BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS �

Friday, May 14, 2010

Ancraophobia - fobia kat angin

Ancraophobia atau anemophobia. Ever heard of it? Yes? No? Well, the truth is, aku dah suffer this kind of phobia sangat lah lama.

"Ancraophobia also known as Anemophobia is the fear from wind and windy air. When the wind starts blowing on the face of the sufferer or he or she hears the wind blow, they start feeling butterflies in the stomach and get anxious. The symptoms like breathlessness, sweating, anxiety starts showing in the person.

Ancraophobia is attributed to some incident in the past which made the person fear of wind and its enormous power. They feel that the wind will blow them away and their belongings."

Aku rasa aku ada banyak jugak lah fobia. Lygophobia (fear of darkness), aeroacrophobia (fear of open high places) and some sort of phobias lagi but compared to others, ancraophobia ni yang paling tak leh tolerate. Bunyi macam aku penakut. Mungkin lah kut pasal aku rasa sense of insecurity aku sangat lah tinggi. Kalau ikut dari statement kat atas tuh, dia kata phobia ni ada kaitan dengan past aku. Erkk, yang ni tak sure. Serius tak sure. Aku pun tak ingat since when aku start takut dengan angin. Tapi yang sure nya, sekolah menengah lagi aku memang dah takut gila dengan angin. Maksud nya angin kuat lah, bukan yang sepoi2 bahasa tuh.

And aku memang tak buat lawak laa kalau aku kata aku betul takut angin. Mostly people will laugh at me bila aku start buat benda pelik2 time ribut =_="

Mana tak nya. Bila dah start ada tanda2 nak ribut, angin dah start tiup tak tentu hala, I will start to be all sweaty, jantung dup dap gila laju, butterflies in the stomach, tangan start rasa sejuk, langsung tak boleh duduk diam2 and mula nak cari tempat nak menyorok. No, aku memang tak tipu dengan benda ni. Fikiran start fikir yang bukan2, well as if the winds will blow us away and my country will be destroy. As far as that. Tak tipu punya.

My current reaction towards angin probably tak seteruk dulu. Kalau dulu memang siyes tak leh langsung lah nak tolerate ngan angin ni. Sorok bawah meja pun boleh. Tapi lately aku dah start kawal takut aku. Cuba tak fikir2 yang bukan2. And kalau kat rumah pulak, bila nak hujan tu start laa menyorok kat bilik tengah, pretending as if kat luar tak hujan langsung. Memang langsung tak leh nak pandang kat luar kalau berangin. Kalau berani jugak nak pandang, aku akan start jadi tak tentu hala. Jalan ke depan, then ke belakang. Hoping that my beloved house won't be blown away.

Parents aku dulu pelik gila ngan perangai aku. Diorang siyes siap gelakkan aku lagi. Pastu buat lawak. Adehh. But then lama2 diorang faham yang aku memang sebenarnya ada fobia kat angin. Diorang pun tak sure mana aku dapat penyakit ni. Just.. tiba2 je muncul. Bila start hujan and berangin tuh, memang aku dah siap2 dok menyorok kat dalam bilik. Even tengah makan pun boleh stop makan pasal memang takde selera ah.

Oh, my roommates pernah tengok betapa teruk nya aku takut dengan angin. Everyone yang pernah jadi roommate aku tau kut. Mungkin lah. Yang paling baru macam malu nak citer haha. Tapi kalau masa kat matrik melaka dulu memang teruk habis lah. You guys know lah melaka tu camne. Dekat dengan laut so everytime hujan, angin ribut memang gila babas lah. And selalu hujan tengah2 malam dimana aku sorang jer terbangun and cry to my own self sebab sangat3 takut. Serius takut. Bukak pintu jer tengok tong sampah terbang kena tiup angin. Pokok cam nak tercabut and of course, atap memang ada yang tercabut. Mana tak aku takut gila T____T

Pernah one time lah, aku terbangun tengah malam, hujan ribut, sangat takut, rasa nak nangis, am alone, pastu last2 pergi kejut one roommate cakap nak tido sekali dengan dia. Malu owkeyy but I was really afraid. Dia peluk aku and pujuk aku cam mak. Tepuk2 sampai aku tido. Haishh tak leh belah lah kan. Tak pe, aku tak malu HAHA. That was one experience jugak lah kan.

