BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS �

Tuesday, September 4, 2012

The future is... very near.

Hello people. Rasa macam dah lama blog ni kena abandon dengan aku. Recently, I'm not really into writing. Is it? Well actually, the mood for writing in this blog was cut off by me being active in twitter. Aku actually suka sangat jugak lah membebel kat dalam twitter. That's why aku dah makin kurang blogging.

Anyway, I am approaching my final semester in UIAM or IIUM.  Dalam less than one week, aku akan balik ke uia. Excited? Not really that much. Semangat makin lama makin pudar nak belajar. I'm getting sick of life lately. Part of me really wanted all of these studying life to be ended real soon. Though I'm gonna badly miss the time with my friends.

Recently aku ada keluar dengan sorang kawan ni. Dia currently amek course Quantity Surveying, which some of you might not know, QS ni actually part of Architecture course. Dia, serupa dengan aku, am actually getting sick belajar our own course sekarang. Sudah bosan, mungkin. Hmm. Sempat lah haritu aku borak2 dengan dia, lepas dah habis ni, dia nak buat apa? Sambung master ke? And her answer is quite surprising to me. Dia kata dia tak nak sambung master, or even actually taknak pun kerja under this QS thingy. Dia dah berazam and bercita-cita tinggi jugak lah nak bukak bisnes. Sounds good right?

Benda ni suddenly buat aku terdetik jugak. Aku dah almost 5years belajar IT. Do I really have the passion nak kerja under bidang IT? Because honestly, am getting sick of IT. Minat tu makin lama makin hilang. Semangat makin lama makin kurang bara. Aku dah nak practical. Oh, what should I do with my life after I graduate? 

Aku ada jugak terpikir, macam nak sambung master tapi... not in IT related field. Tapi itu bukan option utama sebab aku, makin dah kurang minat nak belajar. Ada jugak terfikir, hmmm, macam best jugak bukak bisnes. Lagi2 kalau jenis bisnes dari rumah. Waktu kerja fleksibel. Ikut sendiri punya time. But then, masalah lagi. Aku tak ada pengalaman dalam bisnes2 ni. This would be totally suck. At last, aku fikir, jadi salaryman je lah bak kata orang jepun. Kita jadi orang makan gaji. I honestly don't like complicated life. I am more into usual everday, every people does kind of life. Pergi kerja, balik kerja, have a family and die peacefully when I am old. I want it to be that way.

Maybe aku patut bercita2 untuk menjadi suri rumah ada degree je lah hahahh. Duduk rumah, jaga anak, jaga laki. As if lah kan. Macam lah cukup nak tampung hidup kalau laki aku je kerja. Unless lah laki aku orang kaya or banyak gaji kan. Haihhh, cita2 susah nak capai.


And recently pulak tu, aku tengok satu cerita Jepun ni, Freeter, Ie o Kau. Cerita pasal life nak bekerja. Bila tengok cerita tu, terus terfikir, ohhhh, sucks man. I'm gonna hate working life that much. Love it or not, dalam masa 4 bulan bakal mengadap jugak. Hmmm. Anyway, recommended drama citer Freeter ni. Thumbs up for the story line.

Entah lah, biar la aku dok bebel2 kat sini. Currently, otak aku cannot stop thinking about future and my final sem in uia. So that's all peeps. Thanks sebab sudi baca bebelan aku.

Saturday, June 9, 2012

Pentas dunia, ramai pelakonnya.

