BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, November 5, 2010

Perempuan, sinonim dengan air mata

Aku akui aku jenis kuat menangis. Kuat, banyak, suka menangis, apa2 lah yang kau nak label. Yang penting, aku memang menangis.


Aku menangis bila stress, aku menangis bila sedih, aku menangis bila tacing dengan orang. Banyak sebab aku boleh menangis (oh2, sebab lelaki pun ada haha). Mintak maaf nak kata, aku memang senang menangis. Kadang2 kalau mood tengah swing, orang buat lawak kasar pun boleh menangis oii. 


Perempuan? Memang sinonim dengan menangis lah. Sebab nya, jiwa perempuan tu lembut sangat. Sekasar2 perempuan tu konon tunjuk macho macam lelaki, kalau dah betul tersentuh sangat jiwa dia, mengalir jugak air mata. Tipu lah kalau tak pernah menangis, kan. 


Dan, air mata MEMANG kelemahan untuk lelaki. Serius. Tapi tidak untuk lelaki hati batu lah. Kau meraung bagai nak gila pun kadang diorang buat tak tahu. Tak ada hati perut. Lelaki memang senang lembut hati kalau tengok perempuan. Agak spesifik nak kata kalau perempuan dia sayang menangis, lagi hati dia tersentuh. Kita bukan tahu, dia sebenarnya tengah menangis dalam hati, even kat muka tunjuk tabah dan gagah (haha). Sebab tak sampai hati tengok perempuan dia sayang menangis. Aku bukan maksudkan boyfriend sahaja ya, ini termasuk golongan ayah sekali. Sebabnya, aku pernah nampak ayah aku menangis sebab kakak aku kat belakang kami. Dia tak tunjuk yang dia menangis depan kitorang. And even kadang kau tiba2 menangis kat someone yang tak rapat, let's say kawan je lah, senang kau nak pancing simpati dengan tangisan sebenarnya. Sebab, lelaki memang lemah dengan tangisan perempuan. Tapi kalau lah kau try nak pancing simpati dekat perempuan dengan tangisan, jangan mimpi lah haha.


Lately aku banyak menangis lah. Tension punya pasal, terus rabak air mata keluar. Memang tak tahan kut. Sebab bagi aku, menangis itu release kan stress.






p/s: sedar atau tidak, even tangisan perempuan itu kelemahan lelaki but still, kebanyakan air mata yang mengalir dari perempuan itu adalah disebabkan oleh lelaki. ohh?

blog comments powered by Disqus