Hari Selasa hari tu, aku, Aqilah and Shera pergi makan makanan Korea kat Sweetree, Ampang. Aqilah Irina yang sememang nya suka beli kupon kat groupon dan telah berjaya grab kupon untuk Korean dishes. Yeah, dapat lah murah sikit hehe. Since aku pun tak pernah lagi merasa makan makanan Korea except dekat Seoul Garden, apa lagi, join laa Aqilah makan2 sekali.
Kitorang reserved table untuk pukul 2 punya tapi kami tiba kat Sweetree dalam pukul 2 lebih jugak aa. And seems like diorang tak kisah lah pulak reserved or tak reserved. So takpe lah. Kami disambut oleh bos restaurant tu dengan ucapan, "Annyeonghaseyo". Memandangkan tahap bahasa Korea aku tak ler tinggi mana, senyum je la kat encik bos tu haha. Bos dia pure Korean aku rasa. Kang aku balas annyeonghaseyo gak mau nya dia tibai borak2 bahasa Korea dengan aku pulak. Pe pulak aku nak jawab en? haha. Anyway, Sweetree ni location dia kat Ampang. And baru aku tau, sebenarnya kat area Ampang ni wujudnya kawasan yang hampir dipenuhi dengan kedai2 Korean. Gila banyak babas wa gitau lu! Terkejut kami tengok. Sampai kedai dobi Korea pun ada haha. Mungkin lah kawasan tu ada penempatan Korean yang kami tak tahu.
Pilihan makanan yang diberi oleh kupon tu ada 2. Pilih sama ada mahu bulgogi atau mahu bibimbap. Kami tanya lah apekebenda yang ada dalam bibimbap dengan bulgogi. Waiter tu pun kata bibimbap ni banyak sayur and bulgogi lebih pada daging. Ye, tepat sekali tekaan aku. Sebab aku pernah tengok orang Korea makan bibimbap, sangat lah penuh sayur. Erkk. And bulgogi lak, aku memang tau, dia daging. So disebabkan aku memang jenis anti sikit dengan makanan penuh dengan sayur dan aku memang gilakan daging, so aku pun pilih lah bulgogi. Ye, pilihan tepat untuk aku! haha. Aqilah amek bulgogi juga dan Shera amek bibimbap. And oh, lupa nak bagitau, interior design untuk restoran ni memaaaaang superb! Cantik and detail. I like!
Oh lupa pulak, haritu aku ada try baked Strawberry cheesecake. Ok laa. Saja nk include gambar heee