1. Thank and link the person that gave you the award.
2. Pass this award onto15 Blogs you've recently discovered and think are fantastic.
3. Contact each Blogs and let them know they've won the award.
4. State 7 things about yourself.
2. Pass this award onto
3. Contact each Blogs and let them know they've won the award.
4. State 7 things about yourself.
now i'll pass this award to:
Terima kaseh kepada Aqilah Irina kerana memberi award ini kepada. Even saya rasa kan usaha membuat blog ini menjadi "cantik" err.. bukan atas usaha saya kerana saya hanya lah mencurik template dari em, pyzam.com. Tetapi usaha Aqilah Irina memberi award ini kepada saya amat dihargai. Diharap tuan-tuan dan puan-puan muda semua selalu terus menyokong blog saya ini (ohohoho!)
7 things about myself
- Nama sebenar dan sepenuh saya diberi Suhaila binti Roslan. Dari azali lagi telah tinggal di bandaraya kesayangan, Petaling Jaya. Tidak pernah pula menetap di tempat lain selain Petaling Jaya menyebabkan saya selalu sahaja sesat apabila dipaksa berjalan ke negeri atau daerah lain didunia ini. Tak boleh langsung menjadi GPS untuk orang lain melainkan orang itu mahu merasa sesat bersama-sama saya. So, silalah guna GPS sebenar sekiranya mahu travel bersama saya.
- Aku seorang yang gila internet seperti semua sedia maklum. Mungkin lah semua. Tapi stalker aku mesti tahu punya HAHA. Macamlah ada stalker kan. Okey, tolak ketepi. Punyai sebab yang tinggi kenapa aku sangat gila akan internet dan tidak mampu hidup tanpa teknologi yang satu ini. Teknologi ini lah medium aku menyalurkan minat aku yang terlampau menggila dekat music dan juga terhadap artis-artis jepun terutama boybands. Disebabkan keadaan ekonomi semakin mencekik, aku sudah tidak mahu (mungkin juga tidak mampu) membeli cd-cd original seperti mana yang aku selalu buat suatu ketika dahulu. Suatu ketika dahulu aku selalu sahaja membeli cd original tanpa mengira harga. Even sebiji album yang berharga RM150 pun aku tak pernah fikir dua kali untuk membeli nya. Sekarang setelah terasa macam mempunya prioriti lain, selalu sangat lah membatal hasrat mahu membeli cd original.
- Favourite colour aku pula semesti nya purple purple purple dan purple. hmphh? girlish sangat? suka hati aku lah nak minat kaler apa. Even aku sanagt tergilakan purple tapi barangan colour purple aku tak lah sebanyak yang disangkakan. Boleh kira dengan jari juga lah. Tapi bilik aku, warna superb! Lavender dan light pink. Apa? Girlish gila lagi? Sekali lagi, bilik aku, aku punya suka lah hehe. Mata pun terasa begitu sangat lah nyaman memandang warna2 sebegitu ohoo~
- Aku seorang yang sangat agak sukakan art sebenarnya. Eventhough course aku tak ada kena mengena dengan art dan kadar ke-kreatif-an aku mungkin tak sampai paras sepatutnya, tetapi aku seorang yang sangat mengagumi art sebenarnya. Art pada aku bukan lah hanya lukisan semata. Music, alat muzik and sorts of things semua bagi aku adalah art. Oh ya. Aku rasa aku seorang yang agak berbakat dalam meniru lukisan orang lain. Disebabkan aku seorang yang tak kreatif, jadi selalu nya aku suka mahu tiru lukisan orang lain yang aku rasa cantik. Aku bukan cuba mem-plagiat cuma aku terasa dengki kebolehan mereka. Aku tak mampu menghasilkan karya sendiri. Antara anime yang pernah aku tiru melukis watak2 nya dengan jayanya adalah dragon ball dan juga naruto (okay please don't sue me!)
- Antara satu kegemaran pelik aku adalah, apabila aku rasa macam aku ada masa yang sangat lapang dan sudah bosan dengan internet, aku akan membuka televisyen (switch on ek, bukan bukak kasi rabak!) dan menonton rancangan di channels seperti discovery channel, history dan animal planet. Aku pernah marathon discovery channel for the whole day. Terasa menarik pulak channel tersebut (okay people please don't think me as a freak T__T)
- Aku rasa aku tak seperti girls lain. Aku seorang yang em, tak berapa reti mahu menghabiskan masa seharian menshopping memperabeskan duit sendiri di shopping mall. Kalau aku mahu membeli-belah pun, aku akan ada satu baju yang aku aim, beli dan terus belah (hmm, bukan ni ke yang orang maksudkan sebagai membeli-belah?). DAN aku tak reti memberi pendapat sesehelai baju itu cantik atau tidak. Selalu bila orang bertanya aku sama ada aku akan cuba mengelak mahu menjawab atau jawab aku akan terus di reject. Prinsip aku senang sebenarnya. Taste aku, aku tahu lah. Taste kau, fikirlah sendiri.
- Aku juga sebenarnya seorang yang sangat gilakan binatang (ayat sopan; haiwan) tetapi di rumah aku seekor haiwan pun tak dijumpai bergerak-gerak secara bebas (okay tipu! lipas, semut, cicak semua banyak kot) Erkk, maksud aku, tak ada lah haiwan-haiwan seperti kucing, arnab mahupun ayam. Ayam goreng atau ayam belum masak adalah banyak. Ini kerana ayah kehormat aku, iaitu boss besar, seorang yang erkk, bukan beliau tak suka haiwan, beliau maybe tak ada chemistry kut dengan haiwan-haiwan ni. Sama ada beliau tak suka, atau haiwan itu sendiri rasa tak berkenan. So tak boleh nak salahkan dua-dua dan itulah alkisah nya kenapa rumah aku memang tak ada kucing even aku gilakan mereka. (Oh, ya. Kecil-kecil dahulu selalu kena tengking sebab pegang kucing T__T)