Aku pun stalk lah page makcik aku ni. Aku belum lah sudi nak add dia. Pasal apa? Pasal nanti kantoi lah aktiviti aku selama ni kat UIA haha. Padahal bukannya aktiviti haram pun. Tapi still, kantoi jugak lah certain aktiviti. Bahaya oh, mereka orang dewasa ini. Nanti buat malu aku sendiri je haha.
Anyway, makcik aku, ofcourse macam ayah aku gak, orang minang. Sungguh tak leh blah, terjumpa ada gambar dia time kat Germany, ada nampak dia komen2 dengan member dia. Dalam bahasa minang. Ditegaskan, dalam bahasa minang haha. Okay, sebenarnya serius aku tak tahu camne nak kecek minang, tapi aku paham apa yang diorang cakap or tulis :
Her friend: Knp Cikgu Rosli ckp Rosni keje cikgu. Betulke. Jika tengok personaliti dan identiti pasti akauntan. Lihat profesion dgn kat sekolah dulu lainlah patutnya saya yg jadi akauntan
Makcik aku: Waang patut jadi dokto.Apelah abg den tu x tau adik kajo apo
Her friend: tau juo ka u , kecek minang, ingek balik German dah lupo kecek minang. tahniahlah kawan. ado laie saki baki urang minang dakeik German
Her friend: Ros, tahu tak dima pa ii si nana, apo cerito wei ea.
Paham tak pe yang diorang cakap ni? Meh ler aku translate satu2:
Her Friend: Knp Cikgu Rosli ckp Rosni keje cikgu. Betulke. Jika tengok personaliti dan identiti pasti akauntan. Lihat profesion dgn kat sekolah dulu lainlah patutnya saya yg jadi akauntan
Makcik aku: Waang patut jadi dokto.Apelah abg den tu x tau adik kajo apo
Translation: Awak patut jadi doktor. Apelah abg saya tu x tau adik kerja apa
Her friend: tau juo ka u , kecek minang, ingek balik German dah lupo kecek minang. tahniahlah kawan. ado laie saki baki urang minang dakeik German
Translation: tau jugak kau, cakap minang, ingat balik German dah lupa cakap minang. tahniahlah kawan. ada lagi saki baki orang minang dekat German
Her friend: Ros, tahu tak dima pa ii si nana, apo cerito wei ea.
Translation: Ros, tahu tak kemana pergi si nana, apa cerita dia.
Aku bangga gak. Separuh minang, separuh nogori :)
den minang jgak.. tulen.. mak ayah den minang.. tp xghoti kecek lor.. ajar den buleh?haha
ReplyDelete