Neway aku rasa benda ni memang can't be help gak laa. Sampai bebila aku memang takut angin tanpa tau punca sebenar. And kadang2 sampai buat orang lain pun takut sekali dengan aku. Hadoii, sebenar nya I am suffering from that tapi ape laa sangat bole buat. Tolerate je laa huhu~


Thursday, May 13, 2010

Ketumbit lagi?


Yes, ketumbit lagi. Sangat painful okay? Tak tipu. Rasa cam terbakar pun ada jugak. Pelik gak ketumbit kali ni. This time is the third time in a row jugak laa this year. Selalu kena once in a while. Macam once a year maybe? You can actually see that my right eye is so bloody red and the eye is actually swollen and hurts veryyyyyy badly. Cuma gambar memang tak clear lah. Pasal camera phone 2mp saje ehehh. Ishh memang damn painful sampai my head feels the pain too.


Anyway, today I overspent my money. Lama tak keluar shopping and yesss, retail therapy memang terbaek lah! Okay laa, considering I haven't spent this much of money for quite a long time. Went out with dear sister and bought 2 baju. Spent RM120 just for the baju. Well, that's not it. Ada barangan tambahan. Aku pergi digital mall and bought my self a new hard disk 500GB, RM265 and a new headphone RM59. Total amount spent : RM444. Ooo yeah what a nice number. Sepatutnya genap jadi RM500 je teros. Actually I didn't bring enough money masa shopping so wasn't able to really feel the shopping spree. Kalau tak dah bantai beli 3 helai baju dah. Pasal dah berkenan dengan satu baju lagi jugak. Tapi thank God aku tak bawak duet lebih. Kalau tak, memang boleh babai lah duet aku RM600.

Urghh better stop now. My eye feels really hurt and I think I really need a little rest T____T

Wednesday, May 12, 2010

Melayan budak

Aku tak pandai layan budak2? Sighhh.. Yes, actually aku mengaku yang budak2 memang kelemahan besar aku. Every time cousins aku datang kat rumah, aku laa muka yang sangat blur nak layan budak2. Bila try nak pegang baby, baby tu mesti nak menangis jer


T________T

Last2 aku yang cedey gila ah pasal budak tuh menangis. Memang sah aku tak reti nak main ngan budak. And biasa bila kakak2 aku dok main acah2 dengan budak2 ni semua, aku start jadi blur balik. Serius ah tak reti nak main ngan budak. Sebab yang paling besar mungkin aku ni anak bongsu kot. Dulu pernah laa ada anak jiran dok rumah aku and time tuh makcik aku yang jaga but still, umur aku time tuh baru laa 5-6 tahun. Takde laa ingatan yang jelas camne nak layan budak. Tapi kesimpulan besar aku boleh buat, aku memang takde bakat nak layan budak.

Haihhh. Kena tunggu dapat anak sendiri laa baru start training...

p/s: sebenar nya tengah depress sorang2 dalam bilik sambil dengar kakak2 aku dok sibuk layan budak. Kalau aku yang layan, budak tu pon takmo layan aku kot. Adehhh...

Monday, May 10, 2010

Diet Atkins. Berkesan atau tak?

Post ni sebenarnya dah lama jadi pekasam kat draft. Kerana kemalasan nak menghabiskan post yang ni, agak lama gak laa dia jadi pekasam. So anyway, disebabkan aku sekarang memang bosan tahap apetah, so aku pun cam agak berminat nak habiskan post yang tak lengkap nie. Kalau ada sesiapa berminat nak tahu pasal diet ni, you may proceed on reading. Kalau tak minat, err.. tunggu next post la yek.

--------------------------------------------------------------------

Seperti yang rakan-rakan tahu, lately ni aku tengah on diet. Satu proses yang susah woihh, sangat susah sebenarnya. Tapi tak apa. Untuk warga Malaysia yang kekal sihat selalu, aku teruskan jugak lah [padahal risau perut aku dah bertambah buncit].

