BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, November 3, 2011

Seksualiti Merdeka

Lately ni aku banyak post benda2 berkaitan Korea laa, ape lah, entertainment semua tu lah. Aku rasa dah sampai masa nya aku post untuk khidmat masyarakat pulak. Sebagai blogger, sedikit sebanyak aku punya tanggungjawab untuk memberi sedikit kesedaran kepada pembaca blog aku.


Pernah dengar pesta Seksualiti Merdeka? Aku tak ada niat nak mempromosi mereka so aku tak akan letak link blog mereka kat dalam blog aku. Cemar weh, cemar haha. Pertama kali aku dengar pasal ni, dekat kelas community service aku hari rabu, that is semalam. Terkejut, sumpah aku terkejut bila sister instructor untuk kelas aku bagi kitorang baca flyer pasal Seksualiti Merdeka ni. First thing terlintas kat fikiran aku was like, "WTF??". Apebenda semuanya Seksualiti Merdeka ni? 


Benda ni pesta ok, pesta. Sumpah gila. Mereka badan2 NGO nak perjuangkan "hak" mereka, lesbian, gay, bisexeual, transgender or LGBT ni. Mereka sedang berusaha menghalalkan hubungan2 dan perkara yang tak halal ni supaya diterima di mata masyarakat. Ye, mereka semakin berani di khalayak ramai sampai mampu nak anjurkan pesta. Tapi pesta ni dah start since 2008 actually. Cuma aku rasa baru tahun ni mereka bawa pesta ni kepada public.


Ye, sebagai orang biasa, aku tak rasa aku punya kuasa nak halang pesta2 berunsur kebaratan dari berlaku di Malaysia. Tapi sebagai blogger, ni je yang mampu aku lakukan. Selamatkanlah anak bangsa kita, selamatkanlah negara kita dari terjebak dengan benda2 sebegini. Bak kata instructor aku, walau hanya dengan doa, dah cukup dah usaha dari seseorang individu itu. Dan sebagai blogger, aku anggap ni sebagai satu usaha untuk menghalang dari benda2 sebegini dari terus menular dalam masyarakat.


Jangan hanya sibuk nak cerita berpolitik saja, sampai lupa masalah2 macam ni merupakan tunjang segala masalah kepada negara sekarang ni.


Dan jangan sampai Malaysia dilanda bala dan bencana kerana perkara2 sebegini. Tuhan hantar balasan cepat je kat dunia. Ingat tu.

blog comments powered by Disqus