BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, July 31, 2010

Cellnique Skin Action Sebum Gel : effective to reduce pimples


Bukannya nak promote produk kecantikan tapi, sebab aku agak puas hati dengan produk ni, so wanted to make a little review about it.

Cellnique: Cellnique Skin Action Sebum Gel

So, want to see how bad my skin can goes without any proper products? Here you go (euww picture haha) :

See those in the red circles? Banyak kannn!

So yes, I do belong to the group that their skin will turn out bad if they don't really took care of their skin. I have oily skin, which is common for the Asians. Oh, btw, those people from the salon says that people with oily skin, sangat awet muda kut (me!) hehe. That's why lah people from Asian region, their face will age quite slow compared to the western people.

So, oily skin.. what comes with that? Of course, pimples! I actually have soooo many small pimples sampai those people kat salon tu sangat geram tengok my pimples. And I really admit that. Kadang bila aku kurang menjaga muka, jerawat memang besar gila gabak lah keluar.

And hari tu aku macam lah berminat nak buat facial, setelah begitu lama tak buat facial. Saja lah, nak kasi massage sikit2. Kasi manja diri hehe. Sekali sekala bukan selalu. So went to a salon kat area seksyen 14 sana. Harga facial dalam RM 2xx jugak lah. But for first customer, first time facial, can get another free one. So I was like, okay lah. Bukan selalu pun. Not like I am a person yang suka belanja duit on baju ke, handbag ke that much. Massage memang sangat best lah. Tapi gila agak geli bila dia massage shoulder dengan neck agaga. Very sensitive on those parts la wehh. Tak leh tahan wohh.

Anyway, kata tujuan nak promote produk ni kan. So, those people kinda recommended me with some products. Kalau nak full range punya product, konpem memang sangat mahal lah. Up to RM1k kott. So memang tak mahu, tak payah lah kan. Gila ah kau. Duit semua habis ke situ je (very pity kan jadi perempuan? we spent our money for these things). So aku mintak lah recommend satu product yang betul2 penting je. So diorang pun recommend lah product :


Cellnique Skin Action Sebum Gel

Harga dalam RM169. Memang dengar mahal but still quite affordable for me. Disebabkan curious, aku pun hangkut lah product ni. Jadik lah, amek satu dulu.

So i tried this product for like, 1 week macam tuh. Tu pun pakai on off not regularly, well, disamping product from bio-essence.

And after one week and more macam tuh, baru aku perasan, my skin turned out to be like this:



Voila, quite clear lah kulit aku. Memang nampak macam ada bintik merah lagi tapi, kalau pegang, terasa memang quite licin lah. Very nice! I like!

Aku pun balik rumah tuh, tanya lah kakak aku, ada perubahan tak kat kulit? And she was like, kata memang dah nampak kurang jerawat aku.

Oh, sangat happy dan puas hati dengan ini produk. I do recommend kalau ada oily skin, try this product. Not sure it will work well or not but it's not a sin just to try, kan? :)

...

My last post was made out of emotion. Biasa lah perempuan, emosi kuat (siap mengalir air mata bagai). But now, feeling sudah stabil. So hopefully, no misunderstanding there, especially to "you know who you are". Bukan berniat nak marah, tak ada niat langsung. Kecewa mungkin. Sebab mungkin sebab birthday aku kut. Itu yang pedih sangat rasa tu. Tapi sekarang, insya Allah, no hard feelings.


So anyway, esok kakak aku bertunang. Hope will be an enjoyable day for me tomorrow :)

p/s: to "you know who you are", trust me, I won't let this friendship ends.

Thursday, July 29, 2010

Untitled

So... I thought we are friends. And moreover, I really thought that we are (or were) best friends. But then, yes, wrong, I am really wrong, very wrong.


I don't really expect for any huge card, or huge cake or anything luxurious. What I really wish for me was just a simple "Happy Birthday" wish. Not more than that. Is it so hard for you to do that? Yes, I am wondering.

And I really thought that we can still be friends but guess not really. And this fact, really hurt me that much, more than you thought.

