Aku tak sure lah benda ni genetik ke apa tapi benda ni sebenarnya dah ada kat ayah aku jugak and even arwah atok aku sekali. Memang nampak ketara kat ayah aku sebenarnya. Dan aku antara anak dia yang nampaknya macam mewarisi benda ni jugak. Ayah aku lagi teruk time zaman dia kat universiti dulu. Siap makan ubat lagi. Benda ni memang mainan psikologi sebenarnya.
Kalau ada yang perasan lah kan, aku ni setiap kali nak exam jer, night before exam tu memang sangat2 susah nak tidur. Even aku rasa aku dah habis study and dah ready nak amek exam esok, aku still susah rasa nak tidur. Ni lah akibat dan kesan dari anxiety disorder ni, aku agak lah. Memang sangat susah nak tidur. Aku ingat lagi, time nak amek exam Discrete Mathematics dulu, memang tak leh tidur langsung, even aku try gila2. Aku start masuk tidur pukul 3 pagi, pukul 4 still tak tidur, pukul 5 kelip2 agi, sampai lah subuh. Serius memang takleh tidur sebab fikir pasal exam yang aku nak amek. Last2 lepas subuh aku tidur kejap; dalam 1 jam macam tuh, 8.30 pagi shoot terus pergi amek exam. Tapi alhamdulillah kepala tak ting tong. Rilek je walau mengantuk. Tengah hari pergi bersuka ria, terus hilang segala mengantuk dan penat hehe.
Pastu lagi satu contoh lah kan, aku lately ni makin sangat takut nak naik kereta yang dibawak dengan sangaaaat lah laju. I used not to be scared of speed. Dulu time kecik rilek jer. Tapi lately dah besar2 ni, makin takut nak naik kereta laju2 ni. Serius. Orang baru speed takat 110kmph pun aku dah start nak tutup mata kut. Lori lalu kat sebelah pun dah cuak. Bas yang laju gilos tuh apetah lagi.
And aku rasa lah kan, fobia angin yang aku ada tu pun berpunca dari benda ni jugak. Sebab aku sangat tak ingat bila la aku ada pengalaman buruk dengan angin. Sense of insecurity yang sangat tinggi buat aku tetiba ada fobia angin ni.
Oh, even bila parents aku nak pergi negeri2 lain sekali pun, aku memang terasa nak ikut jer. Aku memang risau yang melampau-lampau sebenarnya. Bila diorang pergi tanpa aku, memang aku akan fikir pasal diorang satu hari. Kalau aku ikut sekali, baru laa hati aku tenang sikit sebab nampak diorang depan mata aku, sound and safe. Itu yang aku kena cop anak manja tu. Pergi mana2 mesti nak ikut. Pastu mesti nak balik tiap2 minggu. Hati aku sangat tak tenang and senang kalau tak nampak parents depan mata.
And antara recent punya risau, pasal tanda kematian tu lah. Memang sekali aku dah risau, aku akan fikir, kadang2 berhari2, kadang2 berminggu. Hari ni pun dah cuak bila tadi ngam2 lepas asar, terasa macam betul2 pusat berdenyut time aku tengah baring flat. Urghh, memang cuak melampau. And kat blog lah tempat luah perasaan hehe.
Anyway don't take me as a freak. Aku tahu, anxiety disorder ni lebih kepada psikologi and also mainan syaitan. That's why most of the time I try to take control of myself. Let my self conscious took over over my sub-conscious part. Sentiasa beringat pada Allah. Benda takkan jadi tanpa izin Allah. Have faith in Him. Alhamdulillah takat ni takde lah teruk mana huhu.
blh k3nalan.........saya pun ax
ReplyDeletesalam sahabat.. saya mempunyai abg yg saya rasa mmpunyai penyakit sperti anda.. dia berfikiran seperti merasakan hdupnya akan mati.. dia merasakan dirinya sperti salah makan ubat..tp tndakan nye seolah-olah ditasuk jin.kdg2 dy mrah klau org brcggah pndpt dgn dia.. sya sedih dgn pnykit dia ini.seolah-olah seperti org yg kurg wras..bolehkan tuan kongsikan bgaimana nk merwat pnykit ini tanpa mnggunakan ubat..
ReplyDelete