Serius antara perasaan aku sekarang is that, aku rasa sekeliling aku is going in a really fast pace. Sangat laju aku rasa. Sampai tak mampu nak gapai. Tak mampu nak capai semuanya. Aku hanya dapat perhati, sekeliling aku bergerak. Aku lambat mahu tangkap. Pending sedikit haha. Penyebab aku jadi stress, tak lain dan tak bukan, adalah sebab aku cuba nak capai kelajuan yang tak mampu aku capai. Aku cuba ikut secara laju. Terlampau laju sampai sesak nafas aku dibuatnya.
Dan kini, aku mahu melawan arus. Lawan dan terus lawan. Biar lah. Biar semua bergerak dengan laju, aku mahu terus dengan rentak perlahan. Perlahan sampai aku dapat menggapai diri aku sendiri. This is how we deal with life, kan? Begini cara nya. Biarlah mereka. Biar mereka dengan cara mereka. Aku dengan cara aku sendiri. Ye, aku dengan cara aku. Biar lah aku kayuh dengan perlahan. Kalau terlampau laju, mungkin terbabas, bukan?
Aku cuba senyum. Senyum pengubat duka, luka, segalanya. Bila senyum, hati sedikit sebanyak, rasa senang juga. Walau senyum yang terpaksa. Jangan diseksa lagi badan. Badan yang terlampau perlukan aura positif ni. Tak perlu diseksa dengan ribuan aura negatif. Be positive, Suhaila Roslan. Anda terlampau banyak aura negatif. Kurangkan negativity di dalam diri. Itu yang penting. Cuba senyum dan kurangkan berfikir.
Kau orang faham ke apa yang aku membebel ni?
Semoga Allah dah janjikan aku minggu seterusnya penuh dengan kesenangan dan ketenangan.
Aku rindu kasih sayang-Mu, wahai Tuhanku...