BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, March 30, 2011

Macam2 orang baca blog aku

Selama aku blogging ni lah kan, macam2 jenis dah orang aku jumpa. Disebabkan posting aku yang selalunya random. Never stick on certain topic. Kadang2 cerita pasal artis, kadang2 duniawi. Pasal Akhirat pun aku sentuh jugak. Cerita Korea, Jepun, Omputih semua aku masuk dalam blog ni. So people who came to my blog were like very random people. 


Ada orang suka dengan posting aku tapi tak kurang juga ada yang benci. Depends on which post yang dibaca. Kalau tak bernasib baik, mereka bakal stumble upon annoying posts yang mengutuk idol mereka haha.


Banyak je aku kena serang dengan peminat mereka ni. Contoh paling aku rasa sangat annoyed sampai sekarang : fiffy natasya. Tak tahu lah. Penat dah aku mintak maaf. Aku siap delete post tu lagi even though aku sebenarnya masih tinggalkan sisa ayat annoying aku kat post tu haha. Aishh, takde nya aku nak tunduk terus kat mereka yang terlampau obese eh salah, obses ni. Suka hati mereka nak suka fiffy, suka hati aku jugak taknak suka fiffy. I've done my part, I have apologized okay. Diorang je masih tak puas hati dengan aku. Suka hati mereka lah. Lepas ni dok sibuk2 nak serang aku pergi laa cakap sorang2. Malas mak nak layan lagi nyah o_O


Lepas tu yang post pasal Maher Zain. Aaa, yang ni bertamadun sikit diorang punya posting. Susun ayat cantik even ada yang sikit tak puas hati dengan aku. Aku yang buat post secara kasar dengan meletak perkataan f*cking pun telah mengubah post aku secara rela dengan menukar perkataan tu sebab tak sampai nak berkasar dengan peminat Maher Zain yang penuh berhemah. Tak ke korang nampak perbezaan peminat artis ni dengan yang dengan yang disebut kat atas? Tak ke? Haihh, manusia ni.


Tapi tak kurang juga ada mereka yang rasa inspired dengan cerita aku. Aku seronok bila orang moved by my stories. Terima kasih banyak2 buat mereka yang suka kat posts aku. Aku sayang korang lebih lah haha. Lebih sayang korang lah dari peminat artis pertama yang disebut kat atas. Hopefully korang terus rasa inspired dengan cerita aku. Eh, ramai jugak add aku facebook sebab diorang jumpa aku kat blog. Mula2 aku tak perasan. Lately ni baru aku sedar baru laa aku approve mereka ni heheh.


Dan bila aku buat pasal posting cerita makanan halal ke apa. Atau posting pasal syurga neraka, kat sini lah mereka yang tengah mencari atau berkongsi ilmu datang komen. Cara komen mereka pun berbeza dari pelbagai segi berbanding dengan mereka yang telah disebut kat atas. Ada lah benda berilmiah sikit yang nak kongsi. Orang macam ni pun selalu muncul kat blog aku.


Then of course laa sebab blog aku ni banyak pasal Jepun dengan Korea, peminat dari dua2 belah pihak pun datang baca blog aku. Tapi mereka ni pengomen pasif. Jarang jugak lah mereka komen. Tapi dengan tau diorang baca pun dah cukup buat aku puas hati.


Lastly mesti lah pembaca cerita random pasal diri aku sendiri. Of course lah tak lain dan tak bukan, university mates, classmates, and best friends aku sendiri. Mereka ni lah paling aku suka kalau bagi komen atau baca blog sebab aku kenal diorang. Mereka lagi kenal siapa aku. Bukan laa diorang2 yang entah siapa2 ni tiba2 nak judge aku padahal baru baca post aku sekali yang satu tu je. Diorang belum dapat menilai aku. Kawan2 aku yang baca blog aku ni laa paling aku hargai bila baca blog aku. Mereka tahu kisah hidup aku. Mereka tahu siapa aku. 


Memang macam2 laa orang datang baca dan komen blog aku. Kalau korang rajin, selak2 lah posts lama. Boleh je korang jumpa komen2 yang "kelakar" dan mencuit hati aku laa haha. 

blog comments powered by Disqus