Well, lately aku discover satu jenis diet which is called diet atkins. Diet nie wujud dah agak lama sebenar nya. Dr Atkins yang dok cipta diet ni pun dah menjadi arwah dah kut [ye la, orang lama lah katakan]. Jumpa diet ni pun lepas dok ber-googling kiri dan kanan macam biasa.

Aku agak berminat jugak lah dengan diet ni. Sebab diet yang ni mengamalkan diet low carbohydrate dan bukannya low calory seperti mana yang selalu diamalkan oleh penggemar2 diet [erkk, wujud ke ayat penggemar diet?].

Nak tahu lebih lanjut boleh pergi kat official website ni.


Bagus gak website ni pasal banyak gak info yang aku dapat. Well, aku actually seperti biasa, sebelum start off with something, aku akan buat research dulu. Penat lah usha kiri dan kanan. Cari kelebihan dan kekurangan diet atkins ni.

Actually, compare to other types of diet, aku rasa diet atkins ni agak senang lah jugak. And yes aku memang berminat dengan this type of diet. Diet ni sepertimana aku dah nyatakan sebelum ni, mengamalkan konsep low carb which is rendah karbohidrat. Apa yang dimaksudkan dengan rendah karbohidrat? Kita mengamalkan diet mengurangkan jenis makanan yang berasaskan karbohidrat dan juga berasaskan glukosa. I'm not an expert dalam biology pasal dah 4 tahun tinggalkan biologi tapi dari apa pemahaman aku lepas membaca and everything, dengan mengurangkan kadar pengambilan karbohidrat, akan memaksa badan menukarkan lemak kepada tenaga. Ohohh, ada jugak laa faedah aku belajar bio rupanya. I can see the logic there. Tapi I don't really understand yang tang insulin tu. Probably bio dan aku dah takde chemistry langsung haha.

Well, diet nie sebenar nya ada 4 phases. Kebanyakan blog2 berbahasa melayu dan forum2 yang aku jumpa hanya menerangkan tentang phase yang pertama iaitu induction [macam pernah dengar? terms dalam discrete math and calculus oke!]. Probably sebab phase kedua, ketiga dan ke empat agak sukar untuk diterangkan dan probably juga sebab induction adalah phase yang paling penting. And yes, aku pun hanya akan terangkan takat first phase sahaja sebab yang second phase tu aku cam tak berapa minat nak ikut. And I think I have my own way of maintaining my weight.

Basically time Induction ni, akan kehilangan berat dalam kuantiti yang agak banyak. As far as I have understand and read, diet ni memang sesuai untuk orang yang overweight dan mahu hilang berat dalam kuantiti yang sangat banyak (and cepat!). To tell you the truth, I have follow this diet and selama 4 hari aku ikut diet ni, I lost 3 kg. 3 kg kuttt hehe. And sekarang ni aku dah kembali ke berat aku yang asal. Hari tu exam asyik makan macam orang gila so badan naik cam kena pam2 so sekarang sudah happy badan sudah turun sikit. Tapi, aku still targeting nak turun lagi 4 kg sebab I still feel not satisfied dengan berat sekarang.

-------------------------------------------------------------------------------

Fasa pertama : Induction

Fasa yang paling penting kalau nak mulakan diet atkins ni. Apa yang perlu kita tahu sebenarnya sebelum start, makanan yang mana banyak carbohydrate and makanan yang mana kurang karbohidrat atau takde langsung. Sebab utamanya, kita kena limitkan consumption of our carbohydrate kepada only net 20g per day. Induction phase ni minimum nya kena atleast 2 minggu TAPI boleh jadi berminggu2 jugak based on the state of your own body. Diet atkins tak mengamalkan diet low calory dimana kita tak leh makan semua lemak2 or protein2 tuh. So basically, based on research aku:

Boleh makan:

1. Semua jenis ikan.
2. Semua jenis daging.
3. Ayam
4. Udang, ketam but no sotong please pasal karbohidrat tinggi
5. Sayur especially sayur hijau. Kentang, lobak is a no no
6. Cheese jenis mozarella, parmesan, cheddar
7. Mayonis

p/s: semua ni dimasak WITHOUT tepung. Dingatkan, tepung tu karbohidrat.