So maybe 3 months ain't enough for you? So fine, I am fine. I always thought that I have managed to be back normal after 3 months but guess it's not enough for you. Take every minute that you want, take like forever still fine with me, as long as you, don't throw this friendship just like that. Cuz friendship means everything to me.

It's really cruel for you to do this to me, on my birthday, on my very birthday, my 21st birthday. You took away the mood, you make me fall apart a little and you make me cry a lot. Maybe you think that you were hurting me less by doing this but guess what? It hurts damn a lot. And I really thought we were doing great on ignoring each other (and being fine with that).

Ignore this post like you always do. Cuz yes for you, ignorance is such a bliss. Thanks for everything.


Sunday, July 25, 2010

IT or CS, it's really an issue

So was reading and blog hopping as usual and found satu blog KICT student jugak. In my guess, dia seorang junior. Hanya setahun bawah aku. And the same like me, dia pun macam ada keraguan nak aim masuk CS or IT. It's really much a burden for me, I guess, untuk buat decision.


So she wanted for opinions, and I gave out my opinion. This is what I wrote:

"salam, ni KICT jugak ke? :)

erm, kira saye ni senior lah ni huhu.

saye baru je masuk CS so tak boleh lah nak bagi komen macam2 pasal CS

tp one thing for sure, masuk CS tak semesti nya programming saja. pasal for your info, dak IT pun still kena buat programming. in example web programming dengan Data Structure and Algorithm. Dulu, I have the same thought as you; igt CS itu programming je but I was wrong.

tp bab IT byk membaca mmg betul lah. pasal IT ada byk sgt subject management. oh, CS still ada membaca but not as much as IT people will do. Oh, I hate Database btw hehe

And satu lagi fahaman yg kena betulkan, IT tak semestinya tak pandai, and CS tak semestinya utk budak pandai je. Ada ramai 4 flatter yg amek IT sebenarnya pasal diorang nk jaga pointer from dropping. And ada je budak CS yg tak dpt nk kekalkan 3 pointer and above. Keep that in mind (ini nasihat senior dulu2)

anyway, as for now, should not be worry about nk masuk CS ke IT that much. Pasal yg penting sekarang, try to score utk 4 subjek nk masuk CS tuh. Itu lebih penting. Kalau perlu, tengok2 dulu subjek apa yg senior semua ambik. Tgk course outline diorang, lepas tu baru decide nk masuk mana. I know sgt susah nk buat keputusan, cuz I was having the same condition as yours too.

Sorry panjang sgt hehe. Hopefully you will make the right choice cuz it's regarding your own future :)"

Well, something like that. Itu my opinion. Lepas aku sendiri dah experience apa itu Computer Science. And the one that I have bold, memang aku nak tekan kan sangat2 lah. Ramai buat fahaman salah, padahal benda sebaliknya.

Anyway, aku baru first semester kat CS, so tak boleh komen2 lebih. Untuk adik2 junior, think very deeply before you decide sebab masuk CS bukan untuk fame semata. Mungkin orang kata konon lah masuk CS itu boleh famous and what not pasal bukan senang nak masuk CS but the truth is, yang penting apa result yang akan kita perolehi lepas kita masuk CS or even IT. Duduk kat CS pun tak ada guna kalau pointer merudum macam hape tah and duduk kat IT pun sama je pasal yang penting result tuh. Lebih baik fikir apa yang kita minat bukan mengikut apa yang orang lain buat.

As for me, so far, I have no regret (insya Allah) at all lepas masuk CS. Cuz I kinda boleh nampak, memang minat aku menjurus ke situ. Oh, mungkin sebab ada fizik sikit kut haha (aku memang suka fizik). Cuma yang penting, macam mana aku nak bawak diri kat CS. Result itu tetap yang paling penting untuk aku. Tengok lah batch kakak aku, more than 100 people kat CS tapi not every each one of them boleh maintain pointer mereka. Kadang tengok budak IT lagi cemerlang dari budak CS.

