BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS
Showing posts with label trip korea. Show all posts
Showing posts with label trip korea. Show all posts

Thursday, September 27, 2012

Trip to Korea 6 Days 4 Nights - Night at Alpensia Pyeongchang Resort - InterContinental Hotel


Malam tu, kami berhenti dinner di restoran yang terletak betul2 kat celah2 bukit mana tah. You can only see trees and rumah yang sebijik2 kiri kanan. Kalau kena culik kat situ, nak mintak tolong celah mana pun aku tak tau hahaa. Nama restoran of course aku tak ingat. Tapi setau aku, restoran ni jadik port penggambaran drama MBC kalau tak silap. Kalau tak silap la. Aku rasa sebab utama tempat ni jadik port sebab tempat ni betul2 kat celah hutan mana tah. Tak menjadi tumpuan ramai tu yang jadi port tuh. Anyway, kat sini kami dihidang dengan bibimbap pula yang pada pandangan aku, satu hidangan yang mempunyai ciri2 kesedihan disitu hahaaa. Tah la, tak berkenan jugak dengan yang ni. Lalu anak tekak aku nak taknak je. What you can find in bibimbap? Hanya lah sayur, nasik, telur dan chilli. That's it. Wuuuu, nanges mak makan nokkk. Dalam otak aku terpikir, pehhh, ni baru betul2 rasa makanan orang susah macam mana hahaha. Well, actually Korean people bila makan, diorang akan makan makanan yang bertema kan healthy food. Miss Jennifer kata benda ni based on Yin and Yang, dimana everytime makan nasik, mesti serta dengan sayur. Wajibun hokehhh. Part nasik and sayur tuh takpe lagi. Part takat makan nasik dengan telur tu yang rasa nak nanges kot hahahh. Nak wat cemana, itu memang Korean food. Telankan saja.


This is bibimbap. Sedih kan? :(

Side dishes. The only thing yang aku rasa sedap is the potato. Tu je -___-"

Menurut Encik Zadil, tour leader kami, sebab nye kami kena telan mende alah camni je, sebab masa tu kami berada dikawasan luar bandar menyebabkan kurangnya sumber makanan sedap disitu. Baik lah encik, saya paham. So nak taknak, telankan saja. Kesian kat perut kan? kan? kan?

And kat kedai tu jugak, for the very first time, aku rasa Korean coffee. For me, Korean coffee sangat superb. Sedap bangatttt. Aku bukan lah heavy caffeine drinker. Aku tak minat tapi aku boleh minum coffee. Tapi untuk coffee yang ni, first time aku jumpa coffee yang betul2 masuk selera aku. Rasa tak pahit, tak pulak manis sangat, and lemak2 gitu. Sedap aihhhh. Lagi2 bila minum time sejuk. But my tongue got bit burned by the coffee. Panas sangat. Tapi aku memang takleh lupa lah aroma kesedapan coffee tersebut. Melekat sampai sekarang.

Kami teruskan perjalanan menuju ke hotel. Lepas dua hari dok travelling without rest, now it's the perfect time to get some hot bath and some sweet dream. Kami pun gerak lah ke hotel yang patut kami tinggal. Alpensia Pyeongchang Resort - Intercontinental hotel. Sampai je kat hotel, first thing terdetak kat hati aku, ehhhh, we will stay here? For real?? Pandangan luar, nampak cantik sangat3. Siap ada balkoni nyah oiiii. Hati terus tertawan dan menawan. Ye ler, bayaq tiga ghibu je, dapat lak hotel cenggini lak tuh. Hotel tu tak silap dalam rm600 gak lah satu malam. Hotel termahal pernah aku duduk hahaha. Gila cheap aku ni. 

Masuk je bilik hotel, wauuweee. Memang mewah lah kat mata aku. Puas hati ler dok situ. Sumpah. Tapi sebab utama hotel ni macam agak mewah maybe sebab hotel ni bakal menjadi hotel penginapan para peserta Olimpik di Pyeongchang 2018 nanti. Tak silap lah.




