Post ni sebenarnya dah lama jadi pekasam kat draft. Kerana kemalasan nak menghabiskan post yang ni, agak lama gak laa dia jadi pekasam. So anyway, disebabkan aku sekarang memang bosan tahap apetah, so aku pun cam agak berminat nak habiskan post yang tak lengkap nie. Kalau ada sesiapa berminat nak tahu pasal diet ni, you may proceed on reading. Kalau tak minat, err.. tunggu next post la yek.
--------------------------------------------------------------------
Seperti yang rakan-rakan tahu, lately ni aku tengah on diet. Satu proses yang susah woihh, sangat susah sebenarnya. Tapi tak apa. Untuk warga Malaysia yang kekal sihat selalu, aku teruskan jugak lah [padahal risau perut aku dah bertambah buncit].
Well, lately aku discover satu jenis diet which is called diet atkins. Diet nie wujud dah agak lama sebenar nya. Dr Atkins yang dok cipta diet ni pun dah menjadi arwah dah kut [ye la, orang lama lah katakan]. Jumpa diet ni pun lepas dok ber-googling kiri dan kanan macam biasa.
Aku agak berminat jugak lah dengan diet ni. Sebab diet yang ni mengamalkan diet low carbohydrate dan bukannya low calory seperti mana yang selalu diamalkan oleh penggemar2 diet [erkk, wujud ke ayat penggemar diet?].
Nak tahu lebih lanjut boleh pergi kat official website ni.
Bagus gak website ni pasal banyak gak info yang aku dapat. Well, aku actually seperti biasa, sebelum start off with something, aku akan buat research dulu. Penat lah usha kiri dan kanan. Cari kelebihan dan kekurangan diet atkins ni.
Actually, compare to other types of diet, aku rasa diet atkins ni agak senang lah jugak. And yes aku memang berminat dengan this type of diet. Diet ni sepertimana aku dah nyatakan sebelum ni, mengamalkan konsep low carb which is rendah karbohidrat. Apa yang dimaksudkan dengan rendah karbohidrat? Kita mengamalkan diet mengurangkan jenis makanan yang berasaskan karbohidrat dan juga berasaskan glukosa. I'm not an expert dalam biology pasal dah 4 tahun tinggalkan biologi tapi dari apa pemahaman aku lepas membaca and everything, dengan mengurangkan kadar pengambilan karbohidrat, akan memaksa badan menukarkan lemak kepada tenaga. Ohohh, ada jugak laa faedah aku belajar bio rupanya. I can see the logic there. Tapi I don't really understand yang tang insulin tu. Probably bio dan aku dah takde chemistry langsung haha.
Well, diet nie sebenar nya ada 4 phases. Kebanyakan blog2 berbahasa melayu dan forum2 yang aku jumpa hanya menerangkan tentang phase yang pertama iaitu induction [macam pernah dengar? terms dalam discrete math and calculus oke!]. Probably sebab phase kedua, ketiga dan ke empat agak sukar untuk diterangkan dan probably juga sebab induction adalah phase yang paling penting. And yes, aku pun hanya akan terangkan takat first phase sahaja sebab yang second phase tu aku cam tak berapa minat nak ikut. And I think I have my own way of maintaining my weight.
Basically time Induction ni, akan kehilangan berat dalam kuantiti yang agak banyak. As far as I have understand and read, diet ni memang sesuai untuk orang yang overweight dan mahu hilang berat dalam kuantiti yang sangat banyak (and cepat!). To tell you the truth, I have follow this diet and selama 4 hari aku ikut diet ni, I lost 3 kg. 3 kg kuttt hehe. And sekarang ni aku dah kembali ke berat aku yang asal. Hari tu exam asyik makan macam orang gila so badan naik cam kena pam2 so sekarang sudah happy badan sudah turun sikit. Tapi, aku still targeting nak turun lagi 4 kg sebab I still feel not satisfied dengan berat sekarang.