Oh, no sense of bias here, okay :)

p/s: batch aku lebih kurang 11 orang je masuk CS. Gila bosaaaaan~

Saturday, July 24, 2010

Old video

Video time kat sungai Kanching dulu sebenarnya. Terlambat ambil dari izzati haha. Baru semalam amek. Takpe2, still kira updated lagi. Kenangan mana boleh luput hehe.

Sumpah aku rasa sweet sangat video ni. Next semester mahu lagi! :)


Oh, semalam ke Seoul Garden dengan mereka berdua. Baca post Aqilah for pictures!

Malam yang agak menakutkan

Last night, pergi laa mahallah asma' dengan Aqilah Irina to buy dinner. So macam biasa, aku yang riang ria ni pergi laa dengan perasaan riang ria jugak ke asma'. So kitorang took the same route that we always use. Dalam tengah berjalan tuh, ada laa seorang sister ni kat depan kitorang. Dia pun nak pergi dinner kat asma' kut. Kitorang pun panjat lah tangga nak pergi asma'. Tiba2, sister kat depan kitorang berhenti berjalan. I kinda blur time tuh pasal you know me, aku kurang conscious dengan keadaan sekeliling. Tapi Qilah cakap lah, time tuh dia dengar sister tu cakap, "Eh, banyak nye". Without knowing apa yang banyak nya tuh, Qilah pun pergi laa tanya sister tuh apa yang "banyak" but dia buat bodoh je tak layan kitorang. Tiba2 sister tuh mengundur, and try to use another route. Aku dah panik dah time tuh. Apa hal pulak nih, aku pikir.


Tiba2, jugak lah, Qilah jerit, "Anjing!".

Aku fikir, "OMG! Anjing!".

Apa lagi, tanpa fikir sangat panjang lagi, aku terus patah balik. So was told before that kalau nampak anjing jangan lari. Usually jugak memang aku tak lari tapi kali ni sense aku kuat mengatakan suruh aku lari. So apa lagi, aku mula mempercepatkan langkah aku dua kali ganda, bukan, tiga kali ganda dari biasa. Wow serius, jantung berdebar tak leh blah langsung. Dengan hebat nya, tak pernah dibuat aku, aku lari naik tangga, sekuat hati. Padahal selalu panjat tangga, aku yang paling lembap. Haihh, dangerous situation biasa memang mampu buat manusia jadik kuat dari biasa haha. Dalam otak fikir dalam tuh, "Cafe, cafe, cafe. Cepat pergi Cafe!". Mata aku dah nampak cafe je time tuh. Memikirkan cafe ramai orang. Aku tak tau langsung berapa jauh anjing kat belakang tuh. Otak fikir nak lari je.

Sekali bila dah sampai kat cafe, terus aku berhenti, trying to catch my breath. Bila pusing belakang jer, nampak kut anjing tuh rupanya memang tengah sangat psycho, lari2 memang macam gila. Aku tak tahu apahal riang sangat anjing tuh kejar orang. I never expect dia boleh kejar sampai macam tuh. Gila ah psycho anjing tuh. Eeeek! Sumpah takut time tuh. And at the same time, ada dua orang sister yang tengah duduk kat bangku, pun lari sama. Semua lari berterabur kut time tuh. Memang kalau korang tengok, bapak psycho anjing tuh.

Lepas tuh, sebab sangat takut dengan anjing, aku dengan Qilah pun lepak lah kat lounge asma. Aku beli nasi ayam, pastuh makan lah kat situ. Lepas habis makan, lepak sat tengok tv sambil Aqilah online. Tengah2 tengok tv, my eyes catch bayang2 kat kat langsir kat tepi tv. Very weird, sangat weird punya bayang2. Aku pun pelik lah. As for me, aku memang kalau tengok something pelik, aku suka buat kepastian. So aku pun pandang lah bayang2 tuh. Macam ada dua tiga orang, pakai tudung tengah berjalan2. Aku dah start rasa pelik. Apa yang memelikkan bukan sebab apa, sebab bilik tuh satu bilik tertutup. Tingkap pun gelap. So how come boleh ada bayang2 macam tuh walhal takde orang langsung tengah berjalan time tuh. Aku suspect adalah tingkap yang boleh cahaya masuk. Bila pandang2, eh, takde pulak. So aku pun bagi tau la Qilah, out of curiosity. Bila Qilah pandang, takde pulak bayang2 tuh nak lalu. Bila Qilah not looking, aku ternampak lagi. Dalam 2-3 kali jugak lah. Last2 aku sudah cuak. And at last pulak, Qilah pulak cuak. Start ajak balik. Aku pun apa agi, balik ler. Mana sanggup nak stay kat situ lagi.