Dah bosan dengan pentas drama dunia. Ramai sangat pelakon. Drama je semua semata. Bila dah dewasa ni, makin malas nak jaga hati orang. Hati aku sendiri pun orang tak nak jaga. Baik lah aku jaga hati orang yang nak jaga hati aku jugak. Siapa yang rasa aku penting dalam hidup dia, maka dia juga secara automatiknya menjadi penting dalam hidup aku. Dan siapa yang rasa aku tak punya kepentingan dalam hidup dia, maka automatik juga dia tiada kepentingan untuk disimpan lama dalam hidup aku. You'll get back whatever things that you ever did to me. Buat baik kat aku, aku akan baik dengan kau. Kalau kau buat tahi dengan aku, maka tahi jugalah yang akan terpalit balik pada kau. Simple. Option terletak pada tangan kau je. Because some people exist only because they exist. Ada or takde mereka, doesn't matter. I recognize whoever is important to me, and my life. Kalau mereka rasa nak delete aku dari hidup mereka pun, delete lah. Aku okay je. But just remember, you are NO ONE to me. Please remember that. People who are important to me, they know who they are. And I am firm with my own stand. Thank you for reading :)



Friday, June 8, 2012

Kerajaan sekat ptptn Unisel. Silap besar.

Berkenaan isu ptptn untuk pelajar unisel yang disekat baru2 ni, honestly, tindakan paling bodoh kerajaan pernah buat untuk menarik undi dan membuktikan kesilapan pembangkang. Aku sebenarnya agak pemerhati politik jugak lah kat Malaysia ni. Kebanyakkan tindakan kerajaan aku tak berapa berminat nak cela, sebab mostly aku rasa beneficial pun kat Malaysia. Nothing wrong with them. Cuma kali ni, aku memang tak bersetuju.


Sebagai student, aku tahu betapa crucial nya sumber kewangan terhadap kami. Sebab bukan semua kita berasal dari orang yang senang. Makan senang, pakaian sentiasa ada, duit tak pernah kering. Bukan semua. So most of us, bergantung hidup kat sumber kewangan lain seperti biasiswa atau pinjaman untuk terus hidup kat universiti ni.

Aku tahu, niat sebenarnya hanya lah nak suruh pembangkang tunaikan janji mereka konon2 mereka mampu memberi pendidikan percuma kat Malaysia ni. honestly aku rasa, pendidikan tinggi percuma kat Malaysia adalah bullshit. Tak akan mampu kita boleh buat pun. Memang unrealistic idea tu.

Tapi, even nak buktikan pun, kenapa perlu dilibatkan pelajar2 tak bersalah ni? Sepatutnya kerajaan tak boleh ambil tindakan drastik macam ni. If I were to put myself in their shoes, aku akan rasa suffocated. Sebab sumber kewangan dah tak ada nak hidup di universiti. I am a student. So I do know how hard life is kalau nak hidup tanpa sumber kewangan dari luar. 

And kerajaan tak sedar ke, lepas diorang buat macam ni, then kerajaan negeri Selangor pulak berhempas pulas nak cari duit untuk tampung bebudak ni, so kerajaan akan nampak sangat lah jahat kat sini sebab nampak umpama mahu menganiaya bebudak ni, then Pakatan Rakyat boleh muncul ibarat hero lah kan untuk selamatkan bebudak ni. That's why aku kata, stupid idea kerajaan buat camni. Najib kena sedar tu. Konon2 mahu raih undi, silap2 hari bulan orang bersimpati lebih pada Pakatan Rakyat. Silap aku rasa kat sini. Silap taktik meraih undi.

Kalau betul kerajaan nak buat eksperimen kat Pakatan Rakyat pun, do it slowly lah kan. Ini sangat drastik dan membuatkan bebudak baru nak kenal dunia siswa siswi yang tak tahu apa2 lagi ni menjadi mangsa. So not awesome kot. 

Harap kerajaan tarik balik tindakan ni. Hidup takde ptptn, habis lah bebudak tu. Ptptn penting, I know. That's why aku agak marah bila kerajaan buat macam ni. Sebab bebudak pulak menjadi mangsa politik. I have nothing against the government tapi bila aku rasa kerajaan buat silap, aku rasa aku patut tegur. Tu je.

Tuesday, June 5, 2012

Regarding my previous post

It's seems like some people misunderstood my previous post about the kpop thingy. Some think that I was trying to sound cool though I am not (what for?), some saying that I'm dissing the Imam Muda Fattah.


