Sambil2 meniru, eh, berbincang soalan, sambil2 menganyam ketupat. Raya2 ni, itu yang penting. Hishhhh, Tak ehhh. Takde ehh mengumpat. Korang ni, baru mintak maaf sesama sendiri, terus nak menganyam ketupat en. Bawak2 laa bertaubat (ingatan untuk diri sendiri untuk mengelak mengumpat. Jauh syurga dari mata kalau rajin mengumpat ni). Maksud aku, sambil2 berbincang soalan, sambil2 tu tanya ler Nina, apa cer dia beraya kat Australia. Alohhh, negara mat Salleh tu. Nun jauh ke bawah sana. Alolo, yang kat bawah tuuu (kau tak tau jugak pi tekan google map je la en. Tak dapek den nak tolong. Ngarut je haha). Ye, cik Nina kita beraya kat Aussie sana. Aussie gitu, kelas youuu. Oh ya, maklumat sampingan, bakal mak mentua kakak aku pun orang Ostralia gitu. Tapi dah lama dia dok Malaysia. Cencaluk, budu, tempoyak semua dia tibai. Gilo en. Aku pun tak gitu an.
Oh, cik Nina ni, kalau ke negara orang, biasa tak pernah lupa bagi aku buah tangan. Haritu dapat lah sebijik (sebuah?) purse dari dia time dia gi Indonesia dulu. Timo kaseh lah, kerna ingat lagi saya. Tak lupa memberi buah tangan selalu (betul ke buah tangan eh? aku pun dah konfius). Dan kali ni, cik Nina bagi ler seekor kangaru kat aku
Ni en?
Ngarut lah korang. Takkan lepas nya kangaru sekoq ni nak naik kapal terbang.
Jap jap
Ni haaa baru betul, kangaru ni dia bagi aku
Haha, time kaseh banyak2 cik Nina. Dulu2 kalau member2 pergi Australia, biasa memang dapat ah menatang ni. Feymes betul dia kat Ostralia nuhh. Tapi dalam banyak2 menatang ni aku dapat, sekoq pun tak pernah dok stay kat rumah. Melayang2 entah hilang ke mana. Ye lah, kanak2, mana tau simpan barang en?
Nampak tak gambaq yang jadi latar belakang (erkk) si kangaru tuh? Nampak tak? Nampak tak? Hahaa, gambar blog ni laa, apa lagi kannnn. Time amek gambar tuh, penat ler nak menyorok bawah meja takot reflection sendiri nampak kat screen. Hohh, privacy perlu di jaga haha. Stalker sekarang kian hebat. Aku sebagai salah satu daripada stalker2 ni tahu ler apa laa habitat, eh, habit stalker2 sekelian alam ni. Hebat belaka semua.
Oraitt, banyak ngarot dah ni. Padahal kerja siap barunya satu lah kan. Besok2 aku cerita lagi en.
Aku banyak menyimpang ler dalam post ni haha
