BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, May 31, 2010

Blood Test

Malam tadi adalah malam yang agak panic jugak lah untuk aku. Tak tahu kenapa tiba2 time tengah tengok family outing, kepala aku tiba2 rasa berpusing rasa macam ter "snap" macam tu. Lebih kurang lah. Rasa macam nak pitam tapi tak pitam pasal aku tengah duduk time. Mula2 aku rileks laa ingat takde apa. Lepas tuh, tiba2 rasa macam tangan kanan aku rasa lemah and aku dah start rasa panik. Aku pun memang dah tak leh duduk diam dah time tuh. Ke depan, lepas tuh jalan pergi belakang pulak. Last2 aku pergi kejut mak aku. Cakap aku rasa tak sedap. Rasa semacam jer. Mak aku suruh lah aku baca2 sikit. Baca ayat kursi semua. Aku pun baca lah tapi masih tak regain ketengangan. Lepas agak lama still tak tenang, aku pergi cari kakak aku pulak. Cakap kat dia yang aku rasa cam tak best. And pastuh, at last, aku kejut ayah aku pulak. Cakap kat dia apa yang aku rasa sekarang. Memula ayah aku pun suruh baca2 semua. Tapi still pasal aku dalam state of panicking, ayah aku ajak lah aku pergi hospital. Memula try nak pergi kat klinik Ludher and Bhullar sebab ingatkan dia still bukak 24 jam. Tapi tengok, dah tak 24hours dah. Pastu ayah aku cakap kita pergi hospital assunta lah, lagi senang. Pasal pikir macam nak pergi PPUM tapi takut ramai orang.

Pergi assunta, doktor yang bertugas time tuh rupa macam baru bangun tido. Serious mata dia merah haha. Pastu aku cakap lah apa yang jadik. And dia suspect aku kena minor stroke. Suspect je lah. Dia kata tunggu esok lah, jumpa doktor pakar tanya pendapat. So that night dia hanya bagi panadol sahaja pasal dia kata aku macam ada demam sikit.

Esok nya, which is today, aku pun pergi lah jumpa doktor pakar. Datang dalam pukul 10.30 camtuh pasal appointment pukul 11.30 tapi dapat jumpa doktor dalam pukul 12.30 lebih kurang. Pasal assunta ni dia amalkan service first come first serve. Tunggu punya tuggu akhirnya nama aku kena panggil. Doktor tu nama dia Datuk Dr. Raihanah. Aku cam dah cuak pasal muka cam garang. Tapi dia baik sebenarnya. Dia pun buat lah certain test untuk aku. You know, like the one that the doctor made for Aya in 1 liter of tears. Lebih kurang macam tu lah pasal dia ada kaitan dengan saraf. Bila buat semua test, semua doktor kata ok, no problem. Pastu dia tanya lah macam2 kat aku. Aku pernah makan apa ke, allergic apa ke. Sumthing like dat. Last2 dia kata buat blood test lah pasal ni first time aku kena. Dia kata kalau blood test kata semua ok, takyah datang dah pasni. So next week on monday, amek result blood test aku.

So kesimpulannya, tadi aku pergi buat lah blood test buat pertama kali nya dalam hidup aku. Dulu kecik2 pernah kot, tapi needle tak se huge sekarang ni. Aku memula memang cuak lah. Pasal ye lah, jarum kott. tapi bila fikir balik, apa barang jarum kecik kat tangan. Kat mulut ni lagi berpuluh kali jugak lah kena cucuk jarum. Cuak sikit lah pasal ni first time jugak since braces dulu. Bila nurse tuh cucuk kat tangan aku, aku memang tak pandang ah! Serius cuak. Tapi sebenarnya tak sakit pun. Rasa cam kena geget kerengga jer hehe. Tapi tu lah, amek darah ni buat aku rasa ting tong hari ni. Rasa macam terawang2 itu. Tak biasa kut. 2 tabung kot dia amek.

Anyway, blood test dia consist of :

1) Calcium
2) Erythrocyte Sedimentation Rate (ESR)
3) Full Blood Count (FBC)
4) Glucose fasting/Random
5) Inorganic Phosphate
6) Liver Function Test Screen LFT (P1)
7) Renal Function Test C

Semua yang ada kaitan dengan diet aku dari apa yang aku agak lahh. Adess.

Close up time masih ada plaster

Tu diaaa. Kena cucok tuhh

Tak nampak sangat. Tapi merah ler tangan aku.

Senarai test

Bill. Memang mahal ler. Kata swasta.

Hopefully memang takde apa lah. Pasal doktor cakap semua ok sebenarnya. Cuma blood test tuh setakat nak pastikan sahaja. Pray for me guys!

blog comments powered by Disqus