Dah lama dah aku beranak actually. Dah 4 bulan dah pun umur si kenit ni. I don’t know about others. Tapi aku rasa pregnancy itu is pretty rough to me. Some people had it really cool. Katanya macam tak mengandung je rasa. Tapi bila kenang2 balik pengalaman mengandung tu aduhaiiii. Tunggu lagi atleast 2 tahun baru kita tambah adik eh Ilham? 🤣
I think around 9 months jugak lah masa aku ambil untuk cuba mengandung balik. Sebelum ni 2 kali jugak keguguran. Keguguran tu boleh bukak satu posting lain kut haha. 9 bulan jugak merasa TTC. Trying to conceive. Itu pun boleh bukak satu posting lain. Had gone thru a rough year just untuk conceive anak walhal sebelum tu 2 kali mengandung without any hassle (alhamdulillah). Lepas gugur tu Allah uji pulak dengan kesusahan nak conceive. Allahu.
Still remember every month excited nak check sama ada pregnant ke tak. Siap beli UPT murah tu lagi. Punya gigih hari2 check UPT when finally, akhirnya aku conceived the baby. Mula2 check guna UPT murah je. Sekali naik double line. Alhamdulillah. Tunjuk kat suami. Dia marah asal tak tunggu dia check sekali hahaha. Lepastu beli clearblue pregnancy test baru double confirm yang aku pregnant.
And this time memang aku tak tunggu2 lagi. Terus direct shoot pergi Hospital Columbia PJ jumpa my favourite gynae, Dr Bheena Vyshali. Sebab sebelum ni dia dah pesan kalau conceived je lagi terus jumpa dia. Dia akan pantau perkembangan aku lah. She’s a veryyyy nice doctor. Siap bagi aku personal number dia. You won’t get any other doctor that willing to release their personal numbers except for her. Memang dia gigih sangat nak tolong aku masa tu. Alhamdulillah dipertemukan dengan dia.
And this time memang tak tunggu lagi, terus buat transvaginal ultrasound. Tau dak mende tu? Hehe. Dia sama je dengan normal ultrasound cuma beza nya yang ini, masuk ikut bawah haha. They got this long thing, dia sauk ikut bawah sana so that boleh tengok lagi clear kantung and janin dalam perut tu. Kalau sebelum ni bila mula tau pregnant tu aku jadi macam paranoid bila doctor kata tak nampak. Walhal baru 5 minggu and doctor scan ikut perut. Aku terus terbayang ectopic pregnancy and being me yang ada anxiety tahap parah, jadi sangat paranoid. So yes kalini aku opted untuk terus scan bawah tengok terus kantung. Alhamdulillah everything is okay. 5 minggu memang belum nampak heartbeat lagi. Dalam 8 minggu baru akan nampak kelip2 kat screen tu hehe
This time lepas tau je pregnant memang bukan takat acid folic aku consume, dengan duphaston nya lagi, similac pramilet, neurogain. Belum lagi pastu tambah aspirin la nak bagi cair darah. And kalsium pulak lagi pastu. Aduhai memang jadi robot telan ubat wey. Semua nak prevent dari keguguran jadi lagi. Tapi paling aku benci ubat tambah hb tu. Zincofer. Allahu benci nya saya. Okay la compare dengan semua, ni la ubat paling senang makan berbanding kalsium dengan pramilet. Tapi kesan dia.. sembelit wey!!
Aku ni dah la memang ada masalah sembelit teruk masa mengandung. Hari2 WAJIB buah okay. Buah bukan sebarang. Kalau jenis buah2 kering macam honeydew memang tak jalan. Duphalac was my best friend ever masa tu. Dalam beg dah siap bekalan duphalac sebab Allah, benci nya rasa bila kena sembelit tu. Lagi2 bila mengandung. Awal2 tu macam.. eh aku teran2 ni tak terkeluor ke baby dalam perut ni? Punya takut aku masa tu hahaha. Seawal minggu kelapan kena serang sembelit. Orang lain sibuk open house raya masa tu, aku sibuk pikir masalah sembelit puihhh hahaha.
Anyway, aku ikut je apa yang doctor suruh makan. Duphaston aku bantai. Mahal wey ubat ni. Beratus jugak satu bulan habis. And aku consume sampai 2-3 bulan x silap. Tak ingat berapa lama. Tapi boleh tahan costing untuk duphaston sahaja. First trimester memang mentally mencabar. Hari2 gi toilet takutttt sangat ada bleeding. Sangat2 takut sebab anak yang pertama dulu conceive, keluar darah, tengok2 dah takde heartbeat. So untuk baby kalini memang aku takut sangat wey. Aku memang jaga2. Jalan sumpah bapak slow. Naik moto pun dah harommm. And yes hubungan suami isteri pun aku elak. Punya nak jaga baby dah conceived ni.
Sebelum people go tldr, sambung part 2 ye nanti :D