Look, here, see, I was just trying to voice out my opinion okay. I've been keeping these things in my mind, like for 3-4days, thinking whether I should put it up in the blog or not. Because it sound a lil bit controversial, and I know, my blog does have quite a number of followers, following what I post here. But then, I just can't stand it, so I just hit the write button, put off all of my thoughts and there you go, I hit the publish button. So yes, this is my humble opinion. Sorry if anyone offended.


Anyway, about the Imam Muda Fattah, in my opinion, he was just trying to voice out his opinion, so am I too. I'm just saying, no, it's not wrong to learn Korean language, though me, myself, don't really have any interest in learning that. Not my thing. Is that wrong? Is that called dissing ustaz? I just don't get it. And I say that probably my jodoh with Korean people. Pun dissing ustaz jugak? The way I think is really old fashion eh, sampai tak faham apa budak2 sekarang fikir. And I said that orang tua pun nampak hot. Is that wrong? I am just countering back what I think upon what the Imam Muda Fattah has said. Just my humble opinion. If you think that is wrong, tell me in what way that is wrong. Even my ustaz here in UIAM, or supposed to be called IIUM but most people didn't know, can accept opinions from others. Because this is not fatwa. What he said is not fatwa. He was just expressing out his thoughts, and I disagree with his so I too, expressed out my thoughts. Is that wrong too? Well, unless it's clearly stated lah that my opinion is going different way from what Allah wants us to do. That is totally wrong lah. Bak kata kawan aku, even saidina Ali sendiri dan para sahabat nabi pun boleh ditegur. Apatah lagi setakat pemimpin2, or ustaz2. Aku tak tegur. I'm voicing out opinion je. Kalau aku tegur aku akan cakap, salah tu ustaz, semua tu salah tu. Takde pulak. I don't agree, but I don't really disagree with his opinions. Dah memang bahasa Korea bukan bahasa syurga, nak apa lagi? Betullah apa ustaz tu cakap. Cuma cara aku cakap tak berapa berbudi bahasa lah kat mata korang2 ni. Especially these sentences: 


"Adik tu tengah fangirling je. Menceceh sedikit mungkin lepas tengok Kpop lah tu. Macam aku tak pernah buat. Korang yang minat artis tempatan pun mungkin lepas tengok Aaron Aziz (Zed Zaidi kata dia bukan tempatan haha) berlakon akan cakap, "hensemnya Aaron Aziz! Bestnya dapat jadi laki aku!". Or lepas tengok ustaz Don bagi ceramah kat tv, "ya Allah, cair tengok Ustaz Don kat tv ni! Bertuah sape jadi bini dia!". Biasalah tu fangirling. Agak malang lah sebab status si gadis menjadi perhatian si imam muda ni. Sampai ramai orang dok sindir2 sekali si gadis ni. Nak buek camno, dah gitu ghoman nyo haha. Apa2 pun tahniah lah sebab imam muda ni pun tengok Running Man haha."


Yang ni honestly, bukan aku cakap direct kat imam tu. Ni aku just cakap secara generally. This is NOT for the imam. Ini hanya sekadar berbasa-basi memeriahkan posting aku je haha. Especially part last tu, memang aku cakap betullah tahniah. Dah memang ustaz tu tengok running man pun, so tahniah laa sebab dia pandai cari hiburan untuk ditengok. Lerrrr, korang ni pun -___-"


Anyway, malas nak citer banyak. Lagi2 bila masuk bab politik. Lagi tak habis nak ceritanya. Ada je orang akan datang counter argue lah kan.  So yeah, bye.

Sunday, June 3, 2012

Apabila Kpop pun turut dipolitikkan

Aku sedikit tak suka, no, super menyampah actually bila lately pihak2 pembangkang menjadikan kpop sebagai isu untuk menghentam kerajaan. Selama ni aku tak amek pot sangat lah apa je isu yang diorang nak guna untuk membuktikan kesalahan kerajaan whatsoever tapi lama2 baca, kesabaran aku agak dicabar jugak bila tengok balik2 isu sama ni jugak diorang pusing. Dan disebabkan diorang dok pusing kat isu tu lah, ramai dah mula mempersoalkan pasal kpop, pasal obsession towards Korea. Ustaz2 mula bersuara, public yang dulu menikus kini mula berani tampil menghentam kpop depan2, and apa2 lagi lah.


