BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, November 2, 2010

Bertudung je ke kena jaga akhlak?

Tiba2 terasa nak ulas isu ni. Pelik pulak tengok mereka ni. Asal bertudung saja, wajib jaga akhlak. Habis tu, si yang tak pakai tudung, tak payah jaga akhlak? Begitu ke?


Sini nak betulkan sikit pendapat yang aku rasa tak betul lah sangat. Aku tak reti nak categorize under apa lah kan, tapi aku rasa statement sangat berat sebelah. Sangat stereotype. 


Tudung tak tudung. Bukan satu isu. Tahu tak, selagi kau memegang title orang Islam, selagi itu bawah tanggungjawab kau untuk menjaga akhlak melambangkan orang Islam. TAK KIRA KAU PAKAI TUDUNG KE TAK PAKAI TUDUNG. Tak pakai tudung tidak akan menghalalkan pergaulan bebas. Tak pakai tudung tidak patut menghalalkan percakapan tanpa batas. Kenapa mesti cakap yang pakai tudung sahaja melambangkan orang ISLAM? 


Sini aku nak cakap, tudung tak tudung tak melambangkan akhlak. Sikap kau melambangkan akhlak. Kau pakai tudung labuh ke, tak tudung labuh ke, tak bertudung ke, bergantung pada diri sendiri nak tunjuk akhlak tu macam mana. Tak semata kau bertudung labuh je baru melambangkan seluruh Islam. Melayu yang Islam tak pakai tudung lepas tu pergi minum arak, bersosial tak ingat dunia pun mewakili Islam. Tahu? Mereka pun memalukan Islam, tahu? Tak semestinya bila bertudung labuh bersosial tak hengat dunia baru nak dilabel sebagai memalukan Islam. SEBAB KITA SEMUA ORANG ISLAM LAH. 


You guys poked me at a wrong time.

blog comments powered by Disqus