Tu dia manusia hipokrit. Dalam UIA beria kata lelaki dengan perempuan duduk kena asing. Lelaki tak leh salam dengan perempuan, even yang lagi tua dari kita, haram katanya, kunun2 kata mau jaga nama Islam, kunun2 kata nak jaga nama UIA. Itu dalam UIA lah. Padahal luar UIA kemain kau pegang tangan dengan awek, keluar berdua dengan awek, share air dengan awek, segala bagai lah kau buat dengan awek kau. Tu dia betapa hipokritnya sesetengah manusia kat dalam UIA ni. Pertahankan Islam bukan kemain, then bila kata couple tu haram, dia mula pertahankan, mula bagi alasan, "Oh, dalam Islam couple tak haram lah, yang haram tu kalau main raba2". Habis yang kau malam2 gayut dengan awek penuh dengan perasaan tu tak melalaikan? Tak haram? Niat tak menghalalkan cara. Aku tahu kau berniat besar nak peristerikan awek kau, tapi yang haram, tetap haram, ada faham? Tak payah nak halalkan apa yang haram. Suka-suka je nak halalkan apa yang haram, kalau nabi tahu apa dia kata agak nya?
Aku bukan nak kata aku tak buat dosa. Aku buat jugak, ye aku mengaku. Tapi tak perlu hipokrit kan? Tak lah aku nak dedahkan aib sendiri dengan mengaku apa dosa yang aku dah buat, dan takde la pulak aku nak halalkan apa perkara dosa yang aku lakukan.
Yes, aku nak kata kat sini, even if one day aku couple sekali pun, aku akan mengaku dan kata, couple itu haram, dan aku sedang buat dosa. Tak payah nak isytihar couple tu halal semata2 nak cover perbuatan kita.
Aku geram. Ramai je mereka dalam UIA ni beria pung pang pung pang mengagungkan Islam tapi mereka buat perkara bertentangan with what they preach. Contoh paling aku geram tu yang aku bagi kat atas tu. Kunun yang lelaki tamau salam dengan perempuan tahap makcik dengan dia sebab kata benda tu haram, kita kena jaga nama Islam, kena jaga nama UIA sebagai universiti yang bawak nama Islam. Walhal kat luar, Tuhan je tau apa dia buat bagai dengan awek dia. Kalah laki bini dah aku tengok. Hipokrit ni aku panggil. Kau kata salam makcik2 tu salah, then pegang tangan awek tak salah ye? Gitu?
Aku, kalau aku lah, kalau aku buat sesuatu dosa tu, memang aku tak berani nak bangkitkan isu tu. Sebab aku tahu aku pun buat dosa. Kita tegur orang buat salah tu, tapi kita sendiri buat kesalahan yang sama, tak rasa macam orang akan pertikaikan kredibilit kita ke? Sebagai orang yang menegur? Well, unless aku dah tak buat kesalahan yang sama dan cuba tarik orang ikut sekali insaf dengan aku, baru aku berani nak timbulkan sesuatu isu pasal kesalahan dalam Islam.
Ketam cuba mengajar anak berjalan, memang senget lah jadinya. Ni la jadinya. Hmphh.
Sorry if anyone offended. Kadang tu hilang sabar baca benda2 yang ditimbulkan kat facebook or twitter or even blogs.
Thursday, November 10, 2011
Manusia hipokrit
Posted by su at 5:38 PM
blog comments powered by Disqus
Subscribe to:
Post Comments (Atom)