Persoalannya kat sini, kenapa baru sekarang? Kenapa baru sekarang dok sibuk main isu kpop, dok sibuk hentam kpop, walhal kpop dah lama menapak kat bumi Malaysia. Don't even say kpop je, drama2 Korea lagi lama kat sini. Bukan tahun ni baru mereka hype kat bumi Malaysia ni. Kalau nak kata Hari Belia Negara jemput artis kpop tahun ni, tahun lepas lagi Super Junior M dah dijemput. Tak jadi isu pun masa tu. Kenapa baru jadi isu tahun ni? Paham2 je lah, kpop sekarang trend dan isu panas di Malaysia ni, so bila Kerajaan sendiri yang menjemput kumpulan Kpop datang, ibarat mereka sudah hit jackpot jugak lah untuk mencari isu menghentam kerajaan. Sebab ramai orang akan tertarik untuk bincangkan isu ni. Kpop sangat mainstream buat masa ni. 


Padahal lama dah mereka menapak kat sini. Masa Wonder Girls datang MTV Worldstage haritu, takde siapa bising pun. Or masa 4minute with the super hot Hyuna datang Korean Music Wave, pun takde orang bising. Apesal baru sekarang nak bising? Tu pun hanya Dal Shabet je semata2 artis perempuan time tu. Sebab nya obvious. Kali ni pilihanraya umum dah makin dekat so sebab tu bila kpop groups dijemput khas oleh pihak kerajaan, baru diorang nak bising. 


Malang sekali lah sebab kpop menjadikan mangsa isu politik. Sekali menjadi mangsa isu politik, sampai pilihanraya nanti lah akan terus menjadi mangsa. Menjadikan aku sakit hati lah sangat2 bila baca orang hentam Kpop sana sini. Kalau haritu kerajaan jemput Rihanna ke apa datang ke Malaysia, silap2 Rihanna pun jadi mangsa dipolitkkan. Tak rasa gitu?


Kalau betul mereka concern dengan anak muda yang kian obses dengan Korea or Kpop, patut seawal tahun lepas lagi mereka dah boleh bersuara. Kenapa baru sekarang? Kenapa? Berhentilah. Hentikanlah politik benda tak sepatutnya. Kalau betul nak ditegur, apa kata tegurlah dulu betapa ramainya anak Melayu, anak Islam yang menjadi artis dan pakai baju seksi2 kat Malaysia ni. Tak payah lah setakat menegur kami yang hanya inginkan hiburan selain hiburan yang ada tanah air ni.


Dah puas dah kena sindir, dah puas juga aku menjawab. Tak sedar diri lah, apa lah, ingat kau bajet korea lah, hape2 lagilah. Aku malas nak menjawab sebab aku dah pernah buat satu posting pasal benda ni dulu. Aku hanya minat hiburan genre ni, so please, respect, sebagaimana aku respect korang bila korang minat Maher Zain, atau siapa2 artis yang datang dari negara Barat. 


Gambar ehsan mynewshub

Merujuk pada kata2 Imam Muda Fattah yang sedikit menyindir pada pandangan aku, aku just nak utarakan beberapa pendapat aku pulak. I have nothing against him but seriously, something need to be said here. Aku tahu bahasa Korea bukan bahasa syurga, very obvious. Tapi pendapat aku kalau si remaja perempuan tu mahu belajar bahasa Korea pun, apa salahnya? Terpulanglah kat dia pun. Belajar bahasa Korea pun boleh dikira menuntut ilmu juga kan? Apa lah salahnya. Takde lah pula larangan belajar bahasa selain bahasa syurga. Omak abah den semuo orang Melayu, Den nanti pun insya Allah kahwin dengan orang Melayu jugo. Tapi kalau Tuhan tetiba kata jodoh aku dengan orang Korea pun tak salah juga. hahaha. Also, aku sok lusa berkedut juga. Meningkatnya usia aku, akan makin lupus lah minat aku terhadap idol2 korea ni juga. Esok2 mungkin setakat melayan drama Korea macam mak aku je lah nanti. Takde dah minat orang2 Korea ni. Eh, tua berkedut pun kadang hensem pe. Omputih tu ramai contoh kut. Tua berkedut masih super hot hahahh. Also, idol2 bila dah tua, mereka akan bersara. Mereka pun tahu kedudukan mereka. 

