Okay, enough of the "outraged" post. Aku, kalau marah, kejap je weh. Tunggu lah sejam dua, kalau no one is pissing me off lagi, hilang ler marah aku.
Oh, sekarang nak cerita, aku try buat trifle hari ni! yeahhh! Okay2, tak berapa excited =___="
Tak sesenang yang aku sangka. At least for a first timer. Tapi bak kata mak aku lah, first time lah time nak belajar. Tengok mana yang boleh dibaiki.
Even takat nak buat kastard pun, aku dah macam "waaaa!!". Kah kah kah. Sila lah gelak. Aku tak pernah masak kastard so aku tak tau. Yang aku tau, aku suka makan kastard. Gila ah macam tongkang pecah dapur dibuatnya. Nasib baik keadaan dapat dikawal selepas aku "berhempas pulas" selama 1 jam. Semata2 nak buat trifle, ciss! So yeahhh, siapa yang cakap perempuan nampak seksi di dapur? Pasal aku cakap tak hahaha.
Gambar trifle tak boleh nak upload. Pasal bluetooth aku buat hal. Mengada sungguh! Tapi tak apa. Pasal ini belum tahap masterpiece so mungkin sebab tu dia tak kasik tayang.
Anyway, Selamat Hari Raya Aidiladha, maaf zahir dan batin. Makan biar sedap dan banyak tapi jangan sampai gemok weeee!
Wednesday, November 17, 2010
Cubaan trifle pudding
Posted by su at 4:14 AM
blog comments powered by Disqus
Subscribe to:
Post Comments (Atom)