Seperti biasa lah kan, dah sampai nak dekat2 bulan ramadhan ni, semua orang yang khusus nya perempuan, pasti sangat lah tengah sibuk dok nak ganti puasa. Tak tahu lah, dah macam tradisi pulak kan ganti puasa time2 camni. Walhal memang sangat panjang lah gap between every year punya ramadhan. Aku lak tiap2 tahun memang berazam nak ganti dari awal. Tapi azam tinggal azam ler. Hari tu sempat ganti 2 hari pastuh stop. Haihh, last2 timing camni gak jadi mangsa.
Oh, hari ni hari kedua dalam minggu ni aku ganti puasa. Memang berpinar jugak lah mata sebab kepenatan. Lagi2 sejak aku ada masalah gastrik and angin ni. Menggigil badan nak tunggu bukak puasa. And kena lightheaded like everytime and also semput (sesak nafas) sebab angin. Hadoi sengsara gila.
Hari ni lak aku pergi pulak meng-hangkut 3 bijik buku dari darul kutub sampai mahallah hafsah. Gila berat woii tak tipu. Mau berapa kilogram gak tuh (kunun laa). Pastuh hangkut naik tingkat 5 pulak. Sampai atas, terus rasa nak pitam kut. Berpeluh-peluh lah gila jugak. Bought 3 books and kena dalam RM 244. Ok laa. I thought boleh sampai RM 300 tapi tak. Ok ler tuh hehe. And buku untuk CS sangat senang nak cari. Tak habis pun. Sentiasa ada stock. Satu kelebihan duduk kat CS alhamdulillah. Hari tu nak add drop pun sentiasa cukup kelas.
Neway, kepada yang mengganti puasa, selamat mengganti ler. Aku nak teruskan posting pun dah tak larat. Tangan dah naik kebas dah. Mahu tidur jap then bangun untuk asar hehe. Nak top up tenaga, malam ini mahu study wohhh~