Ramadhan sangat laju meninggalkan aku. Saat penghujung Ramadhan ni lah baru sempat nak bertarawih bersama keluarga. Pergi masjid sama-sama.

And sedar tak sedar, raya pun tiba lagi. Ada sekelumit rasa sayu di hati meninggalkan Ramadhan tapi hati gembira juga menyambut Syawal. Tahun ni, as usual, tak de lah lama sangat kat kampung. First day of raya pergi gerak ke dua-dua belah kampung. Dekat je pun. Hulu Langat and Rembau. Memang tak jauh mana. So no such thing as tidur kampung belah mana every year haha. Sekarang memang dah jadi tradition family aku dah. Every year dah tak ada tidur kampung. Pergi hari then balik hari. Since my father insisted yang tak mahu tidur kampung. Dia kata raya2 ni dia lagi suka stay kat rumah sendiri. Well as if dia kata rumah ni la kampung dia. Mula2 memang rasa tak syok lah but then dah lama2, dah lali dah. Takpe lah. Since kitorang pun memang selalu menjengah kat kampung tu.

Raya saban tahun makin berubah jugak. This year punya raya, akak sulung aku tak raya dengan kitorang. This year dia ikut husband dia balik Kelantan. Pasal last year dia raya kat sini. Well, the truth is, ada sedikit rasa sedih disitu. You can't really expect to get a full house time raya dah lepas ni. Pasal lepas ni, giliran akak no 3 aku kahwin and insya Allah, kakak no 2 menyusul lepas tuh. Then masing2 mungkin lah ikut husband masing2 raya di kampung masing2. And tinggal lah kami 2 beradik je raya sama2. Tak boleh nak expect my sisters nak raya gaya ala anak dara lagi dah. Dah tak boleh hu ha sama2 pasal semua dah berlaki sendiri. It's a little sad, I must say (dengan ini diisytiharkan aku nak kahwin cepat2! Sat lagi tinggal aku sorang ja belum kahwin, aku sorang termangu2 time raya. Sedih dohhh! Argghhh, tak dapat menerima kenyataan. haha)

And raya every year pun, makin kurang seorang ahli keluarga. Well, this feeling came pun lepas arwah atok sedara aku meninggal. And also hari tu arwah pakcik aku meninggal. Next year, tak tahu pulak giliran siapa yang pergi. Sedih ohh. Ada rasa sedikit kekurangan di situ. People come and people go. Tak mahu panjangkan topik ni pasal nanti berjela2 pulak sedih dia.

Oh, tahun ni baju raya ada 4 pasang. Bukan melampau -lampau aku shopping ye. 2 pasang akak aku bagi, sepasang ayah beli, then sepasang lagi aku beli sendiri. Tu yang jadi sampai 4 pasang tuh. Kasut raya pun cam erkk, ada gak 3 pasang. Semuanya untuk keperluan beb. Nanti nak pergi kelas ke hape (haha kunun). Consider laa sikit. Aku ni bukan kaki shopping pun haha. Sekali menyekala jugak saja dok shopping2 ni. Bukan laa selalu pun.

Apa2 pun, nak ucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri. Nak mintak maaf betul2 dari hujung rambut sampai hujung kaki, kalau ada tersilap bahasa, kalau ada sakit hati ke, kalau ada aku buat silap dan salah. Kalau still tak mahu maafkan, bagitahu aku siap2, tak mau laa hutang sampai akhirat sana. Payah betul nak selesai tuh. And kalau ada hutang duit pulak, sila lah tuntut dari aku. Kalau tak mahu tuntut, paham2 laa, halal2 kan laa yek hehe. And lepas raya ni, cuba laa sehabis mungkin tak sakitkan hati orang. Pasal orang Melayu kita suka pikir, "Alaaa, next year punya raya ada lagi". Fahaman salah sungguh tuh. Dah buat silap, cepat2 minta maaf. Itu lebih afdhal. And oh, sebab aku pun manusia biasa, aku tak tipu, sekali-sekali ter-mengumpat atau sengaja mengumpat orang jugak. So nak mintak maaf sangat2 di situ.

Ramadhan hampir pergi,
Syawal kini kembali,
Mohon maaf di aidilfitri ini,
Moga ketemu dengan Ramadhan lagi.

(Pic tahun lepas hehe. Amek time maen mercun ngan bunga api)


Mengharapkan berjumpa lagi Ramadhan tahun hadapan

blog comments powered by Disqus