(gambar di atas dicuri dari blog kawan kakak aku)
Malam before nikah tu, memang macam biasalah. Busy2 dok nak siapkan hantaran semua. Tak silap aku lah, hantaran 11 dulang balas dengan 9 dulang. Hadoii, memang nak tunjuk gambar kat sini tapi tu lah, gambar tak ada. Potong stim betul ler. Tapi kot ye banyak gambar pun, sekarang aku pakai broadband so.. pepaham lah internet connection macam mana. Banyak gambar aku nak upload, tak terupload je ni. Pasal memang ada kekangan internet sekarang ni.
Percaya atau tak lah kan, 80% of the hantaran dibuat oleh abang ipar aku yang first. Percaya tak?? Percaya lah anda. Punya berseni tangan Abang Long tuh. Nak harapkan adek2 ipar dia ni? Memang tak lah kan. Takde seni bak kata orang tuh. Aku takat nak balut bakul kasi cantek pun fail kot haha. Takde bakat nak menghias. Tapi memang abang ipar aku lah yang buat benda2 ni. Kami tukang tengok kat tepi. Oh ya, dan jadi buruh kasar jugak haha. Tolong kemas tu lah, ni lah.
Malam tu, aku jugak jadi bidan terjun tiba2. Takde orang nak tolong so aku lah yang tolong potong daun pandan buat bungan rampai, aku jugak lah yang tolong tibai letak inai kat tangan kakak aku. Chett. Aku yang tak berseni ni disuruh letakkan inai. Memang comot lah jadinya. Tapi aku comotkan tangan aku je lah. Tangan kakak aku memang dipaksa penuh berhati2 jugak lah aku letak. Menangis pengantin kang kot aku rosakkan tangan dia. Camne ler nanti nak menepung tawar, ye tak?
Hari pernikahan pulak agak kelam kabut jugak lah. Janji pengantin lelaki nak datang pukul 11. Pukul 10.30 dah siap terpacak kat luar. Memang janji orang putih betullah. Kot ye kita janji Melayu, pukul 11 kata, paling awal 11.15 lah sampainya. Memang tepati masa habislah diorang. Pakai budaya mat salleh.
Dan2 tu pulak lah kakak aku boleh buat lawak. Ada ke pengantin lelaki dah terpacak kat luar menunggu, dia boleh pulak kata borang nikah belum siap isi lagi. Pergghhhh. Makcik sorang ni memang buat kelakar lah kan. Aku memang tangkap aa jugak gambar kantoi dia tengah isi borang haha. Bahan bukti nak ugut tunjuk kat mak mentua teehee~
Hebat ler abang ipar aku. Dia lafaz akad nikah sekali lafaz sahaja. Tak berapa dengar gugup lak tuh. Aku memang khusyuk ler pandang orang nikah. Time imam dah start lafaz, "Aku nikahkan dikau dengan ..." tu, aku pulak yang terasa dup dap dup dap. Chet! Macam aku pulak yang menikah. Dapat rasa memang lelaki boleh keluar peluh sejuk time nak lafaz nikah tuh. Bukan calang2 beb. Kau mengadap tok imam, pakcik2 makcik2, atok2, nenek2. Semua sekali mengadap kau time menikah tuh. Tapi bagi aku lafaz nikah tu macam tunjuk keberanian si lelaki bersama niat ikhlas nak ambil perempuan menjadi isteri nya. Kadang2 orang gugup, tu yang sampai kena lafaz banyak kali tuh. Jenuh tok kadi nak mengajarnya. Lepas habis jer lafaz nikah bersama2 "sah!" tu, terasa sikit sebak kat hati. Tapi tak nangis lah over kau kalah pengantin lak aku. Kakak aku dah tak single! haha. Lafaz nikah membuktikan dia sudah menjadi milik orang lain. Tiba2 terbayang time aku lak nikah nanti. Agak aku rasa memang terbarai gak air mata. Ishh, aku ni dah ler memang senang je menangis. Mak aku pun dah nangis dah time tuh. Selamat sorang dah anak dia jadi milik orang lain.
Pasni tak leh lah nak join anak2 dara ni semua beraktiviti. Awak dah berlaki, masa habis dengan laki ler. Buat aku rasa agak sedih time aku kahwin nanti. Waaa, aku ni dah la anak mak. Hopefully laki aku nanti jenis bersimpati lah bagi aku balik rumah mak selalu. Hopefully dapat yang macam abang Long aku ke. Sanggup balik rumah almost every weekend.
Oh, kenapakah orang2 tua ni semua dah start mendoakan aku cepat dapat jodoh ek? Ada yang tak leh blah bagi prediction lagi 2 tahun lagi, turn aku lak kahwin.Padahal atas aku ada lagi duorang lagi belum kahwin huhu~
Gambar2 bakal menyusul kemudian, insya Allah. sekarang internet super lembap ler~
waaa!!! so shweet! Sue, aku pon nak kawen cepat2 nieyh! huhu...
ReplyDeleteish3, laju betoi hang komen
ReplyDeleteaku baru siap edit tambah gambaq sket
chett haha~
jom kawen jom!
besh nye kawen T_T
haha~
perghhh..nasik minyak lor
ReplyDeletesaya tak mahu kawen...buat masa sekarang. :)
ReplyDeletememang nak ada keluarga sendiri.
tengok kawan2 dah mula ramai yang berikat dan terikat,
ada la jugak terdetik jeles tu. siapa tak nak. kan?
tapi bila fikir balik, hm...myb bukan sekarang. bukan 2 tahun lagi. target paling awal...27tahun. family is my everything.
kalau ditakdirkan ada yang merisik, kita akan bagi syarat...jangan expect kita akan jadikan family kita no 2. walaupun dah bersuami. kalau tak dapat terima, sorry bye2.
banyak sangat yang kita rancangkan untuk keluarga kita. dan diorang tetap akan jadi no 1 selagi diorang ada. so, yeap. bukan buat masa ni. sebab priority saya hanya ayah, mak, kakak dan adik.
kesimpulannya, jangan jadikan alasan...kata, tunggu kita kawen dulu baru nak kawen ye kawan2. :P
woot3 o_O
ReplyDeletehuhu
ReplyDeletekite pon takde ler target nk kahwin awal sgt
kumpul duet dulu wooo~
oh, ya. hurm. yg pasal family tuh.
ada laa sorang kawan kite ni
sedara dia ni kawen dengan someone yg kira beragama jugak lah. sebelum kahwin, tengok semua lengkap lah pakej.
tapi lepas kahwin, tiba2 lak laki tu berubah. dari sangat penyayang, kepada sangat lah mengongkong. bini buat apa semua salah.
raya hari tu lak, langsung tak balik rumah. telefon tidak. kesian sgt kat mak perempuan.
takut sgt dpt laki camni :(