Adik tu tengah fangirling je. Menceceh sedikit mungkin lepas tengok Kpop lah tu. Macam aku tak pernah buat. Korang yang minat artis tempatan pun mungkin lepas tengok Aaron Aziz (Zed Zaidi kata dia bukan tempatan haha) berlakon akan cakap, "hensemnya Aaron Aziz! Bestnya dapat jadi laki aku!". Or lepas tengok ustaz Don bagi ceramah kat tv, "ya Allah, cair tengok Ustaz Don kat tv ni! Bertuah sape jadi bini dia!". Biasalah tu fangirling. Agak malang lah sebab status si gadis menjadi perhatian si imam muda ni. Sampai ramai orang dok sindir2 sekali si gadis ni. Nak buek camno, dah gitu ghoman nyo haha. Apa2 pun tahniah lah sebab imam muda ni pun tengok Running Man haha.


Apa2 pun, henti2 kan lah jadikan kpop sebagai isu. Muak aku tengok dah oiii. Pihak2 pembangkang kalau teruskan jadikan benda ni sebagai isu, silap2 hari bulan nanti, peminat kpop pun naik menyampah and tamau dah undi pembangkang hahahh. K, bye.


p/s: before further commenting on this post, better korang baca dulu lah post yang. penat nak jawab dah hahahh http://simple-me-difficult-world.blogspot.com/2012/06/regarding-my-previous-post.html

Sunday, May 27, 2012

Hari Belia Negara, apa buruk dan baiknya?

Semalam aku pergi Hari Belia Negara yang hangat menjadi bahan kutukan kat alam maya ni. Ye, aku akui, aku pergi semata2 nak tengok Teen Top secara percuma since I am a fan of them sejak mereka datang Korean Music Wave dulu. Tapi aku punya sebab kedua juga. Dalam hati dah tanam niat, and nak rasa sendiri apa buruk dan baiknya program2 kat sini. 


Apa buruk nya pasal program ni? Honestly, aku rasa memang ada kesan buruk nya jugak lah Hari Belia Negara ni. Dari apa yang aku tengok semalam, aku nampak memang, ramai anak muda berpeleseran, melepak2 tak tentu hala kat program tu. Masing2 bersama dengan kumpulan masing2 melepak, bergurau senda, tak ingat dunia. Itu satu. Next yang aku rasa buruk, semalam bila dah nak waktu Maghrib, aku cuba bertanya pada mereka2 yang ada kat program tu, nampak seperti dah lama berada kat sana, kat mana agak nya tempat solat. Macam2 jawapan aku terima. Kat situ lah, kat sini lah. Sorry tak tahu lah. Sorry saya baru lagi kat sini lah. Persoalan nya, kenapa boleh tak tahu? Tidak solat kah kamu? Even penjual yang menjual kat situ boleh tak tahu dimana tempat solat disitu. Sekali lagi, tak solat kah kamu? Untuk menjadi husnuzon, aku anggap mereka period (wth -___-"). Next aku rasa, banyak sampah berteraburan kat situ, especially kat kawasan main stage tempat dimana artis2 ni buat persembahan. Banyak sangat, sampai aku pun geleng2 kepala tengok. Nampak benar belia Malaysia tiada kesedaran sivik. And the final buruk nya benda ni aku rasa, is that, berlangsung nya program ni sampai lewat malam, maka punya sebab lah anak muda belia ni nak melepak di situ sampai lewat malam juga. Dah nak pukul 11 malam pun masih ramai yang melepak, terutama anak2 muda yang masih bersekolah.