Haih, lately memang pelik2 la. Pasal mahallah asma and hafsah dah lama kena tinggal kut. Around three months. Dengan peristiwa Yusreena terdengar ada bunyi budak kecik menangis, teresak2 time pukul 3 pagi kat dalam bilik kitorang lah. Padahal mana ada budak. Semua dah tidur kut. Lepas tuh, Zati pulak time basuh baju kat toilet ternampak ada orang berjalan masuk toilet arah shower. Sekali bila tinjau, takde orang. Fuhh serammmmmm. Aku pulak lately memang selalu ah nightmare. Dua kali pecah compartment Zati tido sekali ngan dia haha. Siot memang takut mimpi dia.

Ishh, hopefully takde laa lagi anything happen. I am scared T___________T

p/s: malam ni banyak kali Zati ter-men-terkejutkan aku. Iskk, aku memang cuak abes laa~

Thursday, July 22, 2010

Why very easy to forget once you had loved someone?

Like always, I had a talk with dear roommate, Izzati, who is my silent reader (thanks for reading!) for this blog. We like to talk very generally. Sangat general lah topik kami. Dari topik about family, friends, personal (the most important hehe), and up to the politics talk. Like, we can talk about anything la.


So was talking with her this one night and we came up with this one topic. This hot topic that always been surrounding us but not really happening to us.

So this is the topic : senang sangat ke hati berubah?

This topic came up to our mind lepas tengok banyak jugak lah, people yang been surrounding, in example, those people in ict, kawan2 time sekolah, or those people in general lah, lepas break up, terus je boleh dapat couple baru. So we talk and talk and give out our opinions.

So this is my opinion.

Yes, memang aku sangat tak paham, macam mana sesetengah orang, mampu mudah sangat berubah hati. Entah lah. Sangat tak paham.

Kadang2 tuh tengok, memang ada sesetengah orang, dulu bercinta memang bagai nak rak, I love you there and here. Tapi lepas dah break up, very easily, very very very easily, senang sangat jumpa pengganti and claimed that pengganti dia tu pulak orang yang paling sangat dan segala bagai lagi, orang yang dia cintai, nombor 1 dalam hati dia. Walhal sebelum ni, ex dia lah yang no satu, takde orang lain dah kat hati dia. Dah takmo orang lain dah. Dia yang nombor satu. Tapi lepas je break up tak sampai one month (one month dohh!!), terus hati melekat kat orang lain. Terus orang lain pulak nombor satu kat hati. So apa makna "cinta" sebelum ni?

Aku macam biasa, tak mahu lebih2 komen. Aku tak pernah langsung bercinta tapi aku ada je experience suka kat orang. Hanya semata suka kat orang lah. Itu pun, I found that, very very hard untuk lupakan orang yang aku suka. I found it very hard untuk aku berubah hati untuk suka kat orang lain. I found it very hard untuk buka hati kat orang lain lepas aku suka seseorang setelah sekian lama.

So why is it orang yang dah pernah bercinta, pernah selalu bersama, exchanged love vows, begitu mudah melupakan orang yang pernah dia cintai, yang pernah konon janji sehidup semati?

I wonder that.

Mungkin bagi mereka cinta begitu mudah dicari ganti.

Mungkin.

Tuesday, July 20, 2010

Ganti puasa

Seperti biasa lah kan, dah sampai nak dekat2 bulan ramadhan ni, semua orang yang khusus nya perempuan, pasti sangat lah tengah sibuk dok nak ganti puasa. Tak tahu lah, dah macam tradisi pulak kan ganti puasa time2 camni. Walhal memang sangat panjang lah gap between every year punya ramadhan. Aku lak tiap2 tahun memang berazam nak ganti dari awal. Tapi azam tinggal azam ler. Hari tu sempat ganti 2 hari pastuh stop. Haihh, last2 timing camni gak jadi mangsa.