Lepas puas hati tengok bilik hape sume bagai, kami berkejar turun ke bawah sebab kami nak ikut tour guide and tour leader kami ke convenient store. Nak cari makanan halal punya pasal. Yang ni lagi satu puas hati dengan Apple Muslim Holiday. Sebab dia punya bab halal haram agak teliti gak la diceritakan. Bak kata Encik Zadil, makan jangan was was. Kalau was was baik takyah makan. So kat convenient store tu, Miss Jennifer tunjuk lah kat kami yang mana ramyun halal and also banana milk yang sedap! Aku tak amek yang Miss Jennifer suggested, aku amek yang Encik Zadil suggested sebab dia kata yang tu lagi sedap. What shocking me, ada jugak actually produk Malaysia jual kat sana hokeh. Kit Kat. Cokelat import tuh hahaha.

Night spent there was great. Bilik ayaq yang besaq, sedap ah gua mandi kan. Bubble bath lagi gitu hahaa. Bertemankan banana uyu dan juga ramyun sambil mengadap Korean channels yang sumpah bapak banyak. Lebih dari 40 channels dapat dikesan aku. Dan fokus aku, semestinya hanya mencari Kpop disitu. Channel omputih tak layan dah. Sebelah mata pun tak pandang.

Banana uyu and ramyun

This banana milk was endorsed (or still endorsing? Dunno) by Seohyun. Tak caya? Tengok ni

And also once saw Taemin drink this milk in the maknae show

And got me super excited to drink the milk too hahaha

1Night 2Days kat tv. Hanya tv plasma saja ye kat bilik hotel. Kata korea hahaha.

The night was super cold. My feet were kind of freezing when I step out to the balcony. Lupa nak pakai selipar lak aihhh. Hahaha. And oh, lupa nak amek gamba balkoni. Aloooo :(

That morning sempat lah jalan2 amek gamba sekitar kawasan bukit yang sangat lah berkabus. Sejuk sangat time tuh. Mungkin sebab kawasan bukit kot. Padahal baru early autumn. Wasn't supposed to be that cold. So macam biasa, layankan gambar2 masa kat berkabus tuh. 






Next coming, Everland!




Trip to Korea 6 Days 4 Nights - Wind Village

Sebelum perjalanan disambung ke Wind Village, kami singgah makan sebentar di salah sebuah restoran di Nami Island. Disitu, kami dihidang dengan makanan yang dikatakan makanan biasa untuk Korean, that is, Kimchi fried rice. Rasa nya, masya Allah, tak sedap hahaa. Dihidang di dalam sebuah bekas besi, dimana bekas besi tersebut berisi nasi putih, kimchi dan telur goreng. Makanan sampingan semestinya sup, dan sup kali ni yang dihidang adalah sup fish cake. Oh, untuk yang tak tahu apa itu kimchi, kimchi ni adalah makanan tradisi masyarakat Korea yang each and every of Korean people will love this thing. Kimchi secara umum yang aku kenali adalah kobis masam semata. Tapi sebenar tak. Kat Korea sebenarnya terdapat dalam lebih kurang 200 jenis kimchi yang aku pun tak tau amende yang sampai banyak macam tu sekali. Tapi setakat ni aku pernah rasa cabbage, sotong and radish kimchi. Celah mana lagi 197 jenis, jangan tanya aku. Difahamkan, setiap rumah di Korea memiliki satu kimchi fridge dimana ia digunakan untuk menyimpan stok kimchi. Bak kata Miss Jennifer Shin, our tour guide, orang Korea kalau tak tau camne nak buat kimchi, tokleh kawen. Jangan tanya aku kenapa.

Nampak tak betapa tak seleranya kimchi fried rice ni

Kalau tak memikirkan kesian dengan perut sendiri, tak punya kuasa aku nak perabihkan nasik goreng ni. Untuk orang seperti aku yang tidaklah punya minat yang besar terhadap benda2 masam, ini sememangnya bukan pilihan utama aku. Bekas nasik goreng ni disertakan sekali dengan sepasang glove. Glove ni digunakan untuk menggoncang bekas nasik goreng supaya nasik dan kimchi menjadi sebati. Aku goncang, tapi sebatinya idak pon. Last2 aku guna sudu kasik gaul semua. Aku rasa nak sujud syukur jer sebab dia bagi sekali sup fish cake tu. Boleh lah aku guna nak kasi neutral rasa super masam kimchi dalam nasik tuh. Cerita pasal kimchi ni pun dah berjela rasanya. Ciss. And oh, kimchi disana 3 kali sehari okay. Breakfast, lunch and dinner. 

