BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, May 28, 2010

Salah faham hahaa

Pada petang yang agak santai, satu perbualan berlaku diantara aku dengan kakak keempat aku


Kakak aku : Boring laa lepas ni "assignment" dah tak ada
Aku : Ehh?? Apsal lak boring? BM kan ada projek (dengan muka gila konfiden)
Kakak aku : Hahh? Apa pulak kena mengena dengan BM?
Aku : Ye laa, abes tuh ko kata boring lepas ni assignment dah takde. Projek kan banyakkk (lagi sekali muka kofiden)
Kakak aku : Huk alohh, aku cakap boring laa lepas ni Simon (merujuk kepada Simon Cowell; American Idol) dah takde. Apsal lak tetiba cakap assignment pulak nie~
Aku : *terkesima* HAHAHA. Serius weh, aku dengar assignment, bukan Simon (cover malu).

p/s: pikir logik mana laa ada orang boring bila assignment takde. lagi suka ada laa hahaaa~

Perbualan kedua. Berlaku time uwan aku masih agi kat rumah aku. Sorry, bahaso nogori aku kong sket hehe.

Uwan : (menyoal pada kakak kedua) Ekau dah ado pakwe ko?
Kakak kedua : Belum lagi uwan. Ni, dia ni dah ada dah (tunjuk kat kakak ketiga aku)
Kakak ketiga : *sengih2 kerang busuk*
Uwan : Haa, dah ado pakwe tu, main elok2 tau
Kakak ketiga : O_o (burst into huge laugh but cover it after awhile). Ye laa uwann (layankan sahaja haha)

Dalam otak kakak aku time tuh dah fikir blue dah. Ye laa, uwan aku mana nak faham "main" tu apa. Dia maksud kan kalau dah ada pakwe tu, elok2 laa. Jangan buat bukan2 hahaa. Kita yang muda ni jer dok putar belit bahasa. Kesimpulannya, takyah laa nak blue sangat otak tu haha~

blog comments powered by Disqus