Oh, hari ni hari kedua dalam minggu ni aku ganti puasa. Memang berpinar jugak lah mata sebab kepenatan. Lagi2 sejak aku ada masalah gastrik and angin ni. Menggigil badan nak tunggu bukak puasa. And kena lightheaded like everytime and also semput (sesak nafas) sebab angin. Hadoi sengsara gila.

Hari ni lak aku pergi pulak meng-hangkut 3 bijik buku dari darul kutub sampai mahallah hafsah. Gila berat woii tak tipu. Mau berapa kilogram gak tuh (kunun laa). Pastuh hangkut naik tingkat 5 pulak. Sampai atas, terus rasa nak pitam kut. Berpeluh-peluh lah gila jugak. Bought 3 books and kena dalam RM 244. Ok laa. I thought boleh sampai RM 300 tapi tak. Ok ler tuh hehe. And buku untuk CS sangat senang nak cari. Tak habis pun. Sentiasa ada stock. Satu kelebihan duduk kat CS alhamdulillah. Hari tu nak add drop pun sentiasa cukup kelas.

Neway, kepada yang mengganti puasa, selamat mengganti ler. Aku nak teruskan posting pun dah tak larat. Tangan dah naik kebas dah. Mahu tidur jap then bangun untuk asar hehe. Nak top up tenaga, malam ini mahu study wohhh~

Bila ada lover je, terus putus kawan

Ever seen someone, yang sebelum gila baik dengan kau, boleh hu-ha sana sini dengan kau, berubah mendadak lepas dah ada girlfriend atau boyfriend tak? Ooo yes baby, I've known someone like that. And I really think someone like this is stupid little bullshit. Eh, come on la, be professional boleh tak? Kau baru kenal girlfriend or boyfriend kau, baru nak start sayang2 bagai, terus nak buang kawan lama kau? Walhal dah berkurun zaman kau dah kenal kawan kau. I never say that you can't have someone that you love or anything. Lover is lover, tapi kawan, tetap kawan. I don't know how you will manage to pull up with this world nanti kalau time sekarang pun dah tak reti nak be professional. Kang esok bila putus dengan awek or pakwe, sibuk terkedek2 mengendeng dengan kawan balik. Okay, hell is that way. Go straight and never come back.


p/s: post ni takde kena mengena dengan my closest friends. So buat kawan2 aku, jangan lak terasa ye. Bukan korang yang aku cakap. Manusia2 yang disebut di atas hanya lah kawan sipi2, atau bekas kawan saja muahaha. If you don't already consider me as a friend, tak ada makna nak simpan kau jadi kawan aku lagi. Full stop~

Monday, July 19, 2010

Ini janji aku

Sangat mahu, sangat, sangat, sangat mahu, menebus kembali apa yang telah aku hilang. Ini janji aku. Walau apa yang jadi pun, mahu cuba sedaya upaya menggenggam kembali title A student yang pernah aku pegang dahulu. Makin hari makin kecewa dengan diri sendiri. 2 long semester dan satu short semester dah dibazirkan macam itu sahaja. Bilangan A dalam genggaman pun boleh dibilang dengan jari. Memang sangat kecewa dengan diri sendiri sekarang ni. Dah tak mahu membuang masa dah. Semester ni mahu fokus nak tingkatkan pointer ke tempat sepatutnya.


Jangan takut untuk gagal kerana kegagalan itu menjadi bukti jerit, perih dan payah kita untuk menebus sesuatu kejayaan.

Wednesday, July 14, 2010

At times, I feel a little more than tired. I just need someone for me to cling on.

Nak describe feeling aku sekarang ni? Indescribable. Sangat. I really need to cling on someone now.


Dah cuti 3 bulan, so I ain't really ready to face all the stress that I am supposed to face.

Terus terang cakap, aku tak tahu kenapa aku masuk CS. Aku tak tahu kenapa aku nak pilih jalan susah ni.