-------------------------------------------------------------------------------
Fasa pertama : Induction
Fasa yang paling penting kalau nak mulakan diet atkins ni. Apa yang perlu kita tahu sebenarnya sebelum start, makanan yang mana banyak carbohydrate and makanan yang mana kurang karbohidrat atau takde langsung. Sebab utamanya, kita kena limitkan consumption of our carbohydrate kepada only net 20g per day. Induction phase ni minimum nya kena atleast 2 minggu TAPI boleh jadi berminggu2 jugak based on the state of your own body. Diet atkins tak mengamalkan diet low calory dimana kita tak leh makan semua lemak2 or protein2 tuh. So basically, based on research aku:
Boleh makan:
1. Semua jenis ikan.
2. Semua jenis daging.
3. Ayam
4. Udang, ketam but no sotong please pasal karbohidrat tinggi
5. Sayur especially sayur hijau. Kentang, lobak is a no no
6. Cheese jenis mozarella, parmesan, cheddar
7. Mayonis
p/s: semua ni dimasak WITHOUT tepung. Dingatkan, tepung tu karbohidrat.
And some sort of others yang aku malas nak type.
Yang perlu ingat kat sini, perlu elakkan makanan2 yang tinggi kandungan glucose atau karbohirat. So sebenarnya pandai2 fikir sendiri lah kan. Sebelum beli makanan tuh, cek dulu kandungan glukosa.
Tak boleh di makan :
1) Nasi, mihun, laksa dan semua yang berasaskan tepung
2) Elak roti dan segala lah jenis roti.
3) Elakkan gula dan segala jenis gula termasuk madu.
4) Elakkan buah-buahan for induction phase ni
5) Takyah lah minum air manis (and sejuk!)
6) Makanan2 proses seperti chicken ball, fish ball sebab tinggi carbo
7) Elakkan apa2 biskut. And also cream ke, jam ke
7) And snek2 super mengarut tuh
Pastikan makan dinner sebelum pukul 9 malam. Lepas pukul 9, stop lah menguyah. Kalau nak kunyah sangat, pegi lah amek timun tuh kunyah.
Banyakkan minum air masak. Sekurang-kurang nya 8 gelas satu hari. Lebih lagi bagus. Tapi konpem rasa nak gi toilet je lah.
--------------------------------------------------------------------------------
So based on apa aku tulis kat atas tu rasa2 macam boleh difahami jugak lah kan? Even korang tak amek bio dulu, korang still belajar science kan?
Kebanyakan orang yang amalkan diet ni memang tak control langsung lah diorang punya kalori. Serius. Makan lah sekor ke, dua ekor ayam ke, yang penting, LOW CARBS. Itu kunci utama. Tapi, bila aku amal diet ni, aku kinda control calories aku jugak lah. Sebab ikut my own logic, kalau asyik makan lemak2 jer, tak guna jugak buat diet ni. Last2 dia amek lemak kita makan buat jadi tenaga, bukan lemak2 kat perut tu. Tapi tu lah, diorang kata tak elok control kalori time diet atkins. But still, I use my own way. I still eat those high calories tapi in a small quantity lah.
Korang2 yang nak diet tuh, seriously, aku nasihatkan amalkan diet ni. Sebab selama ni aku diet cara biasa tapi takde kesan. Langsung takde kesan. Makin naik berat adalah. Pasal apa? Pasal tersalah cara. Exercise cam orang gila tapi still makan karbohidrat. Memang tak lah kan. Kalau buat diet atkins ni, takyah nak exercise cam orang gila sangat lah. Jalan2, naik tangga dah cukup. Tak yah lah nak pegi gim ke hape. Exercise takat nak bakar karbohidrat ngan nak kuatkan otot jantung.
Tapi ada beberapa benda aku nak pesan kalau nak amal diet ni. Niat kena kuat, semangat kena kuat. Pasal apa? Pasal temptation nak makan benda manis2 tuh sangat lah kuat sebenarnya. Tengok orang makan kek dah terliur, makan ice cream pun terliur. Kadang2 biskut lemak pun meleleh oo. Gila tak tipu. Berapa kali kantoi jugak lah. And nasik paling tak leh tahan. Pasal kita orang melayu. Nasik memang makanan ruji sebenarnya.
And kalau dah buat diet ni, jangan obses pulak yek. Pasal kalau dah terbiasa kurang karbohidrat pun memang tak elok lah untuk badan. Nasihat aku, pandai2 sendiri lah. Kalau dah rasa puas hati tu, stop la ngan diet ni and start dengan gaya hidup sihat balik. Itu cara aku. Time kaseh!