And some sort of others yang aku malas nak type.

Yang perlu ingat kat sini, perlu elakkan makanan2 yang tinggi kandungan glucose atau karbohirat. So sebenarnya pandai2 fikir sendiri lah kan. Sebelum beli makanan tuh, cek dulu kandungan glukosa.

Tak boleh di makan :

1) Nasi, mihun, laksa dan semua yang berasaskan tepung
2) Elak roti dan segala lah jenis roti.
3) Elakkan gula dan segala jenis gula termasuk madu.
4) Elakkan buah-buahan for induction phase ni
5) Takyah lah minum air manis (and sejuk!)
6) Makanan2 proses seperti chicken ball, fish ball sebab tinggi carbo
7) Elakkan apa2 biskut. And also cream ke, jam ke
7) And snek2 super mengarut tuh

Pastikan makan dinner sebelum pukul 9 malam. Lepas pukul 9, stop lah menguyah. Kalau nak kunyah sangat, pegi lah amek timun tuh kunyah.

Banyakkan minum air masak. Sekurang-kurang nya 8 gelas satu hari. Lebih lagi bagus. Tapi konpem rasa nak gi toilet je lah.

--------------------------------------------------------------------------------

So based on apa aku tulis kat atas tu rasa2 macam boleh difahami jugak lah kan? Even korang tak amek bio dulu, korang still belajar science kan?

Kebanyakan orang yang amalkan diet ni memang tak control langsung lah diorang punya kalori. Serius. Makan lah sekor ke, dua ekor ayam ke, yang penting, LOW CARBS. Itu kunci utama. Tapi, bila aku amal diet ni, aku kinda control calories aku jugak lah. Sebab ikut my own logic, kalau asyik makan lemak2 jer, tak guna jugak buat diet ni. Last2 dia amek lemak kita makan buat jadi tenaga, bukan lemak2 kat perut tu. Tapi tu lah, diorang kata tak elok control kalori time diet atkins. But still, I use my own way. I still eat those high calories tapi in a small quantity lah.

Korang2 yang nak diet tuh, seriously, aku nasihatkan amalkan diet ni. Sebab selama ni aku diet cara biasa tapi takde kesan. Langsung takde kesan. Makin naik berat adalah. Pasal apa? Pasal tersalah cara. Exercise cam orang gila tapi still makan karbohidrat. Memang tak lah kan. Kalau buat diet atkins ni, takyah nak exercise cam orang gila sangat lah. Jalan2, naik tangga dah cukup. Tak yah lah nak pegi gim ke hape. Exercise takat nak bakar karbohidrat ngan nak kuatkan otot jantung.

Tapi ada beberapa benda aku nak pesan kalau nak amal diet ni. Niat kena kuat, semangat kena kuat. Pasal apa? Pasal temptation nak makan benda manis2 tuh sangat lah kuat sebenarnya. Tengok orang makan kek dah terliur, makan ice cream pun terliur. Kadang2 biskut lemak pun meleleh oo. Gila tak tipu. Berapa kali kantoi jugak lah. And nasik paling tak leh tahan. Pasal kita orang melayu. Nasik memang makanan ruji sebenarnya.

And kalau dah buat diet ni, jangan obses pulak yek. Pasal kalau dah terbiasa kurang karbohidrat pun memang tak elok lah untuk badan. Nasihat aku, pandai2 sendiri lah. Kalau dah rasa puas hati tu, stop la ngan diet ni and start dengan gaya hidup sihat balik. Itu cara aku. Time kaseh!

Sunday, May 9, 2010

ILYSM Mom





Puan Selamah Md Nor
You and ayah are everything to me
For everything that you have done
I just wanna say
Thank You and I Love You
Mom

HAPPY MOTHER'S DAY...

Saturday, May 8, 2010

In your heart

To some of my girlfriends out there and also strangers who are having the same problem, here's a quote that I think you guys should think about it very carefully. A nice quote I must say.