BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, July 4, 2010

Mizz Nina What You Waiting For dan sedikit komen

Okay, just want to state my opinion in here. No, I won't be as bashful as I have always been here in my blog. Nanti kena sembur lagi macam post Fiffy Natsya : http://simple-me-difficult-world.blogspot.com/2010/04/fiffy-natasya-kawaii-kawaii-ke.html (hides ahaha). I was screening the comments on Mizz Nina's video; "What your waiting for" feat Colby O'Donis. Oh I kinda like the song. When I first heard the song, never expect it was a Malaysian who sang, and more of it; she's Malay.


So was screening the comments and found some of kinda negative and positive comments. My opinion, I like her song, I respect her image, but will NEVER support that kind of image lah. Yes, faham, artist, takkan lah nak bawak image muslimah pula kan? So I respect her image, and it's up to her to do whatever she wants. And there's originality in the song, as far as I can heard. I have NOTHING against her.

Tapi, apa yang buat aku sedikit marah, komen dari peminat2 dia. I don't know about what you guys think but when I read the comments, I feel a little upset. More than upset actually. These kind of comments :

"kejadahnye maksiat??? luaskan kepala otak awak dlu. sempit sangat tu. if all people like u, i bet u, malaysia x maju sampai bila2 laa."

"LOL cant believe people here are embarrassing Malaysia by starting crap about Islam whatnots. Its music and that style sells. If you want people to continue thinking Malaysia is a brainwashed sad little country then continue with you closed minded thinking. Tak percaya ada orang di sini tak habis memalukan Malaysia dengan perli memerli artist buatan Malaysia. Kalau nak orang luar anggap Malaysia sebiji negara yang seperti katak bawah tempurung teruskanlah dengan pemikiran sempit and kolot."

I am not sure diorang punya religions ni apa tapi kalau betul Islam? Saya malu. Sangat malu baca komen mereka. Okay fine, aku tak kisah Mizz Nina nak bawa image apa pun, itu hal dia. Tapi opinion aku lah, aku tak berapa suka artis Melayu dan ISLAM bawa image sebegini. Tapi, aku respect dia. Yang sangat aku benci bila ada manusia2 tak malu dan mengaku diri itu urban sangat tetapi masih memegang title agama islam dalam kad pengenalan, tulis komen2 macam ini. Memang betul kata orang2 tua dulu, cuba menegakkan benang yang basah. Aku tahu mereka suka Mizz Nina tapi tak perlulah kan, terang2 video itu mengandungi maksiat, mereka cuba menafikan habis-habisan. Kalau kau tak kisah dengan maksiat itu, suka hati lah, tapi sila simpan dalam hati. Tak perlu dibidas dengan komen2 pak kaduk kau tuh sampai memalukan agama sendiri. Malaysia memang demokrasi tapi ingat, Islam ada batasnya.

Aku benci dan lagi muak dengan mereka ini "The pot calling the kettle black". Kau buruk, lagi sibuk nak cap orang lain buruk. Tak akan maju sangat dan boleh ke hadapan lah Malaysia kalau setakat bergantung kepada memakai baju seksi dan menari-nari aksi tak sepatutnya dengan artis-artis luar negara dalam video klip. Budaya timur yang harus di bawa ke mata dunia, bukan dipuja budaya barat itu. Minta maaf peminat Mizz Nina, aku bukan bermaksud nak mengutuk dia. Cuma meluat dengan sesetengah orang menganggap pergi clubbing dan memakai baju seksi serta bershisha itu sebagai maju.

Nabi Muhammad dulu diutus untuk membawa umat manusia keluar dari zaman jahiliyyah. Kini semua pun nak kembali balik ke zaman jahiliyyah semula. Apa mahu jadi? Jangan di sia-sia kan usaha Rasulullah itu!

p/s: sekali lagi aku nak cakap, aku bukan bajet bagus. Aku cuma mahu cuba berpesan-pesan kepada kebenaran. Sorry if offended

blog comments powered by Disqus