Ada one story berkenaan dengan kimchi ni, one time, bus driver group tour kami tengok aku tengah amek makanan buffet. Aku amek every each of the food except kimchi cuz ya know, I hate kimchi. So dia pun tegur lah aku sambil cakap, kimchi masisoyeo (sorry I don't know how to spell it) means that, kimchi is delicious. Aku pulak muka poker face sambil buat muka errr errr errr hahhaha. Aku senyum sambil angguk2 tapi tak amek pun kimchi tuh. Aku terus blah je sambil buat muka toya hahahah. Kesian pakcik driver bas tuh. Terpinga2 beliau. Sumpah kimchi tak sedap, aku akui.

Nak cerita pasal wind village, last2 berjela cerita kimchi je. Okay, next kami sambung perjalanan kami ke Wind Village. Perjalanan tak jauh rasanya. Aku tak berapa nak ingat. Yang aku ingat, bila sampai kat situ, dari jauh dah nampak benda pusing panggil apetah tuh, yang untuk generate wind power. Angin kat village tak ler kuat mana aku rasa. Tapi quite sejuk kampung nya compared to Nami Island. Nyaman, terasa benar kampung nya. Sampai2, first thing aku kejar kompem toilet nya. Luar kayu dalam nya batu hahaa. Tak kesah lah. And oh, lupa, kalau nak pergi sini, jangan lupa bawak satu botol kosong ea. Bukan apa, untuk penggunaan tandas yang lebih bersih kata nyeh. Since Korea don't use water to clean off their bottom, maka penggunaan botol amatlah penting disini. Untuk lebih puas hati, bawak lah 2-3 botol ye, jangan lupa.

Kami meneruskan dengan aktiviti membuat cheese. Cheese yang dihasilkan bukanlah seperti cheese yang kita Malaysia suka makan ea. I know, there are many types of cheese out there. But this type, honestly not really my type of cheese. Tak perlulah aku nak citer satu2 lak cemana nak buat cheese ni. Korang tengok gambar je lah ye.

Barang hiasan for the cheese

Fresh milk is being used for making cheese. Fresh milk sangat fresh. Sedap!

Newly wed couple. Pegi honeymoon kot time. Tah tak sure. Tapi mereka ni rapat dengan kitorang :D

Cikgu kami hehe. All of the instructions being translated and instructed by Miss Jennifer

 Cheese campur serbuk strawberry. A lil weird ain't it?

Kami hias cheese dengan bunga kot

Tabur kuaci sikit.  

 Tadaaa! Cantik tak cheese kami? hehe

Us, and cheese

Yang akak aku pegang tu, cara kami makan cheese ni. Amek one corn chip, letak sepotong cheese and taruk sikit strawberry jem. Cover balik dengan corn chip. Rasa dia sedap actually better to taste the cheese that way lagi sedap. 

 Team kami dengan seon saeng nim(teacher)

We left our signature there. Saw my signature? hehe

Next kami ke kawasan luar for sheep feeding. Bagi kambeng makansss. Kambing konpem lah gemok gila. Kawasan sejuk kan. Bulu pun tebal. Kawasan kat sini berbukit. Sekali pandang boleh silap negara gak lah. Serupa new zealand dah ghope nya. Kambing kat sini sangatlah rakus berebut makanan. Sampai naik takut aku nak hulur tangan. Silap2, dengan tangan aku sekali jadi santapan satgi. Tak memasal. Pape pun, layankan gambar aku bersama kambing lah ye.








Coming up next, pengalaman di hotel Alpensia, and also perjalanan ke Everland. Nantikan lah ye :)