Terus terang cakap, aku rasa susah tanpa kawan2. Aku rasa sangat tergantung. Loneliness hits me hard.

Terus terang cakap, aku rasa dah makin susah nak fit in the new environment. I depended on my friends too much I guess.

Terus terang cakap, I think the old feeling has came back. Little by little. Padahal aku rasa aku dah cuba buang jauh2. Sila, pergilah jauh. Sila lah, aku pinta.

Terus terang cakap, my mind has been bugged by the study plan. Aku sudah tak tahu nak susun macam mana lagi. Aku sangat stress.

Terus terang cakap, aku cemburu dengan semua orang. Aku cemburu dengan mereka yang tahu hala tuju. Aku cemburu dengan kesempurnaan hidup mereka.

Terus terang cakap, I can cry myself out right now. Tapi cuma, aku tak mahu menangis lagi.

Terus terang cakap, aku tak mampu nak tulis dalam perenggan. Aku cuma mahu luah kan kat dunia, apa yang aku rasa.

Terus terang cakap, aku mahu kau, dengar lah rintihan hati aku ini. Tak kisah lah kau siapa, cuma dengar sahaja.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Guess the world, ain't fair at all, sometimes.
Thanks for reading and hearing.

When you got picked and pricked by the lecturers

So this morning, I was having the Elementary Statistics class. Already have been to the class once before but so far, the first impression to the lecturer, was okay. Nothing bad. In fact I quite like it. So I went to the second class with quite a cheerful mood. Thinking that this class is nothing bad and it's okay. My mood was totally fine and okay but suddenly changed when suddenly I got pricked, yes, I called it pricked because it's quite pissing me off, by the lecturer.


I was sitting next to Aisyah and Nina. While the class is going on, Aisyah offered me chewing gum, very nice of her, so I took it. Kunyah, kunyah, kunyah while focusing on what the lecturers said. It's very rare to find me focusing in classes so I think I was doing good in focusing just now. But suddenly my focus, and my mood was ruined by the lecturer when suddenly he said :

"I find it very rude to see the student chewing the gum while attending my class. I don't want to point to the people who chewed but I don't like it. You know that by chewing the gum can decrease the level of focusing? Like you can't do two works at the same time. You will just think about the gum that you are chewing," with quite an annoying tone.

So yes, I was shocked. Totally he pinpointed to me lah kan. When I just about to pissed off (bukan lah nak mengamuk, rasa nak marah je hehe), suddenly there's one Bosnian guy kinda defending me. Not really laa cuz nobody knows that I was the one who chewing the gum. So he said:

"Well actually I have read that chewing the gum in class can increase the level of focusing in the student twice from normal. So it's actually good to chew gum while listening to the lecture" dengan muka selamba tanpa rasa bersalah.

Oh damn. Thank you the unknown guy! Totally appreciated that!

But of course, the lecturer defended his opinion. Suddenly start to merapu about chewing gum is the western culture lah, the western put the tapak kasut on the lecturer's face lah and whatnot. So I wasn't really listening cuz I am totally pissed off at that time. So I think, suka hati lah nak cakap apa.

So thanks to the lecturer, I lost my focus at that time. Seriously, I was totally focusing while lecture is on, even when the gum is in my mouth. That lecturer just don't know about my own nature. I am just damn good at multitasking ahaha. You can find me layan-ing the facebook while focusing on the real book. Apatah lagi setakat chewing gum ciput dalam mulut aku tuh. And now, he IS the one who let my focus off, totally off. I feel lost for a couple of minutes. But then start to think professional, and start to focus again.

So now tell me, which one has had me lost my focus, the chewing gum, or the lecturer?? Go figure

p/s: setakat ni, this is the first lecturer yang marah makan chewing gum. pfffftt~

Sunday, July 11, 2010

Bilik baru saya, sem baru di UIA

Lokasi terbaru saya : Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Mahallah Hafsah, tingkat 5, no bilik dirahsiakan. Eccey, risau stalker datang ke apa. Tak lah. Saja tak mahu reveal no bilik saya. Biar lah rahsia haha. Yang penting, tak sama dengan sem lepas.