Tapi dari list down kan yang buruk saja, aku patut list down yang baik jugak kan. Yang ni pun, honestly rasa, banyak jugak baik nya Hari Belia Negara ni. First time sampai situ, well, first time sebab last year punya pun aku tak pergi, aku rasa macam, wowww, menarik nya tempat ni. Aku rasa teruja. Aku nampak helikopter2 berterbangan rendah beraksi memeriahkan keadaan. Aku tengok banyak khemah2 didirikan. Aku tengok banyak program2 berlangsung. Aku rasakan macam, wahhh, rupanya negara aku pun punya pesta rakyat rupanya. Aku rasa macam rugi sebab tak turut serta sebelum ni. Sebab benda macam ni dibuat untuk kita, belia, meraikan hari kita sebagai belia. Then, aku turut nampak ramai pengunjung2 yang sudah pun berkeluarga turut serta dalam program2 kat sini. Melayu, Cina, India, semua mengambil masa beriadah bersama keluarga dalam karnival2 yang diadakan kat sini. Lepas tu, aku perhatikan pula program2 yang diadakan kat sini. Selain konsert yang korang2 kutuk2 bagai nak rak tu, banyak je aktiviti2 lain yang berfaedah kat situ. Tengok sendiri lah, Rakan Muda ada, Kelab Kucing pun ada, kelab2 puisi pun ada, dan macam2 lagi yang aku rasa boleh menarik minat pengunjung muda. Bukan konsert semata. Dari apa yang perhati semalam, bukan ramai mana pun yang datang untuk menyertai konsert. Masih ramai yang datang sebab aktiviti2 yang diorang minat kut. And tapak karnival sangat besar sampai aku tak terkata program apa lagi ada kat sana. 

Then, ada satu benda penting yang aku rasa menarik. Korang yang kutuk2 polis tu. Mai sini nak habaq sat. Semalam masa aku kalut nak cari tempat nak solat, aku macam hilang punca sebab tanya semua, semua pun tak tau. Then kami nampak van polis ada kat situ. So aku dengan akak aku hesitate, nak tanya or tak nak tanya. Last2 kami tanya jugak. Kat situ laa kami dapat jawapan mana nak solat. Rupanya ada masjid besi terletak betul2 kat belakang tapak. Siapa yang bagi jawapan? Cik polis jugak. Nak harap orang awam? Semua tak semayang rasanya. Sheeeshh. But then, bias statement lah bila kata semua tak solat. Ni lagi satu aku rasa menarik kat situ. Bila sampai kat masjid besi, boleh tahan ramai nya orang solat kat situ. Orang bersimpang siur keluar melaksanakan kewajipan mereka. Lelaki mahupun perempuan. So tapak karnival boleh kata agak strategik lah kan kerana berdekatan dengan masjid besi tu. 

Lastly nak komen khas pasal Hari Belia Negara ni. Aku nak komen terutamanya budak2 UIA. Mungkinlah sebab pilihanraya dah nak dekat, tiba2 Hari Belia Negara jadi isu utama. Walhal, tahun lepas lagi benda ni punya penglibatan besar dari kalangan budak2 UIA. UIA siap hantar sukarelawan lagi untuk membantu HBN. Kenapa baru tahun ni dah bising kecoh HBN tak ada faedah? Kalau macam tu, kenapa UIA turut serta tahun lepas? Kenapa? Mungkin isu ni timbul lepas terbatalnya ceramah Ustaz Azhar Idrus kat PICC. Semua tak puas hati sebab ceramah tu kena batal2. Last2 the whole program kena kutuk. Why derr, why? 

Yang tu je laa aku mampu coretkan untuk Hari Belia Negara ni, dari pandangan mata aku. Dari apa yang aku nampak. Korang sibuk mencari yang buruk, lupa melihat kebaikan nya juga. Aku tahu, konsert tu buruk, aku akuinya. That's my only guilty pleasure that I have. Tapi pandang jugak dari sudut positif nya. Tak boleh?