Semester ni dapat roommate baru. Tak lah baru sangat pun, jiran lama je. Main tukar2 bilik dengan jiran je huhu. Sem ni sebilik dengan Zati. Aqilah Irina dan Latifah Adni duduk bilik depan. So kira okay lah kan. Oh, mahallah hafsah dah tukar perabot baru. Purple! My favourite kaler :D Tapi slack lah, lantai takde tikar getah. Nanti lah kena shopping beli tikar. Aku puas hati lah dengan perabot dia. Not bad hehe.

Semester ni jugak dah tak sekelas dengan mereka bertiga lagi. Okay, rindu okay :( Aku perlu menjadi lone ranger. Tak apa, aku redha. DAN, aku redha, insya Allah, redha masuk CS. Walau hati terasa penuh ragu2 sangat. Allah lebih tahu itu. I'll just go with the flow. And semester ni jugak, akan lebih menjaga hati. Fuh, sangat fragile hati ini.

Okay rakan2, doakan aku berjaya di semester baru. Love you guys! :)

Tuesday, July 6, 2010

Tag dari adek Su



Adek junior aku, Sumaiyah, yang dulu sama kelas kat CENFOS bagi aku tag ni

1. Suka tak dapat award ni? Bagi ucapan sikit..
Uishhh, suka gak ar. Seronot pasal saya suka buat tag hehe. Gelaran nice blogger and great blog tu pun cambest

2. Bintang tu cantik tak di mata kamu? Suka bintang?
Suka! Especially bintang kat kawasan kampung. Sangat banyaaaaak. Sweet :)

3. Dua blog kamu selalu jenguk n baca entry barunya
Saya baca semua updated blog. Percaya tak? ^.^

4. Bagi award nih kpd 3 blogger yg lain, jgn lupa yaa..
1. Pika
2. Najmah
3. Aqilah Irina

----------------------------------------------------

Sumaiyah tak tag yang ni tapi saja nak wat hehe

Apa yang anda buat bila anda tahu member anda tikam belakang anda?
Tikam dia balik! haha tak la. You know, in this world, karma is a b!tch. So watch out :D

6 orang di hati anda
1, 2, 3, 4, 5, 6, 7...... ehh, macam lebih jer?

Anda rasa anda comel
anda rasa saya comel? hehe

Single or taken?
single tapi tak berapa available lah

Blog yang saya suka?
People that I know, dan juga blog yang sedikit berfalsafah

Adakah bilik anda kemas setiap hari?
errr.. sukar nak jawab soalan. Lagi2 time exam, aku tido dengan buku kot

Lagu terakhir yang anda dengar
lagu wondergirls yang "terbaru", I'm so Hot (padahal tak baru pun, alih bahasa je)

Last text message
Erkk, phone isn't really my bestfriend time cuti ni

Last phone call
zati call aku! guna phone umah dia ahaha~

Hari terakhir anda menangis?
Semalam. Don't ask why (I am easily touched)

List 5 kaler feveret anda
3 sahaja boleh? go figure :P

bila kali terakhir YM?
saya ada ym tapi saya selalu invi so orang jarang mahu tegor hehe

Game yang anda paling suka?
Saya sangat suka game (tapi saya suka gila final fantasy!)

Adakah anda peminat MCR
I was, was lah kot

Anda rasa tag ni best?
Bole laaa hehe

Tagged lagi 10 orang
anyone rasa mahu buat :D

Friday, July 2, 2010

Tag 3 (dari pika)




1. Ape yang bermain di fikiran u allz sekarang

~ Ouhh, ridiculous things. Penat mahu fikir =_="

2. Apakah nama samaran u allz

~ Suhaila Roslan ahaha. Su pon bole

3. Berikan 3 orang yang u allz sayang

~3 jer??? Tipu lah beb. Ramai kutt

4. Panggilan untuk si dia

~ Oh, siapakah "dia"?

5. Hadiah yang u allz impikan dari seseorang yang istimewa

~ Aku bukan lah mata duitan tapi cukuplah banglo 3 tingkat sebijik, and kereta yang mahal2 sket. Tak tamak kan? Wakaka

6. Blog mana yang u allz suke visit

~ Ehhhh, korang update je aku teros lawat kut

7. Tag kan kepada 15 orang rakan blogger u allz... (Rami nye laa, weyh?)

Yang dah tag before this lah. Malas nak type huhuhu~

Thursday, July 1, 2010

Tag 2 (dari pika)



Write 5 interesting facts about the person who gave you this award

Pika
(erkk, 5 ke? hadoi banyak gilos haha)

~Dia minat pink. Tak syak lagi
~Dia lagi (sangat!) tinggi dari aku. Pun tak syak lagi
~Dia sangat girlish beb. Aku tak leh bertanding
~Dia ada kereta nama nikita (dalam penuh kaler pink!)
~Dia bercita2 nak jadi kaya pastu nak tanggung hidup aku sekali. Kan pika? =D

Jot down 10 interesting facts about yourself or your hobby.

Arghh.. payah gilos nak jadi vain haha

~I am easily paranoid with things but I'm not a freak
~I like what I do, I do what I like. Suka hati aku lah nak buat apa
~Among us, pika, najmah and me, I'm the shortest (sangat bangga!)
~Aku suka gila purple and aku cadang nak buat theme purple time kawen tapi malangnya kakak aku macam nak cilok kaler purple tuh. Aisehhh
~Aku suka makan nasik tapi nasik buat aku gemok
~Aku gila benda manis especially chocolates. Fullstop.
~Aku tak suka buat decisions. Choke me to death.
~Oh, aku gila Jepun tapi rasanya Jepun takkan gilakan aku. Malang sunggoh T__T. Terpaksa carik orang Melayu hehe
~I am overprotective towards my own self and towards those people that I really love. Nothing can stop me.

(Pick your 10 most deserving recepients and describe them)

10? Pun banyak gilos. Aisehh. Kurang bole?

~ Aqilah : Roomies! Forever roomies! :)
~ Diana : Kawan seperjuangan hehe
~ Faris : Pun rakan seperjuangan. Lama tak mencapap kat blog aku
~ Shawn : Rakan seperjuangan juga!
~ Syakila : Rakan yang berjuang dengan aku dari cenfos lagi

Pika and Najmah tak yah laa. Dah kena tag dah :)

Tag 1 (aku cilok)

Aku cilok tag ni. Pasal nampak best haha

1. Apakah nama blog anda dan kenapa anda memilih nama tersebut ?
- Simple Me Difficult World. Entah lah kenapa aku pilih nama ni. Ada maksud mendalam mungkin. ahaha~

2. Apakah link blog anda sekarang dan bagaimana anda boleh timbul idea untuk menamakannya seperti itu ?
-http://www.simple-me-difficult-world.blogspot.com/. Oh, nama blog dan url sama yek :)

3. Apakah method dalam blog anda ?
- My own life, things revolve around me and how difficult the world can be

4. Pernah terasa nak hapuskan blog anda ? sebabnyer ?
- Oh, macam pernah. Macam lah. Tapi.. sebab nya rahsia :)

5. Pernah tak ahli keluarga anda membaca blog anda dan apa kata mereka ?
- Yep, aku paksa mereka baca ngehehe

6. Apakah perasaan anda apabila orang lain mengatakan bahawa anda punya blog ini buruk sedangkan masih ada yang mengatakan blog anda cantik ?
- buruk? cantik? subjektif sungguh

7. Bilakah anda mempunyai blog ?
- kalau blog ni, since second year kat matrik. kalau blog lagi satu pulak, since 2005

8. Siapakah orang pertama yang mengetahui blog anda ?
- erkk.. madam ayu? hehe

9. Apakah perasaan anda apabila orang mengatakan tentang blog anda di sekolah / universiti / tempat kerja ?
- wohh, kalau gitu terasa kembang semangkuk jugak lah haha

10. Sila tag 7 orang rakan blogger anda .
Rasa macam malas nak tag